A Positive Attitude Will Lead to Positive Outcomes

Monday, June 23, 2014

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU – TEKNIK POWER PUMPING

Assalammualaikum.. dearest Mommy..

Susu mulai merudum memang akan memeningkan kepala sebagai ibu yang menyusukan. Teriakan anak menangis kelaparan menjadi igauan ngeri. Dalam hati memang nak sangat susukan anak sehingga 2 tahun. Tapi anak baru 10 bulan susu dah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dilema ini banyak ditempuhi oleh ibu-ibu yang berkerjaya dimana kesibukan tugasan melanda dan tekanan di tempat kerja. Disini saya kongsikan salah satu teknik untuk membanyakkan susu ibu. Teknik ini di panggil teknik power pumping. 

Teknik powerpumping dilakukan dengan cara:

Jika mengguna Single Pumping
– Perah setiap sebelah payudara selama 10 minit selama 1 jam. Contoh: 10 minit sebelah kanan, apabila selesai tukar mengepam pula kepada payudara sebelah kiri 10 minit sehingga 1 jam.

Jika menggunakan Double Breastpump
– Pam sehingga 10 minit, berehat 10 minit kemudian sambung balik sehingga 1 jam. Teknik ini bertujuan untuk meransang kelenjar susu untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak. Walaubagaimanapun tidak digalakkan di lakukan dalam masa yang lama seperti mengepam sehingga 20 minit kerana akan menyebabkan kelenjar susu rosak.

Teknik power pumping ini akan menunjukan kesan seawal mulai 5-6 hari dan ada yang hampir 2 minggu baru nampak kesan.Teknik ini sesuai dilakukan pada sewal pagi iaitu jam 2-3 pagi kerana pada waktu ini hormon prolaktin (hormon penyusuan) sedang meningkat.

Walaubagaimanapun ibu-ibu masih boleh dilakukan ketika siang hari cuma kesannya agak lambat.Ibu-ibu haruslah bersabar ketika susu kurang. Kuatkan semangat dan banyakkan berdoa untuk menambah susu badan.
Antara amalan rohani untuk membanyakkan susu ibu ialah amalan Zikir Ya Matin. Lakukannya ketika waktu terluang ,waktu mengepam atau pada waktu menyusukan anak. Lakukan sebanyak mungkin atau 1000x kali.

Utk keterangan lanjut anda blh hubungi sy. Terdapat juga supplement yg kita blh ikhtiarkan utk menambah susu ibu..segalanya dengan Izin Allah.

SET PENYUSUAN SHAKLEE


With love..
Yanakhai.
0192785383
Fb : Yana Beauty Store
Page : Kedai Cinta Supplement

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU – TEKNIK POWER PUMPING

Assalammualaikum.. dearest Mommy.. Susu mulai merudum memang akan memeningkan kepala sebagai ibu yang menyusukan. Teriakan anak menangi...