A Positive Attitude Will Lead to Positive Outcomes

Sunday, August 17, 2014

MANDI AIR PANAS KETIKA HAMIL. BOLEH ATAU TIDAK?

Mandian air suam diketahui telah digunakan selama berkurun-kurun atas pelbagai sebab dan kesannya dalam membantu merehatkan otot-otot dan minda. Berendam dalam mandian air suam memang baik dan tiada sebab untuk mengatakan ia tidak selamat dilakukan semasa hamil.

Walau bagaimanapun, semasa hamil, anda harus lebih berhati-hati mengenai mandian “panas” kerana ia boleh menjejaskan suhu dalam badan anda, dan ini boleh membahayakan bayi. Kajian yang dilakukan terhadap haiwan mengesyorkan bahawa kepanasan melampau, terutamanya dalam bulan-bulan pertama kehamilan, mungkin menyebabkan kecacatan anak semasa lahir.

Jenis kecacatan yang mungkin berlaku melibatkan otak dan tulang belakang. Ini dipanggil kecacatan tiub neural (NTD). Spina bifida ialah salah satu contoh NTD. Tetapi risiko kepanasan melampau lebih tinggi dengan tab panas dan sauna berbanding mandian biasa. Mandian biasa akan sejuk dengan cepat, manakala tab panas dan sauna pula suhunya dikawal supaya kekal panas pada suhu tertentu.

Jika air mandian anda terlalu panas, anda juga boleh jadi loya atau hendak pitam kerana kepanasan boleh merendahkan tekanan darah. Ini boleh menjejaskan peredaran darah kepada bayi dan adalah berbahaya tidak kira di tahap mana kehamilan anda.

Jadi bagaimanakah saya boleh tahu samada mandian saya panas atau suam?
Rasalah air itu dengan siku atau lengan anda sebelum anda masuk ke dalamnya. Kaedah ini sama seperti menguji kepanasan air mandian bayi anda nanti. Bahagian kulit di sini lebih sensitif terhadap suhu berbanding kaki atau tapak tangan. Air yang suam membolehkan anda masuk terus ke dalamnya dengan selesa tanpa perlu menjengket-jengket! Air mandian yang terlalu panas pula mungkin akan mengubah warna kulit anda kepada merah, dan anda juga mungkin akan berpeluh.

Selamat berendam!

Love.
Yana khai.

No comments:

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU – TEKNIK POWER PUMPING

Assalammualaikum.. dearest Mommy.. Susu mulai merudum memang akan memeningkan kepala sebagai ibu yang menyusukan. Teriakan anak menangi...