Skip to main content

Kenapa Tiada Basmallah/Bismillah Diawal Surah At Taubah??


 Assalammualaikum..

Jika kita mengamati dan membaca ayat2 dari alquran alkarim sehingga sampai kepada surah At-taubah, kita akan dapati di awal surah At-taubah itu tiada perkataan basmalah/bismillah...ini amat berbeza sekali dengan surah2 yang lain kerana kesemua surah2 didalam mushaf alquran mengandungi basmalah diawalnya kecuali surah At-taubah ini...kenapa dan mengapa keadaan ini berlaku...setiap sesuatu yang datang daripada Allah mesti ada sebab musababnya...sama2 kita teliti apa jawapan yang sebenarnya yang diulas dari ulamak berkenaan masalah ini...

Pendapat di kalangan ulama ahli tafsir tentang sebab-sebab kenapa tidak ada basmalah di awal surah At-taubah, iaitu:

Pendapat Pertama mengatakan bahwa telah menjadi kebiasaan orang orang Arab pada zaman dahulu apabila ada di antara mereka perjanjian tertulis maka mereka menuliskan bismillah...akan tetapi jika ingin membatalkan perjanjian tersebut, mereka menuliskannya tanpa membubuhi atau meletakkan basmallah...Ketika turunnya Surah At-taubah yang menandai tidak berlakunya perjanjian antara Rasulullah dan orang musyrikin, Rasulullah s.a.w. mengutus Ali bin Abi Thalib membacakan surah tersebut dengan tanpa menyertakan basmallah di awalnya...

Kedua, pendapat yang mengatakan bahawa terdapat kesamaan diantara surah At-taubah dengan surah sebelumnya Al-anfal...maka dikatakan bahwa surat At-taubah merupakan kelanjutan dari surah sebelumnya, sehingga tidak ada basmalah di awal surah tersebut. Pendapat ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi...
Ketiga, surah At taubah berdekatan dengan surah Al-baqoroh dan mempunyai kesamaan antara keduanya, maka tidak dituliskan basmalah di awal surah...

Keempat, pendapat yang mengatakan bahwa ketika dilakukan pembaikan mushaf pada zaman khalifah Ustman r.a, terdapat perbezaan pendapat antara para penulis mushaf, apakah surah At-taubah dan Al-anfal merupakan satu surah atau dua surah yang berbeza? Untuk mengambil jalan tengah dari dua pendapat tersebut, maka ditetapkan bahawa surah At-taubah dan Al-anfal adalah dua surah dengan tanpa menuliskan basmallah di awal surat At-taubah...

Kelima, diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas, ketika ditanya oleh Ali bin Abi Thalib kenapa tidak dituliskan basmalah diawal surat Taubah? Beliau menjawab, "bismillahirrahmanirrahim" mempunyai makna keamanan dan perdamaian, dan surah At-taubah turun dalam bayang-bayang pedang ketika berlangsungnya perang Tabuk...dimana tidak ada situasi aman pada saat itu...Basmallah itu sendiri menyiratkan makna rahmat kasih sayang, sedangkan surah At-taubah banyak berisi kecaman dan sanggahan terhadap sikap orang-orang munafiq dan orang kafir, maka tidak ada rahmat bagi mereka...
Ada juga riwayat yang menyatakan bahwa malaikat Jibril tidak menyertakan basmalah ketika menurunkan surah at-Taubah...

Apa yang pasti, pendapat yang banyak diterima adalah pendapat dari yang kelima tersebut...
Wallahu a'lam...

credit to :- TERATAK ILMIAH

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

FAKTA DAN AUTA TENTANG BREASTFEEDING

AssalammualaikumMITOS PENYUSUAN :
Tugas menyusukan bayi bukanlah terlalu sukar tetapi akan menjadi sukar bila ada pelbagai ‘nasihat’ yg mengelirukan para ibu terutama yg baru pertama kali menyandang gelaran ibu… Percaya atau tidak antara tips kejayaan penyusuan adalah bergantung kepada kekuatan mental ibu itu sendiri. Campur tangan org sekeliling kadang kala boleh menyumbang kepada kegagalan menyusukan bayi, bergantung kepada kekuatan mental ibu itu sendiri. Hanya ibu yg memahami kesihatan tubuh badannya dan kemampuan utk memberikan yg terbaik buat si manja. Hanya ibu tahu apa yang diperlukan tubuhnya dan apa yang perlu bagi menyokong keperluan tersebut. Dalam mencari ilmu penyusuan, kita tidak boleh main dengar aje sumber yang tidak sahih. Kadang-kadang, kita boleh pula percaya bulat-bulat apa yang kita dengar walaupun tak tahu kebenarannya, tak pernah alami, mahupun membuat kajian tentangnya. Jadi mari kita tengok rupa-rupanya banyak perkara yang telah di letakkan “negative mind se…

RAHSIA KECANTIKAN 7 ARTIS MALAYSIA DENGAN SUPPLEMENT

Rata² ramai yg sy tgk terlajak laris nk cantik mcm artis.. tapi MALAS nk konsisten mcm retis tu.. untuk pengetahuan korang la kan.. artis2 tu sume da di hadapkan dengan supplement bertahun2 dan ade yg dah dari kecik family diorg suh amalkan.. yg kita kita ni.. baru bulan ni makan.. tu pon culas.. nk overclaim pasal supplement.. mmg la ade yg tiruan berlambak.. sbb tu perlunya penyelidikan terperinci ye.. dan yg penting sy jual supplement sume selamat semulajadi dan in shaa allah berkesan.

Jom tgk 7 artis yg mmg amalkan makan supplement ni.. xkisah la dari jenama Shaklee ke.. jenama lain ke.. tapi nk di tekankan di sini betapa pentingnya Supplement di zaman serba moden ni.. almaklumla ayam pon da pandai pakai botox cucuk tang situ tang sini.. sayur pon da pandai men kacuk² skrg nk bg ngam bg gebu gebas.. huhu..

1 - ) Miss Nina


2 - ) Ayu Raudah


3 - ) Rita Rudaini


4 - ) Yasmin Hani


5 - ) Ashraff Muslim


6 - ) Datin Norjuma


7 - ) Dato' Siti Nurhaliza



CARA TIDUR,BERDIRI DAN DUDUK YANG BETUL BAGI IBU HAMIL

Xde text byk².. just tgk je gambo..pasti u ols akan faham.. selamat mencuba dan pasti kene cube jugak okeh.. gud luck.. ^_^
CARA TIDUR.. AKU PON KEKADANG SALAH TIDO JGK SEBAB XSELESE BILE BABY BYK TENDANG BILE NGIRING.. HEHE.. TP KEJAP JELA..
SO FAR MASIH BETUL DAN SADO LAGI AK TIME BERDIRI.. HEEHE..
MMG NAK KENE DUDUK LETAK ALAS KAT BELAKANG TU. KALO IDOK OI MAK.. BOLEH RANAP TULANG BELAKANG RASENYE.. HEHE.




LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP
EMAIL : norliyanakhai@gmail.com