A Positive Attitude Will Lead to Positive Outcomes

Sunday, January 15, 2017

ANAK KENA SAWAN PART II


Assalammualaikum gais,

kalini sis sambung cerita anak sis yg sebelum ni sis cerita pasal mungkin terkena sawan.
korang taw x elok je semalam sis cerita yg anak sis nampak mcm ok kan, ptg tu dan² tu jgk kan tetibe die dh xdela nk tido je. cuma nye perubahan paling mendadak adalah dia punya baran nauzubillahiminzalik.. semua serba xkena. bapaknya kacau sikit je mule la angin dia menjerit sane sini sampai sis sakit kepala. sis tahan jela sbb sis sendiri xtaw ape punca kan. lepas tu sis bawak masuk bilik nyusukan.. lepas tu elok plak die ckp ngn sis "ibu jom jalan" haish.. tadi awak dah ngamok2 marah semua org lepas tu mcm xd pape jadi ajak jalan. ok sis ckp pegi tanye walid. dia pon ajak la bpknye g jalan. sis pesan xpyh g jauh2 la pegi dekat2 sini je.

ANTIMARKET
 Sis pegi market dekat dgn tmpt sis ptg tu. memula dia nmpk ok je. masuk je market terus die nk melulu kat satu tempat tu. sis dgn suami ckp nnt la balik nye singgah.. oh tidak dia xboleh terime terus jerit2 situ.. semua org pandang taw. Allah kenape la anak sis ni gais. lepas tu sis dgn suami pon ikotkan je pegi tmpt yg dia nak. rupenye nk main kereta yg gune token tu. sis lynkan jela dgn suami. hbs je lagu tu suami sis ajak turun dia pon ikot je. dan2 nk bawak masuk market die suh tolak trolli g tempat lain lagi.. haish.. kalini suami sis terus dukung dia masuk market. kat dalam market tu sepanjang2 tu die menjerit2 taw.. aduh sis buntu dah kenapa dgn dia.. selalu dia paling xcited kalw masuk market ke mane2 yg nmnye jalan2. suami sis ckp dgn sis nk teruskan beli brg ke.. sis ckp xde mood la kite balik la jom.

PEGI DEDEPAN.
dalam kereta sis terus susukan dan dia kembali normal plak. tp bile belok je masuk kawasan rumah sis dia strt mengamok lg ckp nak pegi depan(rumah mak ngah dia). alamaaakkk.. sis kembali pening kepala.. menjerit2 dalam kereta suruh g depan. sis pon suruh suami sis masuk rumah ambik bj dia nk bawak g umah akak sis. sampai sane akk sis pulak xde kat rumah. dia pegi rumah along sis pula. sebelum tu sis jumpekan la dgn bapak sedara sis. sis ngadu la kat bpk sedare sis yg anak sis ni mcm ni mcm tu pulak. dia janji nk buatkan air penawar utk anak sis. lepas tu dia sarankan sis utk pegi berubat dekat rumah besan dia sebab takot la anak sis ni kena ape2 ke sampai berubah 360 darjah. so sis pon talifon la anak besan bapak sedara sis yg merupakan kawan sis. petang tu lepas asar kitorg pon pegila jumpa org tu.

ADA YANG IKOT.
Sampai je sane sis pon jumpe dgn org tu yg sis panggil wak. sis ckp la anak sis ni jadi rewel. lepas tu dia ckp sis bawak air x. alamak yela lupe xbawak air pon n xtaw pon sebenanye. hehee.. so kelua balik kami laki bini pegi carik air mineral btl besar. huhu.. dah lepas tu sis jumpe balik dgn org tu. dia tnye lg ank sis kenape. eh wak ni dah 2x ni jawab. anak sis rewel dan sis pon cerita lg panjang memule anak sis ni nak tido jela lepas tu marah2 pulak bile dh xtido2.. dia mintak sis tulis nama anak sis berbintikan nama sis iaitu ibu dia. sis tawakal la ikot je tulis. berharap dengan nama ALLAH je utk penyembuhan anak sis.dia pon bawak air dgn nm anak sis tu masuk bilik rahsia dia kat dalam. dalam 5 minit mcm tu dia kelua. sis tanye kenape wak. dia senyum je ckp ala budak.. bukan kene sawan la dia bgtaw..lepas tu dia sengih lagi tnye ade pegi mane2 ke?? erkk.. dalam hati tu jawab mmg la pegi mane2 kedepak kedapo kebelakang kekedai. byk tempat la sis pegi.. tetibe sis teringt dalam minggu ni sis ade pegi pasar malam dengan anak dan suami sis naik moto. time tu dah pukul 6 lebih dan balik nye dh nk magrib.. dangg!!!! terus dia senyum ckp budak2 jgn bwk keluar magrib. klw nk kelua lepaskan magrib. ni ade yg ikot la. dia ade sebut nama benda tu tapi sis xdpt tangkap ape name benda tu. so sis tergamam sangt. no wonder mase tu sis mcm xsedap hati ms g pasar tu dan sisi ckp kat kakak sis yg meniaga kat situ sis nak balik la dah nk magrib ni ak naik moto plak. dalam ms atas moto tu sis kumat kamit mulut sis baca ayat kursi mungkin sis xckup power orgnye.. hehehee.. benda tu ikot anak sis balik. haish.. ptt malam tu anak sis demam balik dan pelik cume tgn dan kaki je sejuk ngat ngat. esok nye tu yg dia tido je. bygkan la anak yg cerewet byk perangai tetibe kaki tido. dan xpasal menjerit mengamok2. sis menangis taw sedih dan rindu anak sis yg dulu. so nk jadikan cerita balik dari jmpe wak tu sis terus bg anak sis minum air tu dengan izin Allah semoga ank sis sembuh. sis usapkan air tu kt muka dia. mlm tu sis xberlengah dan anak sis pulak ngamok xnak mandi dan lepas kne paksa mandi die mengamok2 dan lepas tu nk mntk babam(tido). sis susukan dan dia tido. sis cepat2 mandi dan sis terus baca surah yaasin dekat dengan anak sis. sungguh2 mintak dgn ALLAH utk sembuhkan anak sis.. sis mintak suami pon bc skali. 

SELERA MAKAN DAN MAIN
Malam tu nmpk anak sis nk makan even susa nk suap mula2.. dia makan ns yg sis bg.dan lepas tu dia ajak main masak2. sis teruja sngt dan dia kembali normal. sis bukak video dia masa kecik dan video2 dia. nmpk dia kembai ceria dan ajak bercerita. Sis rs bersyukur dengan perubahan positive anak sis dan harap dia ceria mcm selalu. sumpah sis rindu nk bergaduh dan berborak2 panjang dgn dia walaupon kdg sis xpaham.. hehehee..

moral of the story korang hargailah waktu anak korang nk membesar. biarkan dia bermain dan membebel. once dh besar korang sunyi nnt. dan jgn sesekali bawak anak korang keluar rumah bile dah nk magrib. mmg korang rs mcm ala kuno. tp kalau dah kena mcm anak sis.. jgn ckp sis xtego. dan lagi satu.. bile berjalan kat tempat2 baru or mane2 la. jgn tego bile nampak or bau yg aneh. mulut jg skit.. hehehe.. ok la terima kasih kerana membaca dan semoga korang semua berada dalam lindungan Allah selalu.. AAMIIN.. doakan juga utk keluarga sis ye.. :) 

#sebarkancinta

 

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP
EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Saturday, January 14, 2017

ANAK TERKENA SAWAN


Assalammualaikum..

Lame kan sis xhapdet blog. ceh pdhl sis mmg malas kan.. sis nk kongsi harini kisah sis jaga zahirah demam.

ANGGAP DEMAM BIASA.
Isnin lepas 9/1/2017 zahirah demam. sis ingt demam sbb die jatuh malam nye tu masa main2 dgn anak² kakak.. yela sis ingt die demam tekejut jela kan. dia nangis cm bese jela . then dh baik smbung main. xpasal esok nye demam.. tp sis ingt xd ape lg sbb die demam pon aktif lg main. 2 hari die demam dan sis rs elok la bawak g klinik. so selasa tu sis pegi klinik bawak anak sis. doktor pn ckp anak sis ok xde pape masalah sbb dia nak mkn n aktif mcm biasa. tp mlm tu bdn dia panas lg dan sis pon bgla ubat bontot tu kat anak sis.. lepas tu anak sis strt la merengek mlm tu. n bdn dia panas sngt. sis pon gelabah la dan sis tuam2 bdn dgn kain basah. 

START TIDO
pagi nye bdn anak sis dh xpanas. so sis lega la.. tp ingt lega teruih rupenye x jugak. siang tu sis perasan anak sis asyik merengek ckp nk babam(tido). sis pon bgla susu mcm biasa. kejap je nyusu terus tido. lepas tu bgun2 nyusu lg sambung la tido. smpai la hari kedua. sis takot taw.. sis pon bawak la g berurut kt rumah bpk sedara sis. time bawak tu pon anak sis masih tido. selalu bile bawak jalan die akn syok dan xkan tido. ni asyik merengek then bg susu tido. bile bpk sedara sis urut meraung2 la dia plak. berpeluh sume kelua. bpk sedara sis ckp dah bawak g umah sepupu sis yg ngndung lom mntk mandikan. alah sis pelik la dh knp nk dia mandikan plak. bpk sedara sis ckp mungkin rindu org dalam.

SEPUPU MANDIKAN
 so esok nya sis msj la sepupu sis tnye ad kat rumah x sis nk mntk tlg mandikan anak sis. lepas tu dia pon on je. So ptg tu sis bawak g sane suh mandikan. dia ngis plak bile mandikan. slalu org mandikan die syok kemain main air. haish.. sis tawakal je taw. lepas tu sis bawak balik umah. aduh masih tido lg.. mungkin masih awal sis jangka la.. ada jugak la yg ckp ank sis kene sawan pengantin la sawan mayat la.. ala sis redha je taw.

AYAT RUQYAH.
ptg lepas balik tu sis buntu taw anak sis tido je. sis nangis la sbb slalu mesti berperang bergaduh mulut dgn dia. dia jerit2 panggil ibu. tgk keletah dia buat sis x stress bile stress.. hehhe.. So sis tnye kwn sis die suh bkk ayat ruqyah. sis pon bkk la ayat ruqyah. takot jgk sis klw pape jd tp Allah sebaik² tempat mengadu. sis sembayang mntk ALLAH sembuh kan anak sis. Lepas tu sis ambik air dalam cawan sis tawakal baca ayat kursi 3x dan 3qul 3x sis tiup dalam air tu pakse anak sis bangun. die ngis2 la kene pakse. sis suh mnum die xnak. sis sapu kan satu badan dia. harap ALLAH sembuhkan.

NAMPAK AKTIF
Malam tu sis tengok ada skit perubahan dengan Kuasa ALLAH, even xmacam selalu tp nampak dia nak senyum makan sengih marah2 bpknye.. heheehe.. lepas tu suami sis bawak la pegi beli Domino.. hhahahaa..tp sis sentiasa On kan Ayat Alquran je kat rumah .Harini pon sis tgk ade la kurang skit die tido even bangun tido dekat pkul 11. still sis berharap ALLAH maha penyembuh akan sembuhkan anak sis. 


Mohon pembaca doakan anak sis Norzahirah kembali sembuh dan ceria mcm selalu. Sekarang ni dia tgh tido dan mmg masa ia sihat pon sekarang rutin dia tido. terima kasih la sudi baca luahan hati sis dan pada yg mendoakan anak sis.. sis ucapkan Hanya Allah mampu membalas jasa kalian. terima kasih in advance.

moral of the story sentiasa berharap Allah yg menyembuhkan segala penyakit. Bukan manusia. kita hanya merancang tapi bukan kita yg menentukan. ♥

 

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP
EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Wednesday, January 11, 2017

KEMBALIKAN PAYUDARA KEPADA BENTUK ASAL. 5 SENAMAN MUDAH UNTUK WANITA.

Saya rasa setiap wanita inginkan payudara yang cantik dan menarik. Tapi berbeza dengan budaya barat, setahu sayabreast implants sememangnya haram di sisi Islam. Baiklah, payudara anda diperbuat daripada tisu lemak yang duduk di atas otot pectoral. Dengan lakukan senaman tertentu, kita dapat merangsangkan tumbesaran otot pectoral tersebut untuk membesar atau meninggikan kedudukan payudara anda.
Jadi berikut ada beberapa contoh senaman yang anda boleh lakukan untuk membesar dan menegangkan payudara.
Tapi ingat:
  1. Senaman ini membantu bentuk otot di pada tapak payudara anda, iaitu otot pektoral.
  2. Saiz tidaklah membesar sampai ala-ala Pamela Anderson.
  3. Pembentukan otot pectoral juga bantu menegangkan payudara dan dengan itu memberi ilusi payudara yang lebih besar.

1. Chest Press

Ini adalah latihan paling asas untuk otot dada (pectorals). Ia boleh dilakukan dengan barbells, dumbbell dan juga mesin-mesin di gym anda.
Genggam dua dumbbell dan baring pada bench. Bermula dengan mengangkat kedua-dua dumbbell ke atas bahagian pertengahan dada anda. Dengan siku menghala keluar, turunkan dumbbell ke bawah dengan perlahan sehingga ia hampir menyentuh bahagian pertengahan dada anda. Lakukan 3 set dengan 8-12 ulangan untuk setiap set.
Kalau di rumah sekalipun, anda boleh lakukan push up (variasi lengan keluar atau lengan di sisi badan).

2. Push Up Pectoral atau Plank

Bermula dengan baring dengan perut di atas lantai. Rapatkan kaki dan letakkan tangan di bawah bahu anda. Sekarang, cuba angkat badan anda ke atas sehingga cuma jari kaki dan lengan tangan bersentuhan dengan lantai. Tahan posisi ini selama 30 saat. Ulang untuk 5 set.

3. Dumbbell Pullover

Baring di atas bench dan pegang satu dumbbell dengan dua-dua tangan di atas bahagian dada anda. Dengan perlahan, gerakkan tangan anda ke belakang kepala sejauh yang anda boleh. Ini akan memberikan regangan pada otot dada anda. Kembali ke posisi asal dan ulang 12-15 kali. Lakukan 3 set juga.

4. Pec Deck Flyes

Mesin pec deck memang sesuai untuk merangsang otot pectorol. Duduk pada mesin dan adjust ketinggian kerusi sehingga sokongan (padding) tangan berada pada kedudukan yang selesa untuk lengan tangan anda. Tangan anda sepatutnya perpendicular (90 darjah) dengan lantai. Pastikan kedua-dua kaki firmly di atas lantai. Tolak kedua-dua pad tangan kepada pertengahan dada anda (depan muka). Tahan seketika dan dengan perlahan, kembali ke posisi asal dan ulang. Jangan biarkan pemberat kembali 100% ke posisi asal. Pastikan sentiasa ada rintangan. Lakukan 3 set dengan 10-12 ulangan.
Di rumah? Kalau tiada peluang untuk ke gym. Anda boleh lakukan senaman dumbbell flyes di rumah. Kalau tiada dumbbell sekalipun, anda boleh gunakan pemberat seperti tin makanan, botol dan lain-lain

5. Dips Bench atau Kerusi

Senaman dips ini memang bagus dan ada pelbagai levels of difficulty. Panduan berikut adalah untuk beginner yang ingin lakukan dips dengan bantuan bench ataupun kerusi (di rumah).
..Pastikan siku anda keluar dari sisi badan. Berhenti apabila siku anda capai dalam 90 darjah…
Untuk semaman dip kerusi, duduk di atas kerusi dengan pegang depan kerusi dengan jari kedua-dua tangan anda. Terus pegang hujung kerusi dan gerakkan punggung anda ke hadapan sehingga ia terapung di atas/depan kerusi. Pastikan tangan dan kaki anda sentiasa lurus. Sekarang bengkokkan siku tangan anda untuk menurunkan badan anda. Pastikan siku anda keluar dari sisi badan. Berhenti apabila siku anda capai dalam 90 darjah. Pulang ke posisi asal dan lakukan 3 set dengan sebanyak ulangan yang anda mampu.

Credit to KEVIN ZAHRI



 

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP
EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

BAHANA TAHAN KENCING,PUNCA KERAP KENCING PADA WAKTU MALAM.


Pundi  kencing mampu mengisi seliter air kencing. Namun ini jarang berlaku kerana kita akan membuang air kecil apabila terasa mahu kencing dan jarang menahannya.

Individu yg suka menahan kencing akan mendapati ada kalanya pundi kncing meragam dan perlu kencing dengan kerap biarpun air kencing yg keluar sedikit.
Ini berlaku kerana kesan menahan kencing menjadikan pundi radang serta perasaan mahu kencng lebih terasa. Ia akan menyakitkan jika tidak kencing.
Mengenai kencing malam, sesiapa pun akan kencing malam apabila minum banyak pada waktu malam. Malah kesan makan buah serta minum air sederhana  akan menyebabkan seseorang itu mahu kencing dengan kerap pada waktu malam jika lewat tidur.

                                 >>PUNCA KENCING TIDAK LAWAS <<

Jika mahu elak kencing malam terlalu kerap, pastikan anda kurang minum air pada waktu malam dan kencing sebelum tidur biarpun tidak terasa mahu kencing. Cara ini akan meredakan tekanan otot pundi kencing dan dapat bertahan sehingga pagi.

Bagi lelaki, Onani juga blh menyebabkan salur kencing radang dan pundi prostat tertekan serta mempengaruhi perasaan mahu kencing pada waktu malam. Keradangan salur kencing boleh menular kepundi kencing dan mengakibatkan infleksi pundi kencing.

Kesudahannya akan menyebabkan kekerapan kencing malam. Jika ini berlaku dan anda terasa sakit ketika air kencing keluar, itu mungkin petanda infleksi pundi kencing. Anda boleh rujuk kepada doctor untuk pemeriksaan dan rawatan.


Sudah tentu jika anda kerap kencing malam, ereksi akan jarang berlaku dan zakar akan kelihatan mengecut. Apabila masalah ini pulih, keadaan kesihatan zakar anda akan kembali seperti sediakala.







LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP
EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU – TEKNIK POWER PUMPING

Assalammualaikum.. dearest Mommy.. Susu mulai merudum memang akan memeningkan kepala sebagai ibu yang menyusukan. Teriakan anak menangi...