A Positive Attitude Will Lead to Positive Outcomes

CHECKLIST SBLM BERSALIN

KHAS UTK IBU2 YG BAKAL MELAHIRKAN ANAK. CHECKLIST YG PERLU UTK DI BAWA KE HOSPITAL

 Barang Keperluan Ibu untuk ke Hospital
  • Nursing bra - sekurang-kurangnya 2 atau 3 helai
  • Breast pad – penting untuk elakkan bra basah sebab awal kelahiran ni, susu ibu memang banyak dan mudah sangat keluar.
  • Tuala wanita – seeloknya sedaiakan tuala wanita yang direka khas untuk wanita bersalin..yang tebal tu..sebab awal kelahiran memang darah nifas banyak keluar dan materialnya yang tebal dan lembut tu sangat selesa untuk ibu.
  • Keperluan peribadi -termasuklah tuala, sikat, berus gigi, ubat gigi dan sebagainya.
  • Stokin – Sekurang-kurangnya 2 pasang. Percaya tak jika saya katakan stokin ni bukan je untuk selepas kelahiran..tapi juga sangat-sangatlah berguna waktu dalam labour room tu. Memang sejuk sangat tau! Silap hari bulan boleh cramp kalau tak pakai stokin tebal.
  • Panties 5 helai - Kalau nak senang guna je yang pakai buang jadi anda tak perlu risau kalau kotor nanti 
  • Tudung Ekspress.
  • Kain Batik – 1 helai
  • Pakaian – Baju tu untuk persediaan pulang ke rumah. Kat hospital takpe..pakai baju hospital je 
  • Bengkung - Lebih mudah jenis bengkung yang strap je tu sebab takdelah perut dibiarkan menggeleber sementara nak tunggu keluar wad kan :) Kat rumah nanti barulah pakai yang lilit-lilit.
  • Handphone & pengecas
  • Minyak urut - bolehlah digunakan untuk sapu dekat betis or tapak kaki lepas dah bersalin. Saya prefer minyak panas.
  • Buku Merah – Buku rawatan mengandung ibu
  • Baju Sejuk - 1 Helai
  • Selipar – Senang nak keluar masuk bilik air
  • Makanan & Minuman ringan – Milo/Air minera/ Roti/Kurma/Biskut dll
  • Surah-surah Al-Quran/Majalah/Buku – Sementara menunggu tu takdelah bosan..dan insya Allah dengan baca ayat2 suci Al-Quran, dapat tenangkan hati dan fikiran. Majalah dengan buku tu maybe berguna selepas bersalin kot..sebab kalau menunggu waktu contraction, takde masa nak layan sebab dah sakit ;p
  • Plastik – yang ni pun penting untuk letak baju2 yang dah pakai.
  • Pam susu – incase kalau baby kena tahan or tak dapat nak minum direct. 
  • Vitamin Berpantang – Bagi yang amalkan vitamin Shaklee, letak siap2 bekalan vitamin dalam bekas kecik sebab boleh je makan terus sebaik sahaja lepas bersalin..at least vitamin yang basic supaya badan lebih cepat recover.
Seeloknya, asingkan jer beg ibu dan bayi ye. Takdelah segan nak keluarkan harta karun nanti ;p

 Barang Keperluan Bayi untuk ke Hospital
  • Beg bayi
  • Pampers/Lampin/Cloth Diapers – Kalau beg muat, letaklah dalam sedozen..hehe..kalau saya just letak dalam 6-7 keping je sebab lepas bersalin baru minta tolong suami topup.
  • Baju – 3 or 4 pasang
  • Minyak telon/bayi untuk elakkan kembung perut
  • Tuala Mandi – 1 helai
  • Tuala kecil
  • Booties & Mittens – 3 or 4 pasang
  • Peralatan Mandian
  • Baby Wipes/Wet tissue
  • Selimut/Bedung
  • Barut
  • Topi
  • Plastik untuk letak baju kotor/wet tissue yang dah digunakan.


No comments:

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU – TEKNIK POWER PUMPING

Assalammualaikum.. dearest Mommy.. Susu mulai merudum memang akan memeningkan kepala sebagai ibu yang menyusukan. Teriakan anak menangi...