A Positive Attitude Will Lead to Positive Outcomes

Tuesday, November 18, 2014

3 CARA "PANTAS" MENJEMPUT REZEKI.



"Rezeki, Allah yang pegang. 
Minta dengan Dia dulu.."
ASSALAMMUALAIKUM..
Ramai diantara kita mungkin pernah mengalami masalah kewangan atau kesuntukan duit dalam hidup. Selain dari usaha yang bersungguh, ada beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita dikurniakan rezeki.
Artikel ini bukan bertujuan untuk mengajar pembaca tentang bagaimana mendapat rezeki, tetapi sekadar perkongsian pengalaman lalu penulis yang mungkin boleh sama-sama memberi panduan manfaat.
Yang penting, kita kena yakin dengan rezeki Allah..

1. Menarik Rezeki Dengan Bersedekah

Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki. Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita.
Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan.
Pernahkah kita didatangi oleh seorang peminta sedekah yang mengharapkan sedikit wang untuk membeli makanan? Bagaimana respons kita terhadapnya? Berapa jumlah wang yang kita berikan?
Bersedekah bukanlah memberikan sekecil-kecil wang yang kita miliki, Memberi RM0.10 contohnya untuk diberikan kepada peminta sedekah itu sambil dalam hati berkata “Tentu ada orang lain lagi yang akan memberikan wang kepada dia.
Usah bersedekah dengan cara ini kerana ia salah. Kerana niat kita bukanalah untuk bersedekah, sebaliknya memberi sedikit wang kepada orang tersebut.Bersedekah dengan semampu yang boleh. Fahamkah perkataan “semampu” itu.
Tidak mungkin kita hanya mampu menghulurkan hanya 10sen sahaja, kan? =)
Lakukanlah sedekah dengan  ikhlas. ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin. Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar. Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu.
Ketika menghulurkan sedekah, janganlah disusuli dengan sesuatu perkataan yang menyakitkan hati si penerima sedekah tersebut. Contohnya dengan mengatakan. “Gunakan duit ini untuk perkara baik-baik, jangan pula pergi membazir.”
Walaupun niat kita baik, tetapi dalam masa yang sama kita telah menyakiti hati si penerima tersebut. Maka membuatkan sedekah kita tadi bukan lagi berupa sedekah.. rugi bukan?
Jangan mengharapkan balasan
Kita sering kali tersilap dalam memberi sedekah dan berkata dalam hati, semoga sedekah yang dilakukan oleh aku ini akan mendapat balasan setimpal. Sesungguhnya memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulia disisi Tuhan berbanding mengharapkan balasan.
Allah menyatakan dalam firmanNya;
“Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.” [Al-Bakarah: 274]
Memberikan sesuatu yang berguna
Pernah terlihat amalan masyarakat kita yang memberikan barangan pakaian-pakaian buruk dan lama atau buku-buku yang ingin dibuang? Seeloknya, bersedekahlah dengan wang atau barangan yang masih baik dalam keadaan elok. Bukannya dari barangan yang ingin dibuang. Kita hendak bersedekah, bukan menolak “sampah” kita kepada mereka yang tidak bernasib baik.
Saya pernah terbaca catatan dari Rumah Pengasih (Saiful Nang) yang menceritakan rumah kebajikan seliaannya pernah menerima sumbangan seluar dalam yang koyak rabak dan dalam keadaan menjijikkan. Bagaimana kita boleh mengharapkan rahmat Allah kepada kita sedangkan kita membuat perbuatan seperti itu?
Buatlah si penerima berasa gembira. Walaupun kita tidak mampu bersedekah lebih, sekurang-kurangnya buatlah hati mereka merasa gembira. Insyaallah, jauh disudut hati mereka akan mendoakan kita kembali agar mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

2. Menarik Rezeki dengan Berdoa

Selepas berusaha melakukan kerja, jangan lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah SWT. Berdoa  dan meminta adalah sifat semula jadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari oleh-Nya. Insyaallah, rezeki akan tiba kepada kita cepat atau lambat sahaja.
Sebelum memulakan kerja, lakukan sedikit doa memohon keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan niat berkerja mencari rezeki yang halal. Yang kita mahukan adalah dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat.
“Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”

3. Mengamalkan Solat Sunat Dhuha

Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib.
Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita.
Dari pengalaman saya sendiri, saya seorang suri rumah tangga, dulu sy bekerja dan sudah biasa pegang duit sendiri, bila dah ikot suami ni dan mengandung pulak, atas sebab tertentu kene la jadi suri rumah. Bisnes Shaklee adalah pendapatan sampingan sy untuk membantu meringankan beban suami. Walaupon xbyk tapi mencukupi. =)
Namun, setakat ini Allah masih mencukupkan rezeki saya tanpa perlu meminta dari orang lain. Insyaallah, setiap bulan pasti ada orang yang akan bertanyakan tentang produk shaklee dari blog ini. Walaupun tidak menjadikan saya kaya, tetapi sekurang-kurangnya boleh menyara kehidupan saya sendiri tanpa menyusahkan sesiapa. Amalannya adalah Solat Sunat Dhuha. =)
***
Mungkin anda semua mempunyai banyak lagi tips yang boleh dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.  Solat sunat dhuha, membaca surah al-waqiah,Surah Yaasin, sentiasa beristighfar, perbanyakkan sedekah, menjauhi maksiat  juga cara untuk menjemput rezeki.
Apa yang saya nyatakan diatas adalah apa yang saya telah lalui.. Jika anda ada beberapa pengalaman dan tips yang mahu dikongsi bersama, mohon dapat dicatatkan dibahagian komen dibawah =)
LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP 
 EMAIL : norliyanakhai@gmail.com


Monday, November 17, 2014

CARA MENDAFTAR (TAWAS) -Tabung Warisan Anak Selangor



Salah satu keistimewaan bila korang lahir di negeri Selangor ialah adanya TAWAS. Bagi korang yang tak tahu lagi apa itu TAWAS nanti aku terangkan apa itu Tawas dan cara nak daftar TAWAS.
Cara Daftar Tawas
Hadiah untuk anak kelahiran negeri Selangor

Apa Itu TAWAS
Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) adalah sebuah program yang dikendalikan oleh yayasan warisan anak Selangor dimana mereka akan mendaftarkan anak anak yang berumur tidak melebihi 3 tahun bermula dari 9 Julai 2011.
Faedah Mendaftar TAWAS
Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak anak ini berpeluang menerima RM 1500 seorang hasil daripada pelaburan TAWAS.
Syarat-syarat Permohonan TAWAS
Syarat 1
Permohonan adalah terbuka kepada Anak Selangor yang bermaksud rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia, DAN Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008.
2. Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.
Syarat 2
Permohonan adalah terbuka kepada ‘Anak yang dilahirkan di Selangor’ yang memenuhi kriteria seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia.
2. Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008.
3. Ibu dan bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor minimum 5 tahun. ATAU Cop pengesahan Taraf mastautin
Syarat 3
1. Warganegara Malaysia.
2. Lahir di luar Negeri Selangor, daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu (Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur dan Pahang) yang sama dengan ibu atau bapa mulai 1hb Januari 2008.
3. **Ibu atau Bapa yang lahir di daerah negeri lain yang bersempadan dengan Selangor ( Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur dan Pahang )
**Ini merujuk kepada Ibu dan Bapa adalah pemastautin tetap di negeri Selangor yang bersempadan dengan daerah negeri kelahiran ( Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur dan Pahang ) dan perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin hanya daripada Ketua Kampung, Penghulu dan Pengerusi Taman Perumahan Sahaja.
Dokumen Yang Diperlukan
Bawa salinan dan dokumen asal :
1. Sijil lahir anak ATAU
2. Mykid anak
3. Mykad Ibu
4. Mykad Ayah
5. Mykad Penjaga ( Jika perlu )
6. Surat perakuan anak angkat ( Jika perlu )
Dimana Boleh Mendaftar TAWAS
1. Pejabat ADUN
2. Pejabat Daerah
3. Penghulu / Ketua Kampung
4. Pihak Berkuasa Tempatan
5. Yayasan Warisan Anak Selangor
6. Online di www.tawas.org.my
Dimana Nak Dapatkan Cop Pengesahan Mastautin
1. Senator
2. Ahli Parlimen
3. Adun
4. Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
5. Penghulu
6. Ketua Kampung
7. Pengerusi Taman Perumahan
Jika anda sudah mendaftar anda akan memperolehi penyata simpanan TAWAS dan juga Kad Simanja.
Bagi korang yang mendaftar secara online boleh ke http://www.tawas.org.my/
ATAU
Datang ke pejabat TAWAS di
Yayasan Warisan Anak Selangor
A1-11-2 & A1-11-3
Jalan Multimedia 7/AH,
Park City,
I-City,
40000 Shah Alam
Selangor

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

MILK BOOSTER PALING HOT DI PASARAN





Salam semua.. semoga hari ini lebih baik dr semalam.. hari ni sy nk bercakap tentang supplemen terbaik untuk mommy2 yg menyusu badan :).. berdasarkn pengalaman rakan² sy sendiri sebagai pengguna.. Berikut merupakan supplemen yang terdapat dalam Set Penyusuan yang kami tawarkan(Ia membantu secara tak langsung menggalakkan penghasilan susu, tapi ia turut memperkayakan susu ibu yang semulajadi berkhasiat). Paling asas adalah Set A (Bcomplex, Vitalea, Vitamin C) + ESP (SOy Protein)... Sila baca kepentingan setiap satu...



Vitamin C 500mg -Untuk kesihatan tulang, gusi, gigi serta juga struktur am badan.-membantu memulihkan resdung dan bersin pada waktu pagi.-membantu dalam proses pemulihan kudis dan luka.-membina kalogen untuk kulit yang sihat.-bertindak melindungi sel dlm serangan antioksidan.-meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging

B-Complex -1.Membantu mengurangkan tekanan dan kelesuan,2.Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran,3.Menukarkan makanan kepada tenaga-menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein,4.Mencegah barah serviks,penyakit jantung dan kecacatan spina,menggalakkan kesihatan system kardiovaskular

Vitalea-mengandungi 12 vit dan 7 galian utama.membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk

Energizing Soy Protein (ESP)- Act as energizer,maintain milk supply, pertumbuhan kulit yg sihat dan cantik, tumbesaran baby yg sihat dan normal.. (long term- elak kulit kendur,awet muda). Ianya rendah lemak dan bebas kkolestrol...
_____________________________________________________

Itu dia Set A + ESP ..kira yang paling asas... dan berikut adalah tambahan2 yg majoriti ibu2 ambil sepanjang penyusuan ...

Alfalfa - milk booster..juga penawar allergy...eczema...asma resdung ..sembelit

Ostematrix (Cal/mag). Fungsi-membantu membina tulang dan gigi yang kuat,membantu mengekalkan paras tekanan darah menjadi normal,membantu kontraksi muscle (otot) dan transmisi saraf) dan mengurangkan simptom2 PMS

Omega Guard -meningkatkan kandungan DHA dalam susu ibu secara langsung membantu mempertingkatkan lagi kesihatan jantung dan secara langsung memberi daya ingatan yang baik terhadap ibu dan anak. Juga membantu memecahkan lemak

*Lain2 seperti Lecitin, Vitamin E, Zinc, dsb..diambil mengikut keperluan tertentu...



Anda tak perlukan supplemen sepanjang penyusuan? Anda nilaikanlah sendiri sama ada anda perlukan atau tidak... kerana bagi saya gaya hidup zaman moden ini menjadikan pengambilan makanan tidak seimbang. Dan supplemen ini sekadar menampung kekurangan dlm pengambilan makanan seharian. Pengambilan makanan yg tak seimbang adalah punca bdn letih, moody, stress, susu merudum..dan banyak kesan jangka panjang... Sekarang mungkin tak nampak seperti anda memerlukannya ..tapi bila baby dah 5 bulan,1thn or 2-3 tahun lepas tu?....nnt timbullah sakit pinggang, sakit belakang, muka kusam dan pucat,lebih tua dari usia sebenar, keguguran rambut teruk bla bla bla...




“Kesihatan itu adalah mahkota di atas kepala orang yang sihat dan ia tidak dapat dilihat melainkan orang yang sakit dan perut adalah kepala segala penyakit dan pencegahan itu adalah kepala segala ubatan.”...Renung2kan


LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Sunday, November 16, 2014

Perbezaan Omega Guard Shaklee dengan jenama lain


assalammualaikum..Lately ramai yg tanye pasal omega guard. katenye dah byk sngt produk minyak ikan. semua same je. no no no.. nanti dulu ceq.. kita bincang kite bincang yew.. hehehe..
Terdapat pelbagai manfaat minyak ikan air sejuk dari jenama yang terkenal, tetapi ada kurangnya perhatian terhadap kualiti "Grave" minyak ikan hari ini kerana risiko kekotoran logam berat dan bahan cemar yang tinggi, seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan BPA dalam air hari ini.

OmegaGuard Shaklee khusus dibuat dari "ikan kecil" (ikan bilis & sardin) kerana logam berat dan toksin kurang tertumpu pada spesies terkecil dalam rantai makanan.
OmegaGuard Shaklee diproses melalui gred farmaseutikal, state-of-the-art, proprietari, proses penyulingan berganda molekul yang menjamin penyingkiran kotoran dan bahan cemar .. produk yang anda boleh PERCAYAI.

Makanan tambahan minyak ikan yang sedang dipasarkan oleh banyak syarikat yang dibuat dari industri komersial, ikan yang dipelihara, telah diberi makanan "pelet" sepanjang hidup! Ikan ini mempunyai tahap Omega-3 yang lebih rendah daripada ikan laut yang liar, kerana pelet makanan tersebut penuh dengan bahan-bahan sintetik. Cuba anda bayangkan bagaimana ini dapat menjejaskan kualiti minyak ikan yang kini dijual dipasaran.

Shaklee Omega Guard mengandungi:
1. 1000mg minyak ikan
2. 540mg EPA
3. 360mg DHA

Cuba bandingkan kandungan ini dengan lain lain jenama yang ada dipasaran.
LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

 

Thursday, October 9, 2014

KISAH YG PASTI MENJATUHKAN AIR MATA SEMUA YANG MEMBACA.| TIADA LAGI AIR MATA SEORANG IBU




Assalamualaikum.
Actually kisah ni aku dh bc byk kali..tiap kali tu air mata xpernah x jatuh.

Saya ada terbaca kisah ini di salah satu blog sahabat saya. Mengalir air mata saya. Saya rasa ia satu perkongsian yang amat baik oleh Pn Jamilah yang melalui pengalaman terindah dalam hidup beliau.

Kepada kita yang masih punyai Ibu bapa juga kita sebagai ibu bapa kepada anak2 kita..berbuat baik lah kepada kedua ibu bapa kita sebagai suruhan Nabi SAW dan Nas Al Quran ;

Maksudnya:Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Luqman:14)

Maksudnya:Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (al-Ankabut:8)

Daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash, baginda bersabda: Keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah tergantung pada kemurkaan kedua ibubapa (Hadits riwayat at-Tirmidzi)
KISAHNYA BERMULA DI SINI

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terakhir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang ‘buncit’.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskan air buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya. “Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir,” begitulah kata mak pada abah. Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga, biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

“Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!” Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka. Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang. Mak bisikkan: “Abang tunggu mak di syurga ya!”

Akhirnya, wajah abang ‘ditutup’. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan. Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana. Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang.

Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak. Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: “Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?” Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu. Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak, sudah ‘reput’. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, “Nak kek lori sampah!”

Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah. Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang. Mak bawa abang ke IJN, rumah ‘kedua’ abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, “Macam mana dengan abang?“ Mak jawab:“InsyaAllah, abang akan sihat!” Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: “Abang nak apa hari ni?” Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: “Mak, abang nak naik kereta bomba!” Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya, “Pergi mana?” Mak jawab: “Balai bomba!”

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: “Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk ‘pergi’! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!”

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: “Abang nak apa?” Abang jawab: “Abang nak naik lori sampah!” Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.“Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?” Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sanggup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak pergi, semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan. Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.“Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!”Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang. “Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!”Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang datang melawat. Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilan tak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil. Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: “Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi. Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!”

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia ini.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas. Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu.

Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai. Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.
“Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!” Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak. “Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?” Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap. “Abang ngantuk!” Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. “Bang, jom naik. Abang nak ‘tidur’! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.” Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba! Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: “Makkk..sakit perut..!” Dan abang terus memanggil: “Makkkkk!”. Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

“Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!” Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

“Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!”

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

“Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!“ Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas…

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah… Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: “Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang… tunggu mak di sana ya! Di syurga!”

Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi ‘kaya’ dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi. Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i… mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. 

Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan ‘mati’ apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Semoga kisah ini memberi pengajaran kepada kita semua. Lakukan yang terbaik.

1) Balaslah segala jasa kedua ibu bapa kita selagi mereka masih ada. Jika mereka sudah tiada, doakan kepada mereka setiap kali selepas solat. Minta diampunkan segala dosa mereka.

2) Jagalah anak anak kita sebaiknya. Lakukan yang terbaik untuk mereka di dunia dan di akhirat.




LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Thursday, September 25, 2014

KENAPA PERLU BACA BLOG PARENTING



Assalammualaikum..

baru berkesempatan nk kongsi idea tentang parenting. Maaf bro MELASTIK BINTANG coz lambat bg feedback.

Actually yana br first time nk jadi mommy.. mmg yana akui masih kurg pasal parenting..tp kalau psl kesihatan diri dan baby ni in shaa allah ad ilmu la.. almaklum la jual shaklee.
 Krik krik.. tp  point die nape perlu baca blog parenting.

pada yana ofcoz la kene tambah ilmu.. dh nk jadi mommy.. kene la taw serba serbi psl pengurusan baby. Xkan da berank sok br nk terhegeh2 gugel ye dak.. yana suke search kt group fb je sebenanye.. ramai ibu2 yg ad pengalaman melahirkan dan mengurus baby ni.. cthnye group KELAB IBU HAMIL BERPANTANG DAN MENYUSU. Dlm tu lengkap mslh dan penyelesaian..tp ad gak la yg rs mcm xperlu share diepa share jgk..yg tu yana ignore je.. xlyn sngt sbb takut jadi negative plak otak ni.. hehee..

Selain tu jgk ad 1 website mat salleh ni yana rajin jgk bc..dia pasal kid health.dlm tu ad cerita psl lynn kt ank2.hal ehwal penjagaan rumah tangga dan byk lagi. Korg leh g kt website KIDs HEALTH ni..mcm2 korg leh dpt.. 

kalo blog melayu xlain xbukan blog bro Melastik Bintang la.. byk info yg xramai org lelaki blh taw mcm bro ni. Ikhlas ni.. Xtipu..

ok tu je perkongsian dr yana..sblm tu nk bgtw ad expo brgn baby kt persada johor bulan september ni.. almaklumla yana da pindh jhr so kt jhr je taw.. rs kt selangor pon ad..kt klang prade. Try la ko rg search. Hehe.. harga mmg murah2 dgr kabo. Hehe..
Tada..hehe

ok La.. selamat membaca..



LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP
EMAIL : norliyanakhai@gmail.com
 

Sunday, September 7, 2014

5 FAKTA TENTANG SOSEJ YANG ANDA PERLU TAHU



5 Kebenaran Tentang Sosej ! 

Ramai yang tak tahu tentang kebenaran ini, ia perlu didedahkan dan disebarkan. Sosej adalah kebanyakkan kanak-kanak suka, hatta ibu dan ayah juga.


5 Kebenaran Tentang Sosej Yang Tak Pernah Ibubapa Ambil Tahu

1) Mengandungi Bahan-Bahan kimia 'deadly' Dangerous seperti :
- Nitrite
- Heterocyclic Amines (HCAs)
- Starch
- Various types of meat!
- High Salts
- High Fructose Syrup
- High MSG
- Artificial colouring ( Supaya warna hot dog jadi pinkish!)
- Perservatives

2) 7000 kajian saintifik telah membuktikan bahawa Sosej yang mengandungi bahan-bahan di atas sangat berkait rapat dengan Kanser!

3) Kanak-kanak yang makan  12 batang Sosej sebulan mempunyai risiko 9 kali lebih tinggi untuk mendapat Leukaemia.


4) Ibu mengandung yang makan Sosej  1 batang Hot dog setiap minggu akan meningkatkan risiko bayi untuk mendapat Barah otak!


5) Sosej meningkatkan risiko Kanser :

Kanser Usus - 50%
Kanser Pundi Kencing - 59%
Kanser Perut - 38%
Pankreas - 67%

Ini bukan Fakta yang di reka - Tapi adalah Fakta sebenar yang menunjukkan betapa pengguna di manipulasi oleh Food Industries!
PERHATIAN UNTUK IBU-IBU. PLEASE SHARE THIS INFO UNTUK KEBAIKAN ANAK-ANAK  KITA


LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP
 EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU – TEKNIK POWER PUMPING

Assalammualaikum.. dearest Mommy.. Susu mulai merudum memang akan memeningkan kepala sebagai ibu yang menyusukan. Teriakan anak menangi...