A Positive Attitude Will Lead to Positive Outcomes

Monday, December 22, 2014

Tips bagi mengatasi masalah keputihan wanita.[SID AREA JOHOR BAHRU,JOHOR]





Assalammualaikum..

Penyebab keputihan wanita adalah kerana jangkitan kulat candida dan bakteria yang berlebihan. Perkara yang paling ditakuti sekali ialah jangkitan kuman (venereal disease) seperti siplis dan gonorrhea iaitu penyakit – penyakit yang dijangkiti menerusi hubungan seks.

Perkara lain yang merunsingkan wanita ialah kemungkinan beliau menghidap penyakit kanser pada bahagian peranakan. Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samada mereka menghidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak.



Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Disebaliknya ia mungkin tanda yang biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang - kilang khas pengeluar lendir.

Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan faraj sering dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan ini boleh menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan terkeluarnya darah dari dinding faraj.

Pada kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih, cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal. Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Pada kebiasaannya, lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.

Faktor pemakanan antara punca yang menyebabkan kulat berlebihan pada vagina anda. Pengambilan makanan yang manis (tinggi kandungan gula) boleh menyebabkan keputihan. Contohnya macam kuih donut dan gula-gula getah.

Selain itu, ada beberapa jenis buah-buahan yang menyumbang kepada keputihan. Iaitu nenas, sengkuang dan timun. Ini bukan bermakna anda tak boleh makan langsung. Cuma kurangkan kadar pengambilannya.

Penggunaan tuala wanita boleh mengundang kehadiran kulat. Pastikan bahagian dalam celah peha anda dibersihkan dengan sempurna. Jika tidak, warna kulit bahagian dalam akan bertambah gelap. Elakkan juga memakai seluar dalam yang terlalu ketat serta diperbuat daripada kain nilon.



Atasi Keputihan anda Dengan Vitamin Shaklee>> KLIK <<




LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

No comments:

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU – TEKNIK POWER PUMPING

Assalammualaikum.. dearest Mommy.. Susu mulai merudum memang akan memeningkan kepala sebagai ibu yang menyusukan. Teriakan anak menangi...