A Positive Attitude Will Lead to Positive Outcomes
Showing posts with label VITAMIN C SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label VITAMIN C SHAKLEE. Show all posts

Saturday, December 13, 2014

25 MANFAAT VITAMIN C UTK KULIT, RAMBUT, DAN KESIHATAN BERPANJANGAN.





1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untukbina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.


2. Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.


3. Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik sepertiatherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.



4. Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.


5. Saluran Darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik.Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

6. Keracunan plumbum. 

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.


7. Untuk Kurus

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C bolehmengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagaibahan bakar untuk kurangkan berat badan.

8. Tekanan

Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.


9. Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi butadikalangan orang dewasa. Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi bolehmenghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.

10. Barah

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.


11. Tenaga.

Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsiadrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.


12. Sakit Jantung

Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.


13. Diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.



14. Asma
Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.


Kebaikan Vitamin C untuk Kulit.



15. Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan Surn Burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.


16. Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.



17. Penyembuhan Luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligusmenyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.


18. Melindungi dari perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utamapenghasilan melanoma(masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.


19. Memperbaiki tekstur kulit.

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin Cmembantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.



Kebaikan Vitamin C untuk Rambut.



20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.

21. Melawan Kelemumur

Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala. Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.

22. Mengurangkan Keguguran Rambut.

Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untukmengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.


23. Rambut yang lebat

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.


24. Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan keguguran rambut dan masalah botak bagi lelaki.


25. Mengelak dari Uban

Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.

sumber: http://www.stylecraze.com/articles/amazing-benefits-of-vitamin-c-for-skin-hair-and-health/


Vitamin C Shaklee 



Di Shaklee, vitamin c dikenali sebagai Sustained Release Vita-C.


Apa itu sustained release.? Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.

Dapatkan Vitamin C Shaklee Anda Hari ini.

Harga : RM92.50 (180biji)
Tahan sehingga 6 bulan.





 

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP
EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Wednesday, December 10, 2014

PETUA BIBIR SEGAR,MERAH & MEKAR





Jom saya kongsikan tips penjagaan Bibir yg cantik dan Sihat. Ni cara tradisional so u olss yg anti Supplement  boleh la try.. hehehe..

Korang  pernah dengar limau nipis ? kalau tak pernah dengar atau keliru, boleh google sendiri jangan jadi malas okay. hikhik hik..

Belah buah limau nipis tu dan sapukan berkali-kali di bibir atas dan bibir bawah anda. sapu dalam 2 atau 3 kali sehari. lepas dah sapu rata, baru la basuh bibir anda. confirm segar ! insyaallah bibir anda nampak segar dan merah sentiasa, tu pun kalau anda maintain amalkan benda alah tu sampai bila-bila la.

Murah je limau nipis tu.. korang leh beli sebungkus tu dalam RM4.00 je.. blh buat masak.. Amalkan selalu la ye kalau u ols nak bibir mekar merah bak Anjelina Jolie.. Ngee.. Sy jual jugak supplement. Tapi x tolak la penggunaan bahan² dari alam semulajadi ni kan.  Y not kite cube ye dak.. 

Ok Cukupla tips petang² ni.. Korang cuba lah.. tapi jgn la korang Expect harini pakai sok pagi tgk bibir gitu je korang saman daku.. huhu.. ape² kene konsisten lah ye.. 



Kalo nak jugak supplement dari daku.. Daku x menolak utk mengOFFER korang dengan mengamalkan memakan VITAMIN C SUSTAINED RELEASE daku ni. Murah dan tahan lama. Setengah tahun blh simpan kat rumah. Tu sama gak kene mkn hari².. Bukan je bibir korang leh santek, Jerawat pon blh Good Bye dan Kulit pon Licin. Sempat lagik daku. hehe.. JOm lah baca KELEBIHAN VITAMIN C kalo korang nk jgk kan. Daku x paksa tapi daku suka makan vitamin c ni. hehe.. okla.. Selamat Membaca dan Mencuba.. 



 

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP
EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Saturday, December 6, 2014

BUKTI VITAMIN C UNTUK KECANTIKAN




ASSALAMMUALAIKUM..

HARINI X NAK CKP BYK² CUMA NAK SHAREKAN TESTIMONI PNGGUNA TEGAR VITAMIN C.
SO XRUGI MENCUBA KAN :) 







LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP 
 EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

 

Wednesday, December 3, 2014

Gabungan vitamin untuk kulit - UTUSAN ONLINE




Soalan:
 Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit. Bagaimana pula dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink yang seringkali digabungkan bersama?
Jawapan
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.
Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.
Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.
Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:
"Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.
"Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif.
"Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.
Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.
Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.
Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.
Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.


CREDIT : UTUSAN ONLINE

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Wednesday, November 26, 2014

TESTIMONI KULIT LICIN DENGAN VITAMIN C



Assalammualaikum..

Yuhu... Harini yana nk share kan KETERUJAAN seorang customer merangkap kawan yana sendiri. Dia br seminggu ms mula² amalkan Vitamin C ni. Terus die msj yana ckp ade perubahan dgn muka dia. sblm ni die ckp da mcm² dia ambik utk baik kan balik kulit muka dia.. Dia ada masalah kulit kusam dan jerawat. Dengan Izin Allah dia serasi dgn Vitamin C shaklee ni dan terus jatuh cinta. Yana pon Happy dapat gembirakan dia :)




Byk kelebihan jika konsisten amalkan vitamin C sustained Release ni.





UTK TEMPAHAN :-

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP 
 EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Sunday, November 23, 2014

KENCING TAK LAWAS DAN CARA MENGATASINYA SERTA TIPS PEMAKANAN YANG BETUL.



Hai, harini saya nak share tentang satu topik yang agak jarang dibincangkan namun ramai orang mengalami masalah dengannya iaitu masalah kencing tak lawas.

Kencing tak lawas atau dalam bahasa Inggerisnya Urinary incontinence (kita ringkaskan sebagai UI) adalah masalah dimana kita hilang kawalan terhadap pundi kencing. Simptomnya boleh jadi berlaku kebocoran kecil (terkucil) atau mungkin juga kebasahan yang tidak dapat dikawal lagi. Ia boleh berlaku pada sesiapa saja dan semakin kerap mengikut faktor usia.


Kebanyakan masalah kawalan pundi kencing berlaku apabila otot terlalu lemah atau terlalu aktif. Jika otot yang menutup salur kencing lemah, kita akan terkucil masa bersin, ketawa atau mengangkat benda berat. Ini dinamakan stress incontinence.

Jika otot pundi kencing terlalu aktif, kita akan selalu berasa nak terkencing walaupun pundi mengumpul air yang sedikit. Ini dipanggil urge incontinence atau overactive bladder.

Ada beberapa penyebab UI contohnya seperti:
1. Masalah prostat
2. Kerosakan saraf yang menghubungkan pundi kencing dan otak seperti stroke, Alzheimer, dan multiple sclerosis
3. Regangan otot pelvik semasa hamil dan proses kelahiran
4. Paras estrogen rendah dalam wanita
5. Kesan sampingan sesetengah ubat
6. UTI (urinary tract infection)
7. Kerap sembelit
8. Mempunyai berat badan berlebihan
9. Otot kawalan kencing lemah atau masalah otot lantai pelvik


Rawatannya pula bergantung kepada jenis masalah yang kita alami serta gaya  hidup yang sesuai untuk kita.
Ia juga termasuk senaman ringan atau rawatan perubatan.

Suplemen Shaklee yang membantu:

1. Vitamin C- membantu penghasilan estrogen terutama kepada wanita menopos.

2. Ostematrix- membantu pengawalan otot

3. Vitamin B complex- membantu dalam kesihatan fungsi saraf

4. Vitamin E - menstabilkan fungsi pundi kencing

5. GLA Complex- memperbaiki paras estrogen dan testosteron serta memperbaiki masalah postat lelaki dan masalah kerap kencing.

Tips Pemakanan Untuk Penghidap Kencing Tak Lawas

1. Elakkan ambil cecair berlebihan terutamanya sebelum tidur. Amalkan minum air diwaktu pagi.

2. Elakkan minum air yang bersifat diuretik seperti minuman berkafein

3. Elakkan makanan pedas yag boleh menyebabkan keradangan salur kencing

4. Elakkan makanan tinggi lemak yang boleh menyebabkan obesiti. Lebihan lemak boleh menekan otot lantai pelvik lalu menyebabkan incontinence.

5. Elakkan gula berlebihan. Tinggi aras gula dalam darah menyebabkan rasa nak kencing serta kencing tak lawas.

Bagaimana Cara Solat Bagi Pengidap Kencing Tak Lawas?
Baca link ini --->CREDIT TO :- http://ilhamfamilysihat.blogspot.com/2013/01/kencing-tak-lawas-panduan-ibadah.html

Jika anda salah seorang antara beribu yang mengalami masalah kencing tak lawas, jangan risau, masalah ini boleh dirawat. Jumpa doktor, amalkan cara hidup yang sesuai serta ambil makanan yang betul.






LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Friday, February 14, 2014

RAWATAN RESDUNG DENGAN SUPPLEMENT SEMULAJADI.



Apa itu Resdung?

Anda kerap bersin di waktu pagi? sering batuk,, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam.?? itu mungkin sebahagian daripada tanda² anda mengalami resdung. 
Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.
Kenali Resdung dan cara menguruskannya
"Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,'' kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.
Menurutnya, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil. Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang. 
Sumber : Utusan

Tip menguruskan resdung:
- Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
- Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan. Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
- Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
- Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
- Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
Sumber : Utusan

Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti penyakit itu. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit. Serangan resdung berulang-ulang juga boleh berlaku. Pesakit selalunya diberikan rawatan antibiotik untuk menyembuhkannya tetapi penyakit datang semula sebulan dua kemudian.

Bagi mereka yang mengalami masalah 5 serangkai (biasanya ibu bapa mempunyai salah satu simptom di atas, anak-anak juga berisiko untuk mendapat salah satu dari 5 serangkai).


CARA MENGATASINYA DENGAN SHAKEE(SET G)
Set G ini mengandungi B complex, Vitamin C Dan Alfafa

Apa fungsi vitamin ini???

Vitamin C 
– Ianya sebagai antioksidan yang baik. Sangat penting untuk meningkatkan antibodi seseorang.

B-Complex 
– Bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon.

Alfalfa 
– Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka. 

Sesiapa lagi yang sesuai?
Mereka yang punyai masalah resdung, eczema, gegata, asma dan allergic. Sesuai juga buat ibu yang menyusukan anak kerana Alfalfa boleh bertindak sebagai milk booster.

ECZEMA
Eczema ada byk jenis:

(1) Ekzema atopik Dermatitis - berair
(2) Contact Dermatitis - berair (alergi sentuhan spt sabun, etc)
(3) Dyshidrotic Dermatitis - kering
(4) Lichen Simplex Chronicu - kering bersisik
(5) Seborriheic Dermatits - kering bersisik

PENTING !!!!!!
--EXTERNAL--
jenis (1) & (2) bole suggest basic H

Jenis (3), (4) & (5) TAK BOLEH!! guna basic H berterusan sebab boleh mengeringkan lg kulit dia & bertambah teruk lg eczema dia.

Herbal Blend OK for both types

--MAKAN--
baby --> mak boleh amik set B, ESP, Mealshake, Nutriferon
toddler 1-4 thn --> mealshake
kids 4-12 thn --> mealshake/ESP
remaja/dewasa --> set G, mealshake/ESP


BERMINAT??
HUBUNGI SAYA UNTUK MENDAPATKAN 
KONSULTANSI YANG PASTI TERBAIK UTK PELANGGAN SETIA.
SMS/WECHAT/WHATSAPP
LIYANA-ID 1030172
FB : Norliyana Khai
Page : YanaShakleeciousHouse.




Monday, December 9, 2013

KENAPA PEROKOK MEMERLUKAN LEBIH BANYAK VITAMIN C?


Perokok Perlu Vitamin C Lebih Banyak



Anda seorang  perokok? Saya  sarankan untuk berhentilah merokok secara perlahan² sebab kita semua tahu kan berhenti merokok itu taklah semudah tebalikkan telapak tangan. Tapi untuk mengurangkan kesan buruk merokok pada kesihatan, sangat digalakkan pada anda yg sedang aktif merokok  untuk  memperbanyakkan memakan makann yg mengandungi Vitamin C yang merupakan antioksidan kuat bagi tubuh kita.

Kenapa perokok perlu Vitamin C lebih banyak?
 hal ini penting kerana semakin banyak rokok yang dihisap maka semakin banyak pula vitamin C yang hilang dari dalam jaringan dan darah. sebg contoh,1 batang rokok dapat menghilangkan sekitar 25 mg vitamin C yang seharusnya diserap tubuh, sebab itulah kenapa orang yang merokok perlu vitamin C yg lebih banyak untuk melawan kerosakan sel dan mencegah timbulnya berbagai penyakit akibat rokok seperti jantung, paru-paru, kanser, stroke dll.
Menurut berbagai kajian, perokok harus mendapatkan vitamin C berbanding mereka yang tidak merokok, lelaki yg merokok harus mendapatkan 125 mg vitamin C setiap hari, sedangkan perokok perempuan memerlukan110 mg setiap hari dari keperluan normal vitamin C setiap hari yang diperlukan tubuh kita iaitu sekitar 60-90 mg. Tambahan tersebut diperlukan untuk menggantikan hilangnya vitamin c akibat rokok.
Selain memberikan banyak manfaat bagi perokok, dengan mengamalkan memakan vitamin C juga sangat bagus bagi kesihatan tubuh kita seperti meningkatkan kekebalan tubuh, melawan serangan virus influenza, mengawal tekanan darah, menurunkan kadar stress, mencegah stroke, antikanser,dll. 
Kandungan vitamin C sangat mudah dijumpai pada buah-buahan dan sayuran. Antaranya adalah Brokoli, paprika, jambu biji, strawberry, tomato,mangga, jeruk, dll.
Mengamalkan pemakanan Vitamin c bukan bermaksud membuat anda kebal terhadap efek buruk rokok, tapi hanya meembantu untuk memulihkan  agar kerosakan akibat racun rokok tidak berkembang dengan cepat dan sangat disarankan bagi anda seorang perokok untuk segera mungkin kurangkan merokok dan kalau boleh berhenti merokok sebab pengaruhnya sangat buruk bagi diri anda, keluarga dan lingkungan sekitar. Jadilah peribadi yang menghargai orang lain dengan memberikan kebebasan bagi orang disekitar anda untuk menghirup udara bebas dari asap rokok !

Supplement cadangan terbaik dari shaklee adalah Vitamin C Sustained Release.

Vitamin C Semulajadi Dengan Perlepasan Jam demi Jam :
Merupakan Produk pertama yang menawarkan VITAMIN C dengan kawalan perlepasan secara semulajadi yang menggunakan proprietari dengan sistem penyaluran semulajadi yang melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa lima jam.
Sebagai Antioksidan yang kuat , Vitamin C merupakan nutrien yang mempunyai fungsi menyeluruh dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel, serta kesihatan mata, gigi, gusi , tulang, otot dan pembuluh darah .*

Keperluan Vitamin C dalam Badan:

✔ Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
✔ Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
✔ Menguatkan struktur gigi dan gusi
✔ Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
✔ Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
✔ Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
✔ Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
✔ Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
✔ Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
✔ Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
✔ Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
✔ Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
✔ Membantu dalam proses pemulihan kudis

✔ Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.

BONUS UTK KECANTIKAN KULIT:

✔ Vitamin C membantu pembentukan kolagen dalam badan ,menjadikan Muka Lebih CERAH.
✔ Antioksida Bantu Mengurangkan Masalah Jerawat.
✔ Bantu Masalah KULIT KUSAM.

Tanda-tanda Kekurangan Vitamin C:
******************************************
Tanda-tanda lebam (bruises) atau berbekas pada tubh atau luka memar pada badan umpama bekas kena pukul
Gusi yang mudah berdarah setiap kali memberus gigi atau bila-bila masa sahaja
Rasa letih
Gigi Gugur
Saluran darah kecil, senang pecah,
Luka lambat pulih
Penyakit anemia (kurang darah)

Kelebihan Shaklee Vit C Sustained Release 500mg:
************************************************************
membekalkan 500mg vitamin c semulajadi dari ekstrak buah oren dan ditambah dgn formula 120mg bioflavonoid dari buah Lemon, Oren, Grapefruit yang bagus untuk meningkatkan fungsi vitamin C dengan cara bantu mencegah pengoksidaan vitamin c dlm badan, mengurangkan sakit otot , mengawal paras kolesterol sihat.


Mengapa Sustained Release?
*********************************
Memandangkan sifat Vitamin C ialah vitamin yang mudah larut dalam air, jadi Shaklee Vit C mempunyai sifat SUSTAINE RELEASE iaitu perlepasan secara berperingkat sedikit demi sedikit secara perlahan lahan agar badan dapat menyerap vit c sepenuhnya. Vitamin C yang tidak mempunyai formula Sustained Release akan dilepaskan sekaligus, vitamin c akan larut dalam air dan dibuang melalui urine tanpa diserap sepenuhnya oleh badan.
Jadi amat penting untuk melihat label Stok vitamin C anda samada ada fungsi Sustained Release atau tidak.

Kandungan :
Ascorbic Asid 553mg
Citrus Bioflavonoids 120mg ( grapefruits+lemon+Orange) 

Produk ini adalah 100% SEMULAJADI DARI BUAH BUAHAN.

TANPA PERASA,PEMANIS DAN PEWARNA TIRUAN.


untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi saya 
Liyana
FB : Norliyana Khai
Page : YanaShakleeciousHouse
sms/wechat/whatsapp
0192785383

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU – TEKNIK POWER PUMPING

Assalammualaikum.. dearest Mommy.. Susu mulai merudum memang akan memeningkan kepala sebagai ibu yang menyusukan. Teriakan anak menangi...