A Positive Attitude Will Lead to Positive Outcomes
Showing posts with label kecantikan dan vitamin.vitamin E. Show all posts
Showing posts with label kecantikan dan vitamin.vitamin E. Show all posts

Wednesday, December 3, 2014

Gabungan vitamin untuk kulit - UTUSAN ONLINE




Soalan:
 Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit. Bagaimana pula dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink yang seringkali digabungkan bersama?
Jawapan
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.
Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.
Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.
Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:
"Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.
"Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif.
"Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.
Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.
Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.
Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.
Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.


CREDIT : UTUSAN ONLINE

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Monday, November 18, 2013

KEPERLUAN VITAMIN UNTUK KULIT CANTIK DAN SIHAT



Vitamin Untuk Kulit Cantik dan Sehat ~ kulit cantik sihat !! ehmmm, siapa yang tak nak kulitnya cantik kan, namun untuk mencapai semua itu tentunya kita harus melakukan rawatan² khusus, sehingga kulit menjadi sihat dan cantik. Cara rawatan ini biasanya menggunakan cara semulajadi ataupun dengan bantuan produk kecantikan.


Jika anda menggunakan produk kecantikan, usahalah mencari kosmetik yang tidak mengandungi bahan kimia dan di sahkan halal dan mmpunyai sijil KKM. perawatan kulit yang baik biasanya dilakukan dengan 2 cara, iaitu dari dalam dan dari luar.

Dari luar biasanya menggunakan Hand Body Lotion, dan cara perawatan kulit dari dalam menggunakan berbagai makanan yang banyak mengandung vitamin.

Vitamin yang paling familiar digunakan untuk bahan kosmetik dan baik untuk kecantikan ada 5 iaitu Vitamin A, B complex, C , E dan Vitamin K. 

Berikut ini adalah 5 jenis vitamin yang biasa digunakan untuk bahan kosmetik semulajadi dan tentunya dapat membuat kulit anda terlihat lebih sihat dan cantik beserta manfaat dan contoh makanannya:

Vitamin A

Manfaat vitamin A adalah sebagai vitamin yang berguna untuk mencegah kemungkinan terkena penyakit katarak, melindungi imun tubuh, membantu dalam proses pembentukan gigi dan tulang dan yang paling penting berguna untuk membantu anda memperlambat proses penuaan dan awet muda. 

makanan yang banyak mengandung Vitamin A seperti: sayur bayam, kangkung, tomato dan brokoli, buah apple, pisang, papaya, keju, susu, yogurt, telur, dan minyak .

Vitamin B kompleks

Salah satu manfaat terpenting vitamin B Kompleks untuk kulit adalah dapat Mencegah Penuaan sehingga kulit akan terlihat lebih segar dan nampak awet muda, selain itu vitamin B kompleks juga baik untuk membantu anda yang memiliki masalah kulit seperti kulit kering dan kulit kereput.

makanan yang banyak mengandung vitamin B kompeks adalah

·         Sayur : sayur selada, bayam, kubis, brokoli dan sayuran yang memiliki daun hijau.

·         kacang almon, dan kacang-kacangan lainnya.

·         Makanan dan minuman: susu, yogurt, cereal, ikan salmon, dan keju

·         Buah : alpukat, tembikai, tomato dan buah pisang

Vitamin C

Kalau vitamin yang ni pasti tidak asing lagi dalam dunia kecantikan, manfaat vitamin C untuk kulit sangatlah banyak dan diantaranya adalah bermanfaat untuk mengencangkan kulit, mencegah penuan, menghilangkan jerawat , memutihkan kulit dan masih banyak lagi manfaat lainnya
makanan yang banyak mengandung vitamin C seperti, buah kiwi, jeruk nipis, Stroberi, Paprika Merah, Brokoli, dan Pepaya


Vitamin E
Manfaat utama dari Vitamin E untuk kulit adalah memberikan antioksidan atau perlindungan kulit dan tubuh anda, antioksidan ini berguna untuk melambatkan dan melawan tanda-tanda penuaan yang diakibatkan oleh radikal bebas.

Tanda-tanda penuaan yang boleh diatasi dgn vitamin ini seperti: Kulit Keriput, Bintik-bintik Hitam diwajah, Kulit Kering serta berbagai Penyakit Kulit lainnya. Untuk mendapatkan vitamin E secara semulajadi  adalah dengan memakan buah2an dan sayur-sayuran seperti: betik, pisang, blubbery, mangga, alpukat, Brokoli,  Asparagus, Paprika, dan sayur bayam.


Vitamin K
Manfaat utuma Vitamin K adalah membuat tulang tubuh kita menjadi lebih kuat, mempercepat pembekuan darah, Vitamin K juga biasa digunakan sebagai salah satu bahan untuk membuat produk kecantikan yang sihat dan aman. Sehingga Vitamin K baik juga untuk kesihatan kulit. 

Vitamin K biasanya banyak ditemui pada makanan seperti: Kacang-kacangan, sayuran yang  berwarna hijau, Susu, Buncis, Telur dan Buah Pisang.

manfaat Vitamin K untuk kecantikan adalah sebagai berikut:
·         Dapat Memperkuat sel jaringan pada kulit tubuh.
·         Bermanfaat meminimalisis terjadinya infeksi serta peradangan yang biasanya terjadi pada kulit anda.
·         Bermanfaat Menghilangkan sel kulit kusam serta kulit kering.


Anda berminat untuk mendapatkan konsultansi terbaik utk masalh anda,

Sms/wechat/whatsapp saya dan saya akan mmbantu anda.

Yana-0192785383

SID 1030172

FB:Norliyana Khai

Page : YanaShakleeciousHouse



TIPS BANYAKKAN SUSU IBU – TEKNIK POWER PUMPING

Assalammualaikum.. dearest Mommy.. Susu mulai merudum memang akan memeningkan kepala sebagai ibu yang menyusukan. Teriakan anak menangi...