A Positive Attitude Will Lead to Positive Outcomes

Tuesday, November 18, 2014

Rawat Penyakit Eczema dan Kembalikan Kulit Sihat



Adakah anda mencari-cari rawatan untuk penyakit Eczema supaya kulit kembali sihat. Atau pun anda seorang ibu yang tak dapat tidur malam kerana si kecil anda ada penyakit Eczema.
Memang tertekan sekiranya kulit anda diserang eczema. Sudah puas anda mencari rawatan terbaik untuk merawat penyakit eczema supaya kulit kembali sihat.

eczema Rawatan Penyakit Eczema Supaya Kulit Kembali Sihat



Eczema adalah sejenis sakit kulit. Penting untuk anda tahu terlebih dahulu tentang penyakit ini supaya anda faham bagaimana cara rawatannya. Secara anatominya, kulit adalah tisu tubuh yang merupakan pelindung tubuh yang menyeliputi anatomi tubuh manusia. Kulit manusia sangat sensitif terhadap sebarang perubahan dari sekeliling.

Kulit adalah lapisan paling luar yang bersentuhan secara terus dengan segala unsur-unsur alam sekitar di luar seperti panas, sejuk dan sebagainya. Justeru, tidak hairanlah kenapa kulit cepat terdedah kepada pelbagai serangan penyakit yang mengakibatkannya merengsa dan rasa tidak selesa kepada tubuh. Lebih-lebih lagi dalam dunia pasca moden ini, pelbagai jenis penyakit kulit sama ada yang berjangkit atau tidak, cepat merebak kerana kualiti alam sekitar dan udara yang merosot sekaligus memberikan kesan buruk kepada tubuh manusia. 


Salah satu daripada penyakit kulit yang sering menyerang manusia di zaman moden ini adalah penyakit eczema. Penyakit kulit jenis eczema ini berpotensi menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira lapisan usia, bangsa atau jantina. Menurut statistik dari sumber dipercayai, penyakit eczema ini akan menyerang seorang dari lima orang sehingga mengakibatkan kulit berdarah, bernanah dan berair.
Perlu diingatkan bahawa punca sebenar berlakunya serangan penyakit eczema ini tidak dapat dipastikan dengan tepat. Namun terdapat beberapa kajian yang dibuat, menyatakan antara faktor-faktor yang menjadi punca kepada eczema ini termasuklah:


Bagaimanapun, menurut kajian penyakit eczema ini juga mempunyai pertalian genetik. Salah seorang sama ada ibu atau bapa berpotensi untuk memberi kesan genetik itu kepada anak-anak. Oleh sebab itu, kebanyakan kes eczema ini berlaku dikalangan kurang dari dua tahun kerana kebanyakannya diwarisi daripada ibubapa.


Lazimnya, bagi orang dewasa eczema ini akan menyerang di bahagian leher, muka, siku, buku lali dan lutut. Manakala, tanda-tanda eczema bagi bayi pula jelas dilihat di bahagian pipi, dahi, leher, lengan, betis dan kulit kepala. Ada yang mendapat eczema ini ketika dewasa dan ada yang diserang ketika masih bayi. 
Menurut pakar kulit, penyakit eczema ini tidak dapat disembuhkan sepenuhnya.Namun begitu, tak perlu bimbang rawatan yang sistematik dapat meminimumkan kesan penyakit itu dan mengelakkan daripada terus merebak dan menjadi kronik.


Kita juga perlu bersedia untuk mengubah cara hidup kepada yang lebih sihat dengan mengawal pemakanan dan selalu bersenam. Pada masa yang sama, pilihlah pemakanan yang sihat dan hindari dari makan makanan yang boleh mengakibatkan kegatalan dan alahan seperti makanan laut.
Rawatan eczema dengan Set Eczema Shaklee.


Mengapa Penyakit Eczema Akibatnya Kulit Menjadi Sensitif?
Punca Atau Faktor Penyakit Eczema
punca eczema Rawatan Penyakit Eczema Supaya Kulit Kembali Sihat
  • penggunaan sabun dan detergen
  • keadaan cuaca yang panas
  • alergik kepada alam persekitaran
  • alergik bila memakai barang kemas
  • berada dalam keadaan stress
  • kuat berpeluh
  • barang kosmetik yang tidak sesuai
  • alergik kepada fabrik pakaian yang tertentu
  • air berklorin tinggi
Rawatan Supaya Kulit Kembali Sihat

Bayi Berusia Kurang Dari 1 Tahun
  • Untuk para ibu yang menyusu anak yang mengidap eczema, anda disyorkan untuk mengambil Energizing Soy Protein (ESP) dan Omega Guard. Ianya akan disalurkan menerusi penyusuan susu ibu kepada anak. Di samping itu, ibu pun mendapat khasiatnya.
  • Krim Herbal Blend boleh disapukan untuk bayi yang mengalami ekzema kering bagi mengurangkan rasa gatal dan pedih.
  • Sekiranya ada luka-luka pada kulit boleh dirawat dengan menyapu Vitamin E pada bahagian luka.
Kanak-Kanak Berusia 1 Tahun Ke Atas
  • Bagi mengawal dan merawat eczema, kanak-kanak setahun ke atas boleh ambil Omega Guard.
  • Omega Guard menguatkan membran sel, mencegah radang kulit dan mengurangkan kegatalan.
  • Boleh juga ambil Mealshake yang kaya dengan multivitamin untuk tisu kulit dan hilangkan parut.
  • Kombinasi Krim Herbal Blend dan Vitamin E untuk rawatan luka akibat eczema.
Remaja dan dewasa
  • Apabila eczema menyerang sel kulit akan rosak. Justeru, pengambilan ESP membantu penghasilan sel kulit yang sihat, anjal dan gebu.
  • Vitamin E atau GLA Complex (dalam GLA juga ada vitamin E) berkhasiat merawat kulit yang rosak dan juga dapat membantu memudarkan parut dengan berkesan. Vitamin E Shaklee mengandungi ekstrak biji anggur yang mempercepat proses membaikpulih kulit dan juga mempertingkat sistem imunisasi melawan eczema.
  • Omega Guard berfungsi mengekalkan kulit dalam keadaan lembap. Pesakit eczema mempunyai kulit yang sangat sensitif. Omega Guard mencegah keradangan kulit & mengurangkan kegatalan.
  • ESP dan Omega Guard memastikan supaya ekzema tidak merebak dan merawat kulit dari dalam.
  • Krim Herbal Blend adalah herba semulajadi untuk melegakan gatal dan pedih akibat luka ekzema.
  • Pengambilan Alfalfa sangat disyorkan untuk mempertingkat kekuatan sistem dalaman tubuh dengan bertindak menyahtoksin.

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP
 EMAIL : norliyanakhai@gmail.com






No comments:

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU – TEKNIK POWER PUMPING

Assalammualaikum.. dearest Mommy.. Susu mulai merudum memang akan memeningkan kepala sebagai ibu yang menyusukan. Teriakan anak menangi...