A Positive Attitude Will Lead to Positive Outcomes
Showing posts with label set untuk sakit sendi dan lutut. Show all posts
Showing posts with label set untuk sakit sendi dan lutut. Show all posts

Monday, November 24, 2014

KESAN KEKURANGAN OMEGA-3 PADA TUBUH



ASSALAMMUALAIKUM.. 

Omega-3 sebenarnya adalah asid lemak perlu (essential fatty acid) yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ia perlu didapatkan dari pemakanan atau suplemen!

Tahukah anda bahawa  lebih 90% populasi manusia tidak mengambil asid lemak baik ini secara mencukupi!

Kekurangan pengambilan Omega-3 akan membawa masalah terutama masalah kesihatan memandangkan Omega-3 memainkan peranan penting dalam fungsi otak dan organ dalaman tubuh termasuk jantung.

Kesan kekurangan Omega-3 pada manusia:

Perkembangan otak
Satu daripada komponen penting otak adalah omega 3. Asid lemak ini membentuk struktur yang besar di dalam otak. Jika kekurangan, terutamanya semasa ia sedang pesat berkembang, otak tidak akan berfungsi secara optimum!

Lebih buruk ia boleh menyebabkan gangguan bipolar, ADHD, autisme, malah barangkali juga skizofrenia dan Alzheimer!!!

Janin dalam kandungan yang tidak mendapat omega-3 yang mencukupi daripada ibunya berkemungkinan mengalami masalah penglihatan dan saraf.

Kesihatan jantung
Omega-3 berfungsi menguatkan struktur sel pada organ jantung. Ia juga melancarkan peredaran darah terutamanya aliran keluar masuk dari jantung dengan mengurangkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL.

Jika tidak mendapat Omega-3 yang cukup, arteri akan mengeras, aliran darah menjadi perlahan, dan ini akan menyebabkan tekanan darah tinggi juga serangan jantung!!

Masalah kulit
Kekurangan Omega-3 boleh menyebabkan masalah kulit seperti kulit kasar, liang roma tersumbat, dan jerawat. Ia juga boleh menyebabkan penuaan pramasa seperti kulit berkedut akibat kurang sirkulasi darah dalam tubuh. Wajah yang berseri menunjukkan peredaran darah dalam tubuh lancar!

Alahan
Alahan adalah sensitiviti tubuh terhadap bahan2 tertentu contohnya seperti habuk, makanan, ubat dan sebagainya. Dengan menambah pengambilan Omega-3 dalam diet, masalah alahan dapat dikurangkan.

Alzheimer
Juga dikenali sebagai nyanyuk. DHA iaitu komponen utama dalam minyak ikan adalah asid lemak penting dalam otak dan retina iaitu lebih daripada 30% struktur lipid dalam neuron. Kekurangan DHA boleh menyebabkan depresi, ADHD (hiperaktif), dementia juga autisme.

Asthma
Asthma menyebabkan susah bernafas, semput dan batuk. Ini berlaku akibat penyumbatan saluran pernafasan  dan penghasilan bahan yang dipanggil leukotrienes. Pengambilan Omega-3 dapat mengurangkan pengeluaran bahan tersebut, juga mampu melegakan pernafasan dengan membuang segala bendalir disekitar salur pernafasan.

Masalah berat badan
Kekurangan Omega-3 boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Bagaimana? Ini kerana, apabila kita tidak mendapat Omega-3 yang secukupnya, lemak dan minyak yang kita makan tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Lemak tersebut tidak digunakan untuk ditukar kepada tenaga sebaliknya ia melekat pada salur darah malah lebih teruk disekitar organ penting seperti jantung dan hati. Ini punca masalah utama penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Sakit sendi
Apabila usia meningkat atau juga apabila berat badan meningkat, fungsi sendi semakin lemah kerana bendalir penyambung antara sendi semakin berkurang. Mereka yang mempunyai berat berlebihan sering mengadu sakit sendi kerana berat berat badan menyebabkan tekanan ke atas sendi. Omega-3 berfungsi mencegah radang sendi dan melincirkan pergerakan antara sendi. Omega-3 juga membantu menambah kepadatan jisim tulang.

Autisme
Kajian mendapati ibu mengandung yang mengambil suplemen Omega-3 semasa hamil kurang berisiko mendapat anak autisme kerana kandungan DHA yang tinggi. Ia juga mampu meningkatkan tumpuan dan memori anak2 autisme juga pengidap sindrom hiperaktif (ADHD).

Simptom kekurangan Omega-3 yang lain
· kelesuan
· lemah ingatan
· kulit kering
· tekanan dan perubahan mood (mood swing)
· peredaran darah perlahan
·  masalah jantung
·  diabetes
Sumber utama omega-3 ialah ikan seperti salmon, mackerel, halibut, anchovies, sardin, tuna dan hering. Dalam tumbuhan, Omega-3 terdapat pada flaxseed oil, minyak canola, soya, biji labu, walnut dan beberapa jenis kekacang.

Haaa tengoklah banyaknye kesan jika kita tak cukup Omega-3 dalam makanan kita.. Cek2 tengok sekarang ni pun dh ada tanda2nya kan? Lagi buruk, ia boleh sebabkan kanser! Nauzubillah..

Cukupkan keperluan nutrisi harian kita..Mudah saja jika kita tahu caranya.. ;)




LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Saturday, February 8, 2014

KEISTIMEWAAN OMEGA GUARD SHAKLEE BERBANDING JENAMA LAIN



Assalammualaikum..
Harini kita nak bincang skit pasal Omega Guard Shaklee.Sebelum ini kita da bincangkan mengenai OMEGA GUARD UNTUK IBU HAMIL, OMEGA GUARD BG PESAKIT DARAH TINGGI,OMEGA GUARD UNTUK PELAJAR,OMEGA GUARD UNTUK KURUS, dan kalini kita bongkar sedikit mengenai kenapa OMEGA GUARD ni berbeza dengan minyak ikan yg lain.

KELEBIHAN OMEGA GUARD SHAKLEE


  • Merupakan minyak ikan terbaik di dunia. Shaklee mengekstrak OMEGA GUARD ini dari ikan laut air sejuk(sardin,mackerel, herring,abchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan ye.. OG adalah 3kali lebih tumpat dari hati minyak ikan.
  • Berbanding dengan produk Omega dipasaran,OG merupakan minyak ikan paling tulen di dunia coz mengandungi rangkaian sprktrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 yg semulajadi iaitu DHA,EPA,ALA dan banyak lagi. 1 sajian OG dapat bekalkan 905mg asid lemak omega 3 EPA dan DHA.
  • Kebanyakan pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, tapi kaedah ini bkn hanya mersakkan sesetengah nutrien, malah tidak bleh menapis kandungan logam yg membahayakan kesihatan.
  • Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini utk menghasikan OG. 
  • Ia dihasilkan melalui 1 proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega 3 yg paing tulen dan paling semulajadi sementara bg menyingkirkan bahan merbahaya spt Plumbum, merkuri, arsenik,kadmium,doksin, dan PCB(polychlorinated biphenyl- iaitu merupakan bahan kimia industri yg sngt toksik.
Amerika PUblic Health Association syorkan makan minyak ikan laut air sejuk sekurang2nya  size kad permainan sebanyak 2x seminggu yg megndugi paras asid lemak Omega 3. Ia membantu mengurangkan penyakit jantung sebanyak 44%





LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP
EMAIL : norliyanakhai@gmail.com
 

Saturday, August 24, 2013

KENALI PENYAKIT OSTEOARTRITIS (OA) DAN RAWATAN PENCEGAHANNYA


Assalammualaikum..

Osteoartritis (OA) juga dikenali sebagai artritis degeneratif. Di antara lebih daripada 100 jenis artritis yang berbeza keadaannya, OA paling kerap terjadi membabitkan 10 hingga 20 peratus orang dewasa di Malaysia.kerap terjadi dengan peningkatan usia; bagi lelaki masalah biasanya bermula sebelum 45 tahun dan selepas 55 tahun bagi wanita.
PUNCA?
OA berlaku disebabkan proses penuaan. Apabila meningkat tua, kandungan air di dalam tulang rawan berkurangan dan protein yang membentuk tulang rawan itu akan merosot, menyebabkan permukaan tulang rawan menggelupas dan merekah lalu membentuk alur halus. Dalam kes yang serius, tulang rawan yang melitupi sendi rosak teruk sehingga mendedahkan tulang yang membentuk persendian berkenaan.

Penggunaan berulang kali sendi yang haus selama beberapa tahun boleh menyebabkan radang berlaku pada tulang rawan dan sendi menjadi bengkak serta sakit. Kerosakan tulang rawan menyebabkan tulang sendi bersentuhan dan bergeseran. Ini menyebabkan rasa sakit dan mengehadkan pergerakan sendi. Terutama ketika rukuk dan sujud dalam solat. Radang yang berlaku juga merangsang pembentukan tulang baru (taji, juga disebut sebagai osteofit) di sekeliling sendi.

OA sekunder pula disebabkan penyakit atau keadaan lain seperti obesiti, trauma berulang dan pembedahan ke atas struktur dalam sendi, kecacatan kongenital (sejak lahir), gout dan kencing manis. Obesiti menyebabkan OA dengan meningkatkan tekanan mekanikal kepada tulang rawan. Pada usia emas, obesiti menjadi faktor risiko paling kuat untuk OA sendi sendi lutut. 

Kejadian OA sendi lutut di kalangan atlit angkat berat dipercayai sebahagiannya disebabkan bebanan berat badan yang tinggi. Trauma berulang pada tisu sendi (ligamen, tulang, dan tulang rawan) yg menyebabkan OA lutut ini  awal didapati di kalangan pemain bola sepak. Bagaimanapun, risiko OA sendi lutut tidak meningkat di kalangan atlit pelari jarak jauh.

Sesetengah orang lahir dengan sendi tidak normal (ketidak normalan kongenital) yg menyebabkan tulang rawan cepat haus, mengalami degenerasi awal dan kehilangan tulang rawan sendi. OA sendi pinggul selalunya dikaitkan dengan kecacatan struktur sendi pinggul yang terjadi sejak lahir.

Gangguan hormon seperti diabetes dan hormon pertumbuhan tidak teratur juga dikaitkan dengan kehausan awal tulang rawan dan OA sekunder.

Gejala OA
1.  Sakit pada sendi lewat petang atau malam
2.  Sendi akan bengkak, berasa panas dan merasa nyeri bila digerakkan. 
3.  Sendi juga berasa kaku dan sakit apabila pesakit hendak digerakkan setiap
     kali selepas berehat.
4.  Obesiti,
5.  Kerap melakukan pembedahan lutut. (menyebabkan bowlegged’ kerosakandegenerasi tulang rawan sendi lutut yang berterusan sehingga kaki menjadi bengkok pesakit berjalan terhincut-hincut.)

CARA RAWATAN DAN PENCEGAHAN

Shaklee menawarkan 1 set lengkap untuk kesihatan tulang dan sendi
1- Joint Health Tablet (Mengekalkan tulang rawan yang sihat)
- Menyokong keselesaan sendi
- Membantu mengekalkan tulang rawan
- Memelihara tisu penyambung yang sihat

    2 - Omega Guard (Mengurangkan inflamasi)
- Berfunsi melambatkan degradasi tulang rawan. 
- Mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi.
- Mmembantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi.
- Mengawal kolestrol dalam badan
-Mengurangkan masalah obesiti

3- Ostematrix
- Membekalkan Kalsium (penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen.)
- Membekalkan Magnesium (pentinguntuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi.)
 *( Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang tetapi dapat membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.)

maka, khasiat dalam pengambilan set di atas:-
1-Memberi sokongan nutrisi pada komponan penting penghubung tisu lain yg memberi kekuatan dan struktur untuk sendi
2-Membantu mengekalkan tulang yg kuat
3- Membantu melegakan sakit sendi dan inflamasi terhadap sendi


-
-   untuk maklumat lanjut dan consultasi percuma
    pm/wechat/whatsapp/kakaotalk
    yana-0192785383
s   saya pengedar sah shaklee




TIPS BANYAKKAN SUSU IBU – TEKNIK POWER PUMPING

Assalammualaikum.. dearest Mommy.. Susu mulai merudum memang akan memeningkan kepala sebagai ibu yang menyusukan. Teriakan anak menangi...