A Positive Attitude Will Lead to Positive Outcomes
Showing posts with label OMEGA GUARD SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label OMEGA GUARD SHAKLEE. Show all posts

Monday, November 24, 2014

KESAN KEKURANGAN OMEGA-3 PADA TUBUH



ASSALAMMUALAIKUM.. 

Omega-3 sebenarnya adalah asid lemak perlu (essential fatty acid) yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ia perlu didapatkan dari pemakanan atau suplemen!

Tahukah anda bahawa  lebih 90% populasi manusia tidak mengambil asid lemak baik ini secara mencukupi!

Kekurangan pengambilan Omega-3 akan membawa masalah terutama masalah kesihatan memandangkan Omega-3 memainkan peranan penting dalam fungsi otak dan organ dalaman tubuh termasuk jantung.

Kesan kekurangan Omega-3 pada manusia:

Perkembangan otak
Satu daripada komponen penting otak adalah omega 3. Asid lemak ini membentuk struktur yang besar di dalam otak. Jika kekurangan, terutamanya semasa ia sedang pesat berkembang, otak tidak akan berfungsi secara optimum!

Lebih buruk ia boleh menyebabkan gangguan bipolar, ADHD, autisme, malah barangkali juga skizofrenia dan Alzheimer!!!

Janin dalam kandungan yang tidak mendapat omega-3 yang mencukupi daripada ibunya berkemungkinan mengalami masalah penglihatan dan saraf.

Kesihatan jantung
Omega-3 berfungsi menguatkan struktur sel pada organ jantung. Ia juga melancarkan peredaran darah terutamanya aliran keluar masuk dari jantung dengan mengurangkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL.

Jika tidak mendapat Omega-3 yang cukup, arteri akan mengeras, aliran darah menjadi perlahan, dan ini akan menyebabkan tekanan darah tinggi juga serangan jantung!!

Masalah kulit
Kekurangan Omega-3 boleh menyebabkan masalah kulit seperti kulit kasar, liang roma tersumbat, dan jerawat. Ia juga boleh menyebabkan penuaan pramasa seperti kulit berkedut akibat kurang sirkulasi darah dalam tubuh. Wajah yang berseri menunjukkan peredaran darah dalam tubuh lancar!

Alahan
Alahan adalah sensitiviti tubuh terhadap bahan2 tertentu contohnya seperti habuk, makanan, ubat dan sebagainya. Dengan menambah pengambilan Omega-3 dalam diet, masalah alahan dapat dikurangkan.

Alzheimer
Juga dikenali sebagai nyanyuk. DHA iaitu komponen utama dalam minyak ikan adalah asid lemak penting dalam otak dan retina iaitu lebih daripada 30% struktur lipid dalam neuron. Kekurangan DHA boleh menyebabkan depresi, ADHD (hiperaktif), dementia juga autisme.

Asthma
Asthma menyebabkan susah bernafas, semput dan batuk. Ini berlaku akibat penyumbatan saluran pernafasan  dan penghasilan bahan yang dipanggil leukotrienes. Pengambilan Omega-3 dapat mengurangkan pengeluaran bahan tersebut, juga mampu melegakan pernafasan dengan membuang segala bendalir disekitar salur pernafasan.

Masalah berat badan
Kekurangan Omega-3 boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Bagaimana? Ini kerana, apabila kita tidak mendapat Omega-3 yang secukupnya, lemak dan minyak yang kita makan tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Lemak tersebut tidak digunakan untuk ditukar kepada tenaga sebaliknya ia melekat pada salur darah malah lebih teruk disekitar organ penting seperti jantung dan hati. Ini punca masalah utama penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Sakit sendi
Apabila usia meningkat atau juga apabila berat badan meningkat, fungsi sendi semakin lemah kerana bendalir penyambung antara sendi semakin berkurang. Mereka yang mempunyai berat berlebihan sering mengadu sakit sendi kerana berat berat badan menyebabkan tekanan ke atas sendi. Omega-3 berfungsi mencegah radang sendi dan melincirkan pergerakan antara sendi. Omega-3 juga membantu menambah kepadatan jisim tulang.

Autisme
Kajian mendapati ibu mengandung yang mengambil suplemen Omega-3 semasa hamil kurang berisiko mendapat anak autisme kerana kandungan DHA yang tinggi. Ia juga mampu meningkatkan tumpuan dan memori anak2 autisme juga pengidap sindrom hiperaktif (ADHD).

Simptom kekurangan Omega-3 yang lain
· kelesuan
· lemah ingatan
· kulit kering
· tekanan dan perubahan mood (mood swing)
· peredaran darah perlahan
·  masalah jantung
·  diabetes
Sumber utama omega-3 ialah ikan seperti salmon, mackerel, halibut, anchovies, sardin, tuna dan hering. Dalam tumbuhan, Omega-3 terdapat pada flaxseed oil, minyak canola, soya, biji labu, walnut dan beberapa jenis kekacang.

Haaa tengoklah banyaknye kesan jika kita tak cukup Omega-3 dalam makanan kita.. Cek2 tengok sekarang ni pun dh ada tanda2nya kan? Lagi buruk, ia boleh sebabkan kanser! Nauzubillah..

Cukupkan keperluan nutrisi harian kita..Mudah saja jika kita tahu caranya.. ;)




LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Tuesday, November 18, 2014

Rawat Penyakit Eczema dan Kembalikan Kulit Sihat



Adakah anda mencari-cari rawatan untuk penyakit Eczema supaya kulit kembali sihat. Atau pun anda seorang ibu yang tak dapat tidur malam kerana si kecil anda ada penyakit Eczema.
Memang tertekan sekiranya kulit anda diserang eczema. Sudah puas anda mencari rawatan terbaik untuk merawat penyakit eczema supaya kulit kembali sihat.

eczema Rawatan Penyakit Eczema Supaya Kulit Kembali Sihat



Eczema adalah sejenis sakit kulit. Penting untuk anda tahu terlebih dahulu tentang penyakit ini supaya anda faham bagaimana cara rawatannya. Secara anatominya, kulit adalah tisu tubuh yang merupakan pelindung tubuh yang menyeliputi anatomi tubuh manusia. Kulit manusia sangat sensitif terhadap sebarang perubahan dari sekeliling.

Kulit adalah lapisan paling luar yang bersentuhan secara terus dengan segala unsur-unsur alam sekitar di luar seperti panas, sejuk dan sebagainya. Justeru, tidak hairanlah kenapa kulit cepat terdedah kepada pelbagai serangan penyakit yang mengakibatkannya merengsa dan rasa tidak selesa kepada tubuh. Lebih-lebih lagi dalam dunia pasca moden ini, pelbagai jenis penyakit kulit sama ada yang berjangkit atau tidak, cepat merebak kerana kualiti alam sekitar dan udara yang merosot sekaligus memberikan kesan buruk kepada tubuh manusia. 


Salah satu daripada penyakit kulit yang sering menyerang manusia di zaman moden ini adalah penyakit eczema. Penyakit kulit jenis eczema ini berpotensi menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira lapisan usia, bangsa atau jantina. Menurut statistik dari sumber dipercayai, penyakit eczema ini akan menyerang seorang dari lima orang sehingga mengakibatkan kulit berdarah, bernanah dan berair.
Perlu diingatkan bahawa punca sebenar berlakunya serangan penyakit eczema ini tidak dapat dipastikan dengan tepat. Namun terdapat beberapa kajian yang dibuat, menyatakan antara faktor-faktor yang menjadi punca kepada eczema ini termasuklah:


Bagaimanapun, menurut kajian penyakit eczema ini juga mempunyai pertalian genetik. Salah seorang sama ada ibu atau bapa berpotensi untuk memberi kesan genetik itu kepada anak-anak. Oleh sebab itu, kebanyakan kes eczema ini berlaku dikalangan kurang dari dua tahun kerana kebanyakannya diwarisi daripada ibubapa.


Lazimnya, bagi orang dewasa eczema ini akan menyerang di bahagian leher, muka, siku, buku lali dan lutut. Manakala, tanda-tanda eczema bagi bayi pula jelas dilihat di bahagian pipi, dahi, leher, lengan, betis dan kulit kepala. Ada yang mendapat eczema ini ketika dewasa dan ada yang diserang ketika masih bayi. 
Menurut pakar kulit, penyakit eczema ini tidak dapat disembuhkan sepenuhnya.Namun begitu, tak perlu bimbang rawatan yang sistematik dapat meminimumkan kesan penyakit itu dan mengelakkan daripada terus merebak dan menjadi kronik.


Kita juga perlu bersedia untuk mengubah cara hidup kepada yang lebih sihat dengan mengawal pemakanan dan selalu bersenam. Pada masa yang sama, pilihlah pemakanan yang sihat dan hindari dari makan makanan yang boleh mengakibatkan kegatalan dan alahan seperti makanan laut.
Rawatan eczema dengan Set Eczema Shaklee.


Mengapa Penyakit Eczema Akibatnya Kulit Menjadi Sensitif?
Punca Atau Faktor Penyakit Eczema
punca eczema Rawatan Penyakit Eczema Supaya Kulit Kembali Sihat
  • penggunaan sabun dan detergen
  • keadaan cuaca yang panas
  • alergik kepada alam persekitaran
  • alergik bila memakai barang kemas
  • berada dalam keadaan stress
  • kuat berpeluh
  • barang kosmetik yang tidak sesuai
  • alergik kepada fabrik pakaian yang tertentu
  • air berklorin tinggi
Rawatan Supaya Kulit Kembali Sihat

Bayi Berusia Kurang Dari 1 Tahun
  • Untuk para ibu yang menyusu anak yang mengidap eczema, anda disyorkan untuk mengambil Energizing Soy Protein (ESP) dan Omega Guard. Ianya akan disalurkan menerusi penyusuan susu ibu kepada anak. Di samping itu, ibu pun mendapat khasiatnya.
  • Krim Herbal Blend boleh disapukan untuk bayi yang mengalami ekzema kering bagi mengurangkan rasa gatal dan pedih.
  • Sekiranya ada luka-luka pada kulit boleh dirawat dengan menyapu Vitamin E pada bahagian luka.
Kanak-Kanak Berusia 1 Tahun Ke Atas
  • Bagi mengawal dan merawat eczema, kanak-kanak setahun ke atas boleh ambil Omega Guard.
  • Omega Guard menguatkan membran sel, mencegah radang kulit dan mengurangkan kegatalan.
  • Boleh juga ambil Mealshake yang kaya dengan multivitamin untuk tisu kulit dan hilangkan parut.
  • Kombinasi Krim Herbal Blend dan Vitamin E untuk rawatan luka akibat eczema.
Remaja dan dewasa
  • Apabila eczema menyerang sel kulit akan rosak. Justeru, pengambilan ESP membantu penghasilan sel kulit yang sihat, anjal dan gebu.
  • Vitamin E atau GLA Complex (dalam GLA juga ada vitamin E) berkhasiat merawat kulit yang rosak dan juga dapat membantu memudarkan parut dengan berkesan. Vitamin E Shaklee mengandungi ekstrak biji anggur yang mempercepat proses membaikpulih kulit dan juga mempertingkat sistem imunisasi melawan eczema.
  • Omega Guard berfungsi mengekalkan kulit dalam keadaan lembap. Pesakit eczema mempunyai kulit yang sangat sensitif. Omega Guard mencegah keradangan kulit & mengurangkan kegatalan.
  • ESP dan Omega Guard memastikan supaya ekzema tidak merebak dan merawat kulit dari dalam.
  • Krim Herbal Blend adalah herba semulajadi untuk melegakan gatal dan pedih akibat luka ekzema.
  • Pengambilan Alfalfa sangat disyorkan untuk mempertingkat kekuatan sistem dalaman tubuh dengan bertindak menyahtoksin.

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP
 EMAIL : norliyanakhai@gmail.com






Wednesday, December 11, 2013

PUNCA STROK DAN PENCEGAHAN AWAL.





Punca Strok di Malaysia.
Emosi. Imbangan. Koordinasi. Penglihatan. Pendengaran. Deria rasa. Pergerakan Terkawal.

Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia. Hanya penyakit jantung dan kanser mengatasinya. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa.

Apakah strok?
Fungsi-fungsi otak.

Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.

Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.

Apa yang menyebabkan penyakit stroke?(Punca Stroke)

Sebab yang biasa berlaku pada pesakit yang mengalami strok adalah disebabkan saluran arteri yang semakin sempit dan keras (atherosclerosis). Plak yang dihasilkan oleh lemak, kolesterol, kalsium, dan bahan-bahan yang lain berkumpul di dalam arteri menyebabkan saluran darah semakin lama menjadi semakin sempit dan menghalang untuk darah mengalir ke otak. Sekiranya sumbatan berlaku di saluran yang sempit,‘ischaemic stroke’ akan berlaku. Strok berdarah pula sering berlaku disebabkan tekanan darah yang tidak dikawal yang menyebabkan dinding arteri tidak dapat menampung tekanan tersebut dan menyebabkan kebocoran salur darah.
Keadaan penyakit-penyakit ini menyumbang kepada risiko yang tinggi untuk mendapat strok. 

1.Tekanan Darah Tinggi
2.Tinggi kolesterol
3.Penyakit Kencing Manis
4.Kegemukan/Obesiti.

Sekiranya anda mengambil langkah selamat untuk mengawal keadaan di atas, ia boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat strok.

Cara hidup yang tidak sihat
Faktor lain seperti merokok, kurang bersenam dan alkohol menyumbang kepada risiko penyakit strok. Maka ubah cara hidup anda.

Pemakanan yag tidak sihat
Ketahuilah bahawa pemakanan sangat penting dalam menjamin kesihatan anda. Pemakanan yang berminyak, banyak lemak semuanya tidak sihat untuk badan anda. Makanan yang mempunyai banyak garam juga sepatutnya di elakkan. Banyakkan makan makanan yang berkhasiat seperti oat, makanan yang kaya bijirin, buah-buahan dan sayur -sayuran. Anda mungkin memandang remeh tentang perkara ini tetapi sekiranya ia berlaku, anda mungkin menyesal dikemudian hari.

Maka jagalah cara hidup anda. Cuba untuk berhenti merokok dan sentiasa bersenam. Kalau malas berlari pun anda boleh berjalan. Kurangkan pengambilan alkohol dan garam. Makan makanan yang berkhasiat dan menyihatkan.

Cadangan Supplement untuk pencegahan awal strok.

B COMPLEX
-Kenapa B complex.. Ok pencegahan awal untuk mengatasi penyakit berkaitan saraf ni adalah B complex. kerana B complex berfungsi mmperbaiki aliran fungsi saraf dalam sistem tubuh kita. Kandungan vitamin B yg terdapat dalam B complex adaalh:-
1) B1 (thiamin)
2) B2 (robiflovin)
3) B3 (niacin)
4) B5 
5) B6 (pyridoxine)
6) B12 (cobalamine)
7) Asid Folic
8) Asid panthothenic
9) Biotin

Setiap rumusan dalam vitamin B complex ini memiliki fungsi yang khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. ia juga membantu dalam menghasilkan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Kurangnya vitamin B Complex boleh melemahkan sistem daraf dan menggangu otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangan ini juga akan menyebabkan pembentukan sel abnormal yang boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu juga, kurangnya vitamin B Complex boleh dikaitkan dengan masalah depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan lain seperti, keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.

OMEGA GUARD

KAITAN OMEGA GUARD DAN STROKE
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok – DHA dan EPA boleh menentangthrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dankolesterol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosismyocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

VIVIX

 


Bagaimanakah Vivix Boleh membantu?


  • Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.  
  •  Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh. 
  •  Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

untuk pertanyaan lanjut 
blh hubungi saya :-
Liyana
id 1030172
cod teluk panglima garang/kg sijangkang/klang/banting
penghantaran keseluruh malaysia melalui pos laju/gdex/citylink

sms/wechat/whatsapp
0192785383
FB : Norliyana Khai
Page : YanaShakleeciousHouse.

Wednesday, December 4, 2013

SUPPLEMENT SHAKLEE TERBAIK UNTUK MINDA DAN KANAK KANAK.

 Assalammualaikum.
Harini nak sembang pasal supplement untuk minda pulak. bukan sahaja baik untuk anak anda, bahkan baik juga untuk minda dan kesihatan semua peringkat umur.
Sedarkah Kita??

♦Dari kelahiran hingga umur 3 tahun, perkembangan otak amat peka terhadap bayi dan 75% daripada kapasiti
otaknya berlaku dalam tempoh yg genting ini.
♦Selepas berumur 2 tahun, pengambilan makann berlemak seharusnya diambil dalam kuantiti sederhana rendah untuk
mengelakkan dari penyakit jantung, kegemukan dan masalah kesihatan yg lain.
♦Pada umur 5 thun, 90% drpd perkembangan otak kanak2 telah lengkap.
♦Antara umur 11 & 16 thun, 1 peningkatan yg besar dlm tumbesaran biasanya berlaku dgn peningkatan berat bdn dan
pertumbuhan otot yg ketara.

 
Antara supplement terbaik dari Shaklee yg bagus untuk minda anda dan juga anak anda adalah:-
Mealshake dan Omega Guard.
 
SHAKLEE Meal Shake
Dengan kehidupan aktif anak-anak, mereka kurang mempunyai masa untuk duduk dan menikmati makan dengan sempurna. Oleh yang demikian Shaklee Meal Shake merupakan initiatif yang bagus dalam memastikan kita dapat membekalkan nutrient dan mineral yang penting untuk tumbesaran anak-anak kita. Shaklee Meal Shake ini, membekalkan 19 nutrient dan mineral penting yang perlu untuk tumbesaran anak-anak. Selain itu Shaklee Meal Shake ini juga merupakan sumber Kalsium yang tinggi dan diperbuat dari soya bermutu tinggi untuk menampung keperluan protein anak-anak. Di datangkan dalam perisa vanilla yang sangat lazat.  
 
15 Kebaikan mealshake untuk kanak-kanak yang ibu patut tahu adalah:
  1. Kurangkan Ekzema
  2. Untuk Tumbesaran
  3. Untuk Perkembangan Minda
  4. Untuk Tingkatkan Selera Makan anak
  5. Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
  6. Untuk Anak kekal aktif
  7. Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
  8. Meningkatkan berat badan anak
  9. Membantu anak fokus
  10. Membantu kurangkan kekerapan asthma
  11. Mengatasi masalah sembelit pada anak
  12. Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  13. Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
  14. Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
  15. Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu
 

SHAKLEE OmegaGuard
mengandungi satu rangkaian penuh 7 asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA,DHA,ALA,dll. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan otak dan fungsi2 otak.Pemakanan yang berzat dan berkualiti amat penting supaya otak dapat berkembang.selain dari itu, antara khasiat lain dalam Omega Guard adalah :-
Khasiat Omega Guard Shaklee
 
  • Ia juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan
  • Membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL
  • Mengawal masalah obesiti
  • Mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin
  • Membantu perkembangan memori – DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina.
  • Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan
  • Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi
  • DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran
 
 
untuk keterangan lanjut
boleh berhubung dengan saya
sms/wechat/whatsapp
Miss Liyana
0192785383
FB : Norliyana Khai
Page :YanaShakleeciousHouse.
 
 
 
 


 
 

Tuesday, December 3, 2013

PENYAKIT GOUT DAN SHAKLEE


Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Tanda2 Gout

1.Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
2.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
3.Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
4.Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
5.Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
6.Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
7.Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Komplikasi

1.Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
2.Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
3.Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
Kegemukan
Darah tinggi
Hiperlipidemia
Diabetes

Rawatan
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

Rawatan serangan akutRawatan Jangka Panjang

Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
Pemakanan.
Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.

ELAKKAN DAN KURANGKAN MAKAN:-

♣Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
♣Ikan bilis, kembung, sardin
♣Daging cincang
♣Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
♣Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
♣Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
♣Peanuts, lentil, beans and peas

Poultry
Roti jagung dan bijirin
Pencegahan

Rehatkan sendi semasa serangan gout.
Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan (Klik di sini untuk keterangan lebih lanjut..)
Mengelakkan minuman keras
Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
Minum banyak air
Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.

Di samping mendapatkan rawatan doktor yang berkelayakan, pesakit boleh cuba amalkan Set Gout Shaklee  yang mengandungi Performance Drink dan Omega Guard.

Fungsi-fungsi Set Gout Shaklee adalah:

♥Performance Drink  -  memelihara atau seimbangkan kandungan air dalam badan supaya badan tidak mengalami dehidrasi. Pesakit gout perlu menyingkirkan asid urik dengan lebih kerap kencing. Air yang mencukupi dalam badan amat penting untuk melancarkan proses pembuangan asid urik. Performance Drink berfungsi mengantikan air yang hilang dan memelihara tahap air dalam badan pesakit.

♥Omega Guard –  Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk. 


Penambahan Alfalfa juga sebagai salah satu cadangan bagi pesakit Gout yg mengalami masalah di dalam detoksifikasi(masalah pembuangan).

♥Alfalfa - detoks semulajadi bertugas menyingkirkan toksik dari badan. Pengamal Alfalfa perlu mengambil air yang banyak (sebaik-baiknya 3-4Liter sehari) untuk membantu melancarkan proses detoks.


Untuk pertanyaan lanjut blh hubungi saya 
Liyana
SID 1030172
sms/wechat/whatsapp
0192785383
COD KG SIJANGKANG/TELUK PANGLIMA GARANG/BANTING/KLANG.
PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA MELALUI POS LAJU/GDEX/CITYLINK.

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU – TEKNIK POWER PUMPING

Assalammualaikum.. dearest Mommy.. Susu mulai merudum memang akan memeningkan kepala sebagai ibu yang menyusukan. Teriakan anak menangi...