A Positive Attitude Will Lead to Positive Outcomes
Showing posts with label SET PENYUSUAN SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label SET PENYUSUAN SHAKLEE. Show all posts

Saturday, May 13, 2017

7 Perkara Suami ‘Macho’ Akan Buat Untuk Isteri Yang Menyusu Badan

Assalammualaikum.. Kalini sis nk share tentang tugas suami dlm membantu isteri dlm menjayakan proses penyusuan si kecil.  Bukan suami xperlu ambik kisah ye psl ini.  Jgn jdkan alasan "aku xde susu mcm mn nk tlg isteri aku jg anak" itu semua alasan basi yg sis dengar dan sis rs dah lapuk.
Siapa kata suami tak boleh tolong isteri yang menyusu badan? Walaupun payudara itu milik isteri, namun ada pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh suami untuk menyenangkan hati atau meringankan beban isteri. Bahkan, suamilah orang penting untuk isteri mendapat sokongan moral dan fizikal dalam memastikan penghasilan susu yang lancar sehingga melimpah-ruah.
Berikut adalah 7 tugas suami yang dapat membantu melancarkan proses menjayakan penyusuan badan sehingga mampu melengkapkan tempoh 2 tahun penuh.
7 TUGAS SUAMI UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN BADAN
1. CARI MAKLUMAT TENTANG PENYUSUAN
Sejak sebelum bayi dilahirkan lagi, suami boleh membantu isteri dengan menambahkan pengetahuan tentang penyusuan badan. Jangan ingat kalau isteri yang akan menyusu badan, dia saja yang perlu tahu semuanya.
Apabila anda mengambil berat dan mencari maklumat, secara tidak langsung anda lebih berpengetahuan dan tidak kekok membantu isteri tanpa perlu diminta.
2. DAPATKAN ALATAN PENYUSUAN
Selain membuat persediaan dari segi mental, suami juga boleh membantu isteri untuk mendapatkan alatan penyusuan yang bakal diperlukan seperti pam susu serta keperluan dan aksesori yang diperlukan seperti pakaian khusus untuk menyusu.
Memang nampak macam banyak, tetapi percayalah kesemua keperluan ini amat praktikal dan berguna untuk mereka. Mesti isteri akan lebih bersemangat apabila rasa diri mereka dihargai!
3. GEMBIRAKAN HATI ISTERI
Semasa sedang menyusu badan, hadirkan diri untuk duduk di sebelah isteri. Tatap wajah bayi anda dengan penuh kasih sayang. Inilah juga peluang untuk ‘bonding’ bersama bayi anda yang baru lahir.
Sungguhpun tindakan ini kelihatan remeh, tetapi melalui cara inilah suami akan dapat memahami masalah yang dialami oleh isteri, terutamanya yang bau pertama kali memulakan penyusuan. Nak cari posisi yang sesuai, puting melecet, bengkak susu, semua ini adalah masalah yang boleh menjejaskan kelancaran susu badan. Semestinya kehadiran suami di sisi dapat memberi ketenangan kepada isteri.
4. MEMBANTU BERI SUSU PERAHAN
Tugas suami amat penting semasa membantu memperkenalkan susu perahan buat pertama kali kepada bayi. Dalam tempoh ‘latihan’ tersebut, biasanya bayi akan lebih mudah menerimanya apabila ia diberi oleh ayah berbanding ibu.
Selepas selesai mengepam, antara tugas suami yang boleh dibuat adalah membantu menyimpan stok susu tersebut, mencuci alatan pam, atau sekadar menemaninya, terutamanya pada waktu tengah malam.
5. MENGURUS BAYI
Semasa berpantang, emosi isteri biasanya mudah terjejas kerana mereka masih dalamtempoh penyembuhan. Ada yang masih trauma semasa bersalin, dan kebanyakan mereka mengalami kekurangan tidur akibat menyusu badan pada waktu malam.
Oleh itu, seeloknya suami juga memainkan peranan aktif untuk membantu isteri menguruskan keperluan bayi. Contohnya membantu memandikan mereka, menidurkan mereka, dan menukar lampin. Kalau tak berpeluang buat dengan kerap, sehari sekali pun cukuplah.
6. RINGANKAN KERJA RUMAH
Kadangkala, ibu menyusu tidak cukup masa untuk mengurus hal lain apabila sibuk mengurus anak. Jadi, sebagai suami janganlah pula anda menunjukkan reaksi marah atau‘tension’ apabila nampak rumah bersepah atau bakul baju yang bertimbun.
Sebaliknya, bantulah menguruskan sekadar apa yang anda mampu. Jika tak berkebolehan melakukan tugas yang sukar seperti memasak, buatlah yang mudah seperti mencuci baju, menyapu lantai, atau mengemas rumah.
7. MELAYAN ANAK YANG LEBIH TUA
Jika ada anak-anak yang lebih tua, bantulah menguruskan mereka. Pastikan kerja rumah mereka disiapkan, ajak mereka solat, atau makan bersama-sama.
Setidak-tidaknya, apa salahnya mengajak mereka bermain atau membaca bersama-sama. Tabiat ini dapat membina hubungan dan menggalakkan perkembangan anak-anak.
STRES ANTARA PUNCA SUSU MERUDUM
Sedarkah anda, proses menjayakan penyusuan badan secara ekslusif ini mengorbankan banyak masa dan aktiviti harian dalam kehidupan wanita. Itupun belum termasuk masalah-masalah kesihatan yang mungkin dialami akibat penyusuan badan.
Maka, wajarlah seorang suami memberi sokongan yang sepatutnya kepada isteri yang sedang menyusu badan. Apabila terbeban dengan kerja-kerja rumah, masalah anak dan kesibukan tempat kerja, stres yang dihadapi menyumbangkan kepada punca susu mereka semakin merudum.
Jadi, kalau nak menjayakan penyusuan badan, suami pun perlu ambil berat ya!

Thursday, May 11, 2017

FAKTA DAN AUTA TENTANG BREASTFEEDING

Assalammualaikum

MITOS PENYUSUAN :
Tugas menyusukan bayi bukanlah terlalu sukar tetapi akan menjadi sukar bila ada pelbagai ‘nasihat’ yg mengelirukan para ibu terutama yg baru pertama kali menyandang gelaran ibu… Percaya atau tidak antara tips kejayaan penyusuan adalah bergantung kepada kekuatan mental ibu itu sendiri. Campur tangan org sekeliling kadang kala boleh menyumbang kepada kegagalan menyusukan bayi, bergantung kepada kekuatan mental ibu itu sendiri. Hanya ibu yg memahami kesihatan tubuh badannya dan kemampuan utk memberikan yg terbaik buat si manja. Hanya ibu tahu apa yang diperlukan tubuhnya dan apa yang perlu bagi menyokong keperluan tersebut. Dalam mencari ilmu penyusuan, kita tidak boleh main dengar aje sumber yang tidak sahih. Kadang-kadang, kita boleh pula percaya bulat-bulat apa yang kita dengar walaupun tak tahu kebenarannya, tak pernah alami, mahupun membuat kajian tentangnya. Jadi mari kita tengok rupa-rupanya banyak perkara yang telah di letakkan “negative mind set” oleh orang-orang kita, walhal perkara-perkara tersebut adalah TIDAK BENAR sama sekali.

1. SUSU BADAN TIDAK MENCUKUPI.
Kebanyakan dan ramai wanita tidak mempunyai cukup susu badan. Bukan masalah susu jika bayi lambat naik berat badan atau mengalami pertambahan berat yang sangat perlahan. Bukan sebab susu ibu tidak cukup tetapi kerana bayi TIDAK MENDAPAT SUSU YANG IBU ADA. Sebab utama perkara ini berlaku adalah bayi tidak “latch” atau melekap dengan betul. Pada minggu pertama selepas kelahiran, berat bayi biasanya akan menurun atau kekal sama seperti ketika dilahirkan. Sebab itulah pentingnya ilmu penyusuan, kena banyak mencari info atau belajar dari mereka yang berpengalaman.

2. ADALAH BIASA JIKA SAKIT SEMASA MENYUSU.
Ini Tidak Benar. Meskipun ada sebilangan ibu yang mungkin rasa sedikit bengkak pada peringkat awal, tetapi keadaan ini tidak berlanjutan. Kesakitan pada puting semasa menyusukan bayi adalah disebabkan pelekapan yang tidak sempurna atau lekapan yang salah. Kesakitan mungkin boleh berlaku untuk beberapa hari namun, jika anda masih rasa sakit, adalah tidak normal ianya berlarutan. Ibu boleh rujuk kepada yang pakar untuk selesaikan masalah anda yang mungkin disebabkan oleh mulut bayi yang tidak menghisap puting dan areola dengan betul. Belajarlah untuk membantu bayi menyusu dengan cara yang betul.

3. SUSU TIDAK CUKUP SEMASA 3-4 JAM PERTAMA KELAHIRAN.
Bukan tidak cukup tetapi semasa itu bayi belum pandai melekap dengan betul dan minum susu dengan betul. Maka kemungkinan sedikit sahaja susu yang dapat diminumnya. Pada hari-hari awal selepas kelahiran, keperluan bayi hanya sedikit sesuai dengan saiz perutnya yang masih terlalu kecil (sebesar buah ceri). Apa yang penting ialah, memastikan bayi mendapat susu awal iaitu kolostrum yang kaya dengan zat yang tidak terbanding. Ianya umpamakan cecair emas dan boleh mengenyangkan perut bayi yang masih kecil.

4. BAYI PERLUKAN AIR MASAK TAMBAHAN PADA CUACA PANAS.
Tidak benar sama sekali! Susu ibu mengandungi komposisi zat, nutrient dan kepekatan yang berbeza pada setiap waktu penyusuan. Ia berbeza mengikut cuaca juga di mana kepekatan dan kelikatan susu sentiasa berubah-ubah sesuai dengan keperluan bayi pada setiap ketika, begitu juga ketika cuaca panas mahupun sejuk. Susu ibu mengandungi air yang secukupnya untuk bayi, maka air tambahan adalah TIDAK PERLU. Bahkan bahaya jika berikan air masak pada bayi sebelum berusia 6 bulan.

5. PUTING PERLU DIBASUH SETIAP KALI SELEPAS MENYUSU.
Basuh puting setiap kali selepas menyusu. TIDAK BENAR. Ini tidak boleh disamakan dengan botol susu kerana jika tidak dibasuh dengan betul, ia berupaya mengumpul kuman. Susu ibu melindungi bayi dari jangkitan. Jika dibasuh maka ia boleh menghilangkan minyak pelindung pada puting tersebut.

6. MENYUSU BOTOL LEBIH SENANG DARIPADA MENYUSU BADAN. 
Siapa kata? Yang jadi susah tu sebab ramai yang tidak mendapat bantuan atau tidak cukup info tentang penyusuan. Bila tiada ilmu di dada maka kita akan jadi mudah berputus asa dan rasa susah. Sebaiknya semasa mengandung lagi carilah ilmu tentang penyusuan. Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan dan penyediaan susu. Tambahan pula, penyusuan susu ibu boleh dilakukan bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia juga tidak melibatkan sebarang kos.

7. SUSU FORMULA KANDUNGANNYA SAMA DENGAN SUSU IBU.
Tidak sama sekali ye. Susu formula tidak mengandungi antibodi, tidak mengandungi enzim, tidak mengandungi sel-sel hidup. Malah, jika diperhatikan susu ibu cuma boleh bertahan selama 1 jam setelah dipanaskan dan harus segera dibuang sekiranya tidak dihabiskan oleh bayi, sedangkan susu formula masih boleh diminum berulang kali sehingga berejam-jam. Ini sudah tentu melibatkan kandungan yang terdapat dalam serbuk susu formula itu sendiri semasa proses pembuatan dan pengilangan di mana terdapatnya elemen untuk memastikan ianya tahan lama dan sesuai untuk ditinkan. Sekali lagi, ia jelas menunjukkan tentang komposisi kandungan dalam susu ibu VS susu formula yg nyata mempunyai sangat banyak perbezaan!

8. BERHENTI MENYUSUKAN JIKA IBU SAKIT.
Berhenti susukan bayi jika bayi menghadapi cirit birit atau muntah. Ye, boleh hentikan makanan lain tapi TERUSKAN MENYUSU. Sebab susu badan adalah terbaik dan boleh melawan jangkitan. Susu ibu sudah cukup menampung keperluan bayi pada ketika ini.

9. IBU KENA MAKAN BANYAK UNTUK DAPATKAN SUSU YANG BANYAK.
Oh tidak sama sekali! Kalau begitu sudah pasti ramai ibu menyusu jadi gemuk:) Makan ikut keperluan sahaja dan bukannya makan fikirkan untuk 2 orang. Amalkan diet sihat dan makan berpada-pada. Inilah jawapan kpd persoalan : Saya menyusukan bayi secara penuh dengan susu badan (fully breastfeed, tetapi kenapa badan makin gemuk, dan berat juga makin naik?” Mengambil jumlah kalori yg melebihi jumlah tenaga. walaupun banyak kalori dibakar tapi jumlah kalori yg di ambil juga sama banyak, malah ia lebih banyak melebihi keperluan..

10. BREAST KECIL = SUSU SIKIT, BREAST BESAR = SUSU BANYAK.
Ini memang MENGARUT! Wanita yang mempunyai PAYUDARA KECIL mempunyai susu yang sedikit berbanding wanita dengan payudara besar. Saiz payudara ditentukan oleh tisu lemak, yang tidak berkaitan dengan penghasilan susu. Penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah serupa tanpa mengira saiz payudara anda.

11. PENYUSUAN SUSU IBU MENYEBABKAN PAYUDARA KENDUR.
Penyusuan susu ibu tidak menyebabkan payudara menjadi kendur. Ianya disebabkan oleh faktor usia dan graviti. Malah, penyusuan susu ibu membantu anda untuk kembali kepada bentuk badan asal lebih cepat dengan membakar lemak yang tersimpan semasa hamil. Ia juga mengeluarkan hormon yang membantu mengecut dan mengembalikan rahim kepada saiz yang asal. Saya bukan pakar penyusuan, apa lagi lactation atau paediatric, saya juga masih belajar melalui pengalaman sendiri, buku-buku penyusuan, bertanya pada doctor dan pencarian maklumat di internet. Saya sekadar berkongsi untuk menambah pengetahuan diri sendiri juga sebagai perkongsian bersama! Jika bukan kita sebagai ibu yang melahirkan ini, terus-terusan berjuang dan  meletakkan keinginan menyusukan bayi sendiri dengan manfaat susu sendiri, siapa lagi??

Semoga ibu2 sentiasa sabar dan teruskan penyusuan tanpa hiraukan cakap2 orang lain.. Kita tahu kita dah buat yg terbaik utk so manja kita.  😊😊

Wednesday, July 29, 2015

JEJARI SI KIDAL BERHABUK

Assalammualaikum . ..

Sekian lama xhapdet blog budak kidal ni..☝ almaklumla.. lepas bersalin mcm2 pancaroba kenangan terindah yg perlu di lalui..bkn alasan tp br nk sesuaikan dgn keadaan baru dgn org baru.. btw sy dh selamat melahirkan seorang puteri sulung bernama NorZahirah pd 15.4.2015 seberat 2.7kg pd 10.15mlm (czer)..hehehehe. ramai tnye nape czer sedangkan dh bertarung nyawa selama 10jam contraction .. Allah je taw.. hehehe . Jln xbkk 4cm je dekat 10jam.. so bile doktor decide czer sbb jantung baby dh lemah.. i ols redha je demi nyawa si kecil.. huhu.. maka lahirnya beliau dibumi bertuah ini beribukan daku yg comel . ..ekekeeke..

DALAM PANTANG👶
So nk bgtw skrg dh masuk 3 bulan lebih ak besarkan zahirah.. mcm2 dugaan ms dlm pantang ..actually   bkn ak sorg je alami..sume ibu dseluruh pelusuk dunia alaminya.. ank menangis tgh mlm.. ank meragam alahai smpai ke pg xtido..mak bapak jd zombie..mmg normal.. ekekekek.. so memule ak mmg agk stress sbb ank sulung..i ols xtw cmne nk handle.. wakkakaa. Ank ngis je bg kakak ak pgg..xpon abg ipo ak pgg.. ak mmg teda taw.. bhhahaa..

LEPAS PANTANG👧
skrg dh adapt skit dgn situasi n zahirah  pon dh behave skit.. cme lom suke g tmpt2 terbuka ramai org..msti die ngamok .. huhuhu.. so kene biasakan diri la lame2 nnt she will be fine.. hope so.. huhu...

JAGA ANAK SORG2🙇
Ak lak tinggl kt umah sewa lepas ank ak 2bulan.. nk d jadikan cite jiran ak ad mind problem..hahaha... ms minggu kedua ak kt sane.. ank ak ni jenis tuan puteri..xmo panas.. nk selese tahap 200%.. so ms tu ank ak kepanasan agknye.. nangis la die.. tetibe jiran ak ni kuat kan radio sekuat2nye..gua lek je.. tetibe ptg tu ms laki ak jg ank ak n ak msk utk bukak pose.. ank ak ngis..ak kt dapo dgr org hempas2 pintu bagai nk rak.. ak lak jenis gelabah berok.. terus ak lari g bilik tgk ank ak n ambik terus susukan smbil sk ngis2 skali.. takot pnye   psl.. terus ak merayu sudughu sudughu kt laki ak yg ak xmo duk situ.keselamatan ank ak xterjamin kt situ.. so kami decide utk balik klang.. tp ak ngn ank ak je.. laki ak kje.. pjj.. ehehehe.. demi anak yg tercinta..

Tu la kisahnye.. smpai skrg ni.. so xtw g bile nk balik jb.. ak decide..dpt umah br kt tmpt lain br ak balik jb.. huhu...takut weh..d buatnye time laki ak g kje die buat gile g pecahkan umah ak..nauzubillahiminzalik... troma ak.. tu la sbb ak xhapdet blog ni.. so pd customer yg tnye nape blog xhapdet.. ni la sbb nye.. bsns still berjalan seperti biasa... pd nk order jgn malu jgn segan.. contact la distributor yg cemerlang gemilang ni ditalian whatsapp  0192785383 . .

Sekian d maklumkan.. syukur selalu selamat hari raya..🙌🙌

With love😚
💖yanakhai💖

Tuesday, November 19, 2013

SET PENYUSUAN SHAKLEE BAGI YG MMPUNYAI MASALAH KETIKA MENYUSUKAN BAYI


Assalammualaikum..

Set di bawah merupakan set optimum yang dicadangkan sekiranya anda mempunyai masalah penyusuan. Ramai yang telah berjaya meningkatkan pengeluaran susu dari 0.5 oz ke 5 oz hanya dalam masa 10 minit. wow!! Mari kita lihat bagaimana supplements tersebut mampu membantu dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu.







ESP adalah sumber protein terbaik untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti susu ibu. Susu akan menjadi lebih pekat dan bayi akan merasa lebih cepat kenyang. Ada juga customer yang mengatakan payudara akan cepat penuh (engorge) setelah mengamalkan ESP sehingga susu terpaksa dipam walaupun baru selesai direct feeding. Ingat! Milk production memerlukan fat, water dan protein. Maka, ESP perlu ada dalam senarai milk booster supplement anda. 
Tips: Campurkan ESP bersama oatmeal sebagai sarapan atau snek in between meals. Ramai customer kami dari kalangan wanita bekerjaya memberikan testimonial, susu yang dipam akan lebih banyak dari biasa berbanding dengan pengambilan makanan lain ketika sarapan. Selain itu, anda juga boleh campurkan ESP dengan Mealshake Shaklee, khasiatnya akan bertambah-tambah kerana Mealshake Shaklee mengandungi banyak vitamin, mineral, serat, kalsium dan mempunyai perasa vanilla yang enak.


Vita-Lea pula selain melengkapkan kelengkapan vitamin dan mineral dalam tubuh ibu menyusu, ia juga mengandungi tambahan formula iron untuk mengekalkan penghasilan susu ibu. Tahukah anda kekurangan iron atau maternal anemia boleh menyebabkan penurunan milk supply? Jadi amat penting untuk memastikan kandungan iron dan nutrient lain dalam badan adalah mencukupi.


Stress merupakan salah satu punca utama kegagalan dalam proses penyusuan. Ini mungkin disebabkan perubahan hormon, kepenatan bekerja dan menjaga anak serta rumahtangga dan sebagainya. B-Complex dapat membantu menstabilkan hormon, mengurangkan tekanan dan memberikan tenaga supaya proses penyusuan anda tidak terjejas. Pengambilan vitamin B12 yang terdapat dalam B-Complex oleh ibu menyusu juga dikatakan mampu meningkatka perkembangan otak bayi. 

Seperti B-Complex, Vit-C adalah water soluble di mana kombinasi antara dua (2) vitamin ini  mampu meningkatkan penghasilan susu ibu up to a certain point. Selain itu, ciri-ciri antioksidan yang terdapat dalam Vit-C akan meningkatkan immunity system ibu, dan pada masa yang sama akan di-pass-kan kepada bayi yang menyusu melalui breastmilk. Jadi, bayi akan sukar jatuh sakit.


OsteMatrix amat diperlukan dalam diet harian untukbreastfeeding/nursing mothers. Ini kerana bayi akan "menarik keluar" simpanan kalsium dari tubuh ibu untuk keperluannya ketika menyusu. Simpanan kalsium yang makin hilang akan menyebabkan masalah osteoporosis berlaku dengan lebih cepat di kalangan wanita.

Akhir sekali, Alfalfa -herbal supplement yang mampu meningkatkan penghasilan susu ibu (milk booster). Alfalfa tablet boleh dimakan begitu sahaja atau dipecahkan untuk dijadikan minuman herba. 
Tips: Campurkan tablet Alfalfa ke dalam teh halba untuk kesan peningkatan penghasilan susu ibu yang maksimum. Insyaallah, kami akan kongsikan cara pembuatan teh herba dalam entry yang akan datang.





PERINGATAN
Set ini hanyalah sebagai "alat bantuan" tambahan dalam usaha anda untuk meningkatkan penghasilan susu. Pastikan anda mengamalkan rutin wajib sebagai seorang breastfeeding motherseperti menambahkan kekerapan pam atau direct feeding, dan juga pengambilan air dan kalori yang mencukupi. 

YANA 0192785383
SID 1030172
COD KG SIJANGKANG /TELUK PANGLIMA GARANG
PENGHANTARAN POS KESELURUH MALAYSIA MENGGINAKAN POS LAJU/GDEX/CITYLINK.

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU – TEKNIK POWER PUMPING

Assalammualaikum.. dearest Mommy.. Susu mulai merudum memang akan memeningkan kepala sebagai ibu yang menyusukan. Teriakan anak menangi...