A Positive Attitude Will Lead to Positive Outcomes

Thursday, May 11, 2017

FAKTA DAN AUTA TENTANG BREASTFEEDING

Assalammualaikum

MITOS PENYUSUAN :
Tugas menyusukan bayi bukanlah terlalu sukar tetapi akan menjadi sukar bila ada pelbagai ‘nasihat’ yg mengelirukan para ibu terutama yg baru pertama kali menyandang gelaran ibu… Percaya atau tidak antara tips kejayaan penyusuan adalah bergantung kepada kekuatan mental ibu itu sendiri. Campur tangan org sekeliling kadang kala boleh menyumbang kepada kegagalan menyusukan bayi, bergantung kepada kekuatan mental ibu itu sendiri. Hanya ibu yg memahami kesihatan tubuh badannya dan kemampuan utk memberikan yg terbaik buat si manja. Hanya ibu tahu apa yang diperlukan tubuhnya dan apa yang perlu bagi menyokong keperluan tersebut. Dalam mencari ilmu penyusuan, kita tidak boleh main dengar aje sumber yang tidak sahih. Kadang-kadang, kita boleh pula percaya bulat-bulat apa yang kita dengar walaupun tak tahu kebenarannya, tak pernah alami, mahupun membuat kajian tentangnya. Jadi mari kita tengok rupa-rupanya banyak perkara yang telah di letakkan “negative mind set” oleh orang-orang kita, walhal perkara-perkara tersebut adalah TIDAK BENAR sama sekali.

1. SUSU BADAN TIDAK MENCUKUPI.
Kebanyakan dan ramai wanita tidak mempunyai cukup susu badan. Bukan masalah susu jika bayi lambat naik berat badan atau mengalami pertambahan berat yang sangat perlahan. Bukan sebab susu ibu tidak cukup tetapi kerana bayi TIDAK MENDAPAT SUSU YANG IBU ADA. Sebab utama perkara ini berlaku adalah bayi tidak “latch” atau melekap dengan betul. Pada minggu pertama selepas kelahiran, berat bayi biasanya akan menurun atau kekal sama seperti ketika dilahirkan. Sebab itulah pentingnya ilmu penyusuan, kena banyak mencari info atau belajar dari mereka yang berpengalaman.

2. ADALAH BIASA JIKA SAKIT SEMASA MENYUSU.
Ini Tidak Benar. Meskipun ada sebilangan ibu yang mungkin rasa sedikit bengkak pada peringkat awal, tetapi keadaan ini tidak berlanjutan. Kesakitan pada puting semasa menyusukan bayi adalah disebabkan pelekapan yang tidak sempurna atau lekapan yang salah. Kesakitan mungkin boleh berlaku untuk beberapa hari namun, jika anda masih rasa sakit, adalah tidak normal ianya berlarutan. Ibu boleh rujuk kepada yang pakar untuk selesaikan masalah anda yang mungkin disebabkan oleh mulut bayi yang tidak menghisap puting dan areola dengan betul. Belajarlah untuk membantu bayi menyusu dengan cara yang betul.

3. SUSU TIDAK CUKUP SEMASA 3-4 JAM PERTAMA KELAHIRAN.
Bukan tidak cukup tetapi semasa itu bayi belum pandai melekap dengan betul dan minum susu dengan betul. Maka kemungkinan sedikit sahaja susu yang dapat diminumnya. Pada hari-hari awal selepas kelahiran, keperluan bayi hanya sedikit sesuai dengan saiz perutnya yang masih terlalu kecil (sebesar buah ceri). Apa yang penting ialah, memastikan bayi mendapat susu awal iaitu kolostrum yang kaya dengan zat yang tidak terbanding. Ianya umpamakan cecair emas dan boleh mengenyangkan perut bayi yang masih kecil.

4. BAYI PERLUKAN AIR MASAK TAMBAHAN PADA CUACA PANAS.
Tidak benar sama sekali! Susu ibu mengandungi komposisi zat, nutrient dan kepekatan yang berbeza pada setiap waktu penyusuan. Ia berbeza mengikut cuaca juga di mana kepekatan dan kelikatan susu sentiasa berubah-ubah sesuai dengan keperluan bayi pada setiap ketika, begitu juga ketika cuaca panas mahupun sejuk. Susu ibu mengandungi air yang secukupnya untuk bayi, maka air tambahan adalah TIDAK PERLU. Bahkan bahaya jika berikan air masak pada bayi sebelum berusia 6 bulan.

5. PUTING PERLU DIBASUH SETIAP KALI SELEPAS MENYUSU.
Basuh puting setiap kali selepas menyusu. TIDAK BENAR. Ini tidak boleh disamakan dengan botol susu kerana jika tidak dibasuh dengan betul, ia berupaya mengumpul kuman. Susu ibu melindungi bayi dari jangkitan. Jika dibasuh maka ia boleh menghilangkan minyak pelindung pada puting tersebut.

6. MENYUSU BOTOL LEBIH SENANG DARIPADA MENYUSU BADAN
Siapa kata? Yang jadi susah tu sebab ramai yang tidak mendapat bantuan atau tidak cukup info tentang penyusuan. Bila tiada ilmu di dada maka kita akan jadi mudah berputus asa dan rasa susah. Sebaiknya semasa mengandung lagi carilah ilmu tentang penyusuan. Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan dan penyediaan susu. Tambahan pula, penyusuan susu ibu boleh dilakukan bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia juga tidak melibatkan sebarang kos.

7. SUSU FORMULA KANDUNGANNYA SAMA DENGAN SUSU IBU.
Tidak sama sekali ye. Susu formula tidak mengandungi antibodi, tidak mengandungi enzim, tidak mengandungi sel-sel hidup. Malah, jika diperhatikan susu ibu cuma boleh bertahan selama 1 jam setelah dipanaskan dan harus segera dibuang sekiranya tidak dihabiskan oleh bayi, sedangkan susu formula masih boleh diminum berulang kali sehingga berejam-jam. Ini sudah tentu melibatkan kandungan yang terdapat dalam serbuk susu formula itu sendiri semasa proses pembuatan dan pengilangan di mana terdapatnya elemen untuk memastikan ianya tahan lama dan sesuai untuk ditinkan. Sekali lagi, ia jelas menunjukkan tentang komposisi kandungan dalam susu ibu VS susu formula yg nyata mempunyai sangat banyak perbezaan!

8. BERHENTI MENYUSUKAN JIKA IBU SAKIT.
Berhenti susukan bayi jika bayi menghadapi cirit birit atau muntah. Ye, boleh hentikan makanan lain tapi TERUSKAN MENYUSU. Sebab susu badan adalah terbaik dan boleh melawan jangkitan. Susu ibu sudah cukup menampung keperluan bayi pada ketika ini.

9. IBU KENA MAKAN BANYAK UNTUK DAPATKAN SUSU YANG BANYAK.
Oh tidak sama sekali! Kalau begitu sudah pasti ramai ibu menyusu jadi gemuk:) Makan ikut keperluan sahaja dan bukannya makan fikirkan untuk 2 orang. Amalkan diet sihat dan makan berpada-pada. Inilah jawapan kpd persoalan : Saya menyusukan bayi secara penuh dengan susu badan (fully breastfeed, tetapi kenapa badan makin gemuk, dan berat juga makin naik?” Mengambil jumlah kalori yg melebihi jumlah tenaga. walaupun banyak kalori dibakar tapi jumlah kalori yg di ambil juga sama banyak, malah ia lebih banyak melebihi keperluan..

10. BREAST KECIL = SUSU SIKIT, BREAST BESAR = SUSU BANYAK.
Ini memang MENGARUT! Wanita yang mempunyai PAYUDARA KECIL mempunyai susu yang sedikit berbanding wanita dengan payudara besar. Saiz payudara ditentukan oleh tisu lemak, yang tidak berkaitan dengan penghasilan susu. Penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah serupa tanpa mengira saiz payudara anda.

11. PENYUSUAN SUSU IBU MENYEBABKAN PAYUDARA KENDUR.
Penyusuan susu ibu tidak menyebabkan payudara menjadi kendur. Ianya disebabkan oleh faktor usia dan graviti. Malah, penyusuan susu ibu membantu anda untuk kembali kepada bentuk badan asal lebih cepat dengan membakar lemak yang tersimpan semasa hamil. Ia juga mengeluarkan hormon yang membantu mengecut dan mengembalikan rahim kepada saiz yang asal. Saya bukan pakar penyusuan, apa lagi lactation atau paediatric, saya juga masih belajar melalui pengalaman sendiri, buku-buku penyusuan, bertanya pada doctor dan pencarian maklumat di internet. Saya sekadar berkongsi untuk menambah pengetahuan diri sendiri juga sebagai perkongsian bersama! Jika bukan kita sebagai ibu yang melahirkan ini, terus-terusan berjuang dan  meletakkan keinginan menyusukan bayi sendiri dengan manfaat susu sendiri, siapa lagi??

Semoga ibu2 sentiasa sabar dan teruskan penyusuan tanpa hiraukan cakap2 orang lain.. Kita tahu kita dah buat yg terbaik utk so manja kita.  😊😊

No comments:

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU – TEKNIK POWER PUMPING

Assalammualaikum.. dearest Mommy.. Susu mulai merudum memang akan memeningkan kepala sebagai ibu yang menyusukan. Teriakan anak menangi...