A Positive Attitude Will Lead to Positive Outcomes

Thursday, May 11, 2017

7 Rahsia Kejayaan Penyusuan Susu Ibu Walaupun Bekerja.

Assalammualaikum

Sebagai seorang ibu yang bekerja, memang tidak mudah untuk menjayakan impian kita untuk memberikan susu ibu sepenuhnya kepada bayi kita. Kita perlu bersedia dari segi mental, fizikal dan emosi. Kita juga perlu tahu apa yang kita bakal hadapi setelah kita mula kembali bekerja.

1. Kumpul ilmu tentang penyusuan susu ibu

Kumpul sebyknye ilmu berkaitan penyusuan susu ibu semenjak anak  di dalam kandungan lagi, iaitu semasa  mengandung terutama info berkaitan penyusuan ibu bekerja.baca perkongsian ibu-ibu di group-group Facebook, di Forum dan juga di website-website yang berkaitan mengenai kisah-kisah kejayaan mereka, masalah dan isu yang sering mereka hadapi dan tips-tips dari mereka untuk ibu yang bekerja. Antaranya adalah teknik-teknik mengepam, jadual mengepam susu, cara mengimpan susu perahan dan prinsip asas penyusuan.

2. Membuat pelaburan pam yang bersesuaian dan mengikut kemampuan

Terdapat pelbagai jenis dan brand pam menyusu yang terdapat di pasaran dengan harga yang berbeza-beza. Pilihlah pam menyusu yang kita rasa selesa (cari kedai yang boleh kita cuba, jika ada). Belilah mengikut kemampuan. Ada memilih electric double pump untuk memudahkan  mengepam dan menjimatkan masa mengepam semasa bekerja. kerja dan proses mengepam berjalan serentak tanpa  perlu menghentikan kerja-kerja di pejabat. Jika anda tidak mampu, beli yang jenis manual pun sudah memadai.

3. Membuat pelaburan peralatan dan aksesori penyusuan

Sebagai seorang ibu yang bekerja, kita juga perlu mengambil kira dan mengambil berat tentang peralatan dan aksesori penyusuan seperti  botol penyimpanan, plastik penyimpanan, ice pack dan cooler bag. Pakaian yang sesuai juga dapat membantu dalam memudahkan lagi proses mengepam susu ibu. Sekarang sangat banyak baju yang mesra penyusuan susu ibu.

4. Sediakan stok susu perahan 2 minggu – 1 bulan sebelum mula bekerja.

Mula mengepam dan membuat susu perahan (EBM) seawal 1 bulan sebelum mula bekerja. Ibu mesti mula megepam selewat-lewatnya 2 minggu sebelum mula bekerja. Ia akan menjadi stok susu ibu pada ketika kita sudah mula bekerja. Sebagai “back-up” semasa kita dalam fasa hendak menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan setelah bercuti lama dan untuk mengelakkan kita berasa stress kerana memikirkan susu perahan samada cukup atau pun tidak ketika bekerja. Ia juga boleh jadi motivasi buat diri kita untuk terus bersemangat meneruskan penyusuan susu ibu walaupun bekerja. Ketika 2 minggu – 1 bulan ini juga, ajarlah anak untuk mula menggunakan botol susu secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat. Ini dapat mengelakkan bayi keliru dan menolak untuk menggunakan botol susu apabila kita sudah mula bekerja.

5. Rancang masa yang sesuai untuk mengepam

Disebabkan masa kerja yang terhad dan menuntut banyak komitmen, kita mesti merancang masa yang sesuai untuk kita mengepam susu. Seelok-eloknya rancang masa yang tetap untuk setiap sesi mengepam susu. Sbg cth datang ke pejabat 30 minit awal dan mula mengepam susu pada pukul 8 pagi, sebelum rakan-rakan pejabat mula masuk kerja.
Pada pukul 10 pagi,rest sebentar,buat kerja-kerja yang memerlukan kita duduk di depan PC(. Masa inilah kita buat kerja sambil mengepam susu. 2 dalam 1. tiada masalah bagi yg menggunakan pam elektrik. Cuma kena alert je supaya susu tak melimpah keluar.

Kemudian, sambung kerja semula dan kembali untuk mengepam pada pukul 1 tengahari, iaitu sewaktu masa rehat. Sebelum balik kerja, pada pkl 4 ptg,pam sekali lagi. cukuplah 4 kali mengepam kerana tuntutan kerja tidak boleh dielakkan. Balik dari kerja, terus menyusukan anak secara direct. Kita cuba konsisten mengepam pada waktu-waktu ini.

Mengapa? konsisten mengepam pada waktu yang sama adalah sangat penting. Ini berkaitan dengan konsep demand vs supply. Apabila kita konsisten mengepam pada masa yang sama setiap hari, tubuh akan menghantar isyarat bahawa masa itu, akan ada permintaan untuk susu. Secara automatik susu akan terhasil dan tersedia untuk dikeluarkan.

6. Rancang tempat yang sesuai untuk mengepam

Tempat juga memainkan peranan penting. Saya dahulu risau juga nak pam dimana. Sy dulu pam di surau sbb officemate ramai bangsa asing dan sy rs xselesa. Alhamdulillah apabila disurau keadaan tenang dan rakan lain pon faham dan menyokong sebab ramai2 ibu2 yg tmpt Kerja saya. Yang penting tutup segalanya, aurat tetap saya jaga.

7. Percaya “Saya Boleh..!!”

Mind set dalam diri adalah perkara paling penting sebenarnya. Sentiasalah berkata dan berfikir yang baik-baik dan yang positif kepada diri sendiri bahawa “saya boleh berikan yang terbaik kepada anak saya dengan memberikan susu ibu sepenuhnya walau apa jua halangan dan cabaran”. Penyusuan susu ibu bukan terhad untuk ibu-ibu surirumah sepenuh masa sahaja, atau ibu-ibu yang berduit atau ibu-ibu yang hanya dekat dengan anak… tetapi penyusuan susu ibu adalah untuk semua ibu. Pilihan itu di tangan kita. kita yang tentukan. Katakan kepada diri sendiri “ Saya Boleh..!!”

Dah tahu kan rahsianya untuk kita, ibu bekerja ni terus menyusukan si manja kita walaupun kita bekerja. Bagi yang sedang mengandung dan sedang dalam pantang tu, boleh lah mula mempraktikkan tips-tips di atas. Yang sudah mula bekerja juga masih belum terlewat untuk anda memulakan misi penyusuan susu ibu secara eksklusif ini.

Saya doakan anda berjaya. Amin..

No comments:

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU – TEKNIK POWER PUMPING

Assalammualaikum.. dearest Mommy.. Susu mulai merudum memang akan memeningkan kepala sebagai ibu yang menyusukan. Teriakan anak menangi...