A Positive Attitude Will Lead to Positive Outcomes
Showing posts with label keikhlasan lelaki. bahagia.. Show all posts
Showing posts with label keikhlasan lelaki. bahagia.. Show all posts

Saturday, May 13, 2017

7 Perkara Suami ‘Macho’ Akan Buat Untuk Isteri Yang Menyusu Badan

Assalammualaikum.. Kalini sis nk share tentang tugas suami dlm membantu isteri dlm menjayakan proses penyusuan si kecil.  Bukan suami xperlu ambik kisah ye psl ini.  Jgn jdkan alasan "aku xde susu mcm mn nk tlg isteri aku jg anak" itu semua alasan basi yg sis dengar dan sis rs dah lapuk.
Siapa kata suami tak boleh tolong isteri yang menyusu badan? Walaupun payudara itu milik isteri, namun ada pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh suami untuk menyenangkan hati atau meringankan beban isteri. Bahkan, suamilah orang penting untuk isteri mendapat sokongan moral dan fizikal dalam memastikan penghasilan susu yang lancar sehingga melimpah-ruah.
Berikut adalah 7 tugas suami yang dapat membantu melancarkan proses menjayakan penyusuan badan sehingga mampu melengkapkan tempoh 2 tahun penuh.
7 TUGAS SUAMI UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN BADAN
1. CARI MAKLUMAT TENTANG PENYUSUAN
Sejak sebelum bayi dilahirkan lagi, suami boleh membantu isteri dengan menambahkan pengetahuan tentang penyusuan badan. Jangan ingat kalau isteri yang akan menyusu badan, dia saja yang perlu tahu semuanya.
Apabila anda mengambil berat dan mencari maklumat, secara tidak langsung anda lebih berpengetahuan dan tidak kekok membantu isteri tanpa perlu diminta.
2. DAPATKAN ALATAN PENYUSUAN
Selain membuat persediaan dari segi mental, suami juga boleh membantu isteri untuk mendapatkan alatan penyusuan yang bakal diperlukan seperti pam susu serta keperluan dan aksesori yang diperlukan seperti pakaian khusus untuk menyusu.
Memang nampak macam banyak, tetapi percayalah kesemua keperluan ini amat praktikal dan berguna untuk mereka. Mesti isteri akan lebih bersemangat apabila rasa diri mereka dihargai!
3. GEMBIRAKAN HATI ISTERI
Semasa sedang menyusu badan, hadirkan diri untuk duduk di sebelah isteri. Tatap wajah bayi anda dengan penuh kasih sayang. Inilah juga peluang untuk ‘bonding’ bersama bayi anda yang baru lahir.
Sungguhpun tindakan ini kelihatan remeh, tetapi melalui cara inilah suami akan dapat memahami masalah yang dialami oleh isteri, terutamanya yang bau pertama kali memulakan penyusuan. Nak cari posisi yang sesuai, puting melecet, bengkak susu, semua ini adalah masalah yang boleh menjejaskan kelancaran susu badan. Semestinya kehadiran suami di sisi dapat memberi ketenangan kepada isteri.
4. MEMBANTU BERI SUSU PERAHAN
Tugas suami amat penting semasa membantu memperkenalkan susu perahan buat pertama kali kepada bayi. Dalam tempoh ‘latihan’ tersebut, biasanya bayi akan lebih mudah menerimanya apabila ia diberi oleh ayah berbanding ibu.
Selepas selesai mengepam, antara tugas suami yang boleh dibuat adalah membantu menyimpan stok susu tersebut, mencuci alatan pam, atau sekadar menemaninya, terutamanya pada waktu tengah malam.
5. MENGURUS BAYI
Semasa berpantang, emosi isteri biasanya mudah terjejas kerana mereka masih dalamtempoh penyembuhan. Ada yang masih trauma semasa bersalin, dan kebanyakan mereka mengalami kekurangan tidur akibat menyusu badan pada waktu malam.
Oleh itu, seeloknya suami juga memainkan peranan aktif untuk membantu isteri menguruskan keperluan bayi. Contohnya membantu memandikan mereka, menidurkan mereka, dan menukar lampin. Kalau tak berpeluang buat dengan kerap, sehari sekali pun cukuplah.
6. RINGANKAN KERJA RUMAH
Kadangkala, ibu menyusu tidak cukup masa untuk mengurus hal lain apabila sibuk mengurus anak. Jadi, sebagai suami janganlah pula anda menunjukkan reaksi marah atau‘tension’ apabila nampak rumah bersepah atau bakul baju yang bertimbun.
Sebaliknya, bantulah menguruskan sekadar apa yang anda mampu. Jika tak berkebolehan melakukan tugas yang sukar seperti memasak, buatlah yang mudah seperti mencuci baju, menyapu lantai, atau mengemas rumah.
7. MELAYAN ANAK YANG LEBIH TUA
Jika ada anak-anak yang lebih tua, bantulah menguruskan mereka. Pastikan kerja rumah mereka disiapkan, ajak mereka solat, atau makan bersama-sama.
Setidak-tidaknya, apa salahnya mengajak mereka bermain atau membaca bersama-sama. Tabiat ini dapat membina hubungan dan menggalakkan perkembangan anak-anak.
STRES ANTARA PUNCA SUSU MERUDUM
Sedarkah anda, proses menjayakan penyusuan badan secara ekslusif ini mengorbankan banyak masa dan aktiviti harian dalam kehidupan wanita. Itupun belum termasuk masalah-masalah kesihatan yang mungkin dialami akibat penyusuan badan.
Maka, wajarlah seorang suami memberi sokongan yang sepatutnya kepada isteri yang sedang menyusu badan. Apabila terbeban dengan kerja-kerja rumah, masalah anak dan kesibukan tempat kerja, stres yang dihadapi menyumbangkan kepada punca susu mereka semakin merudum.
Jadi, kalau nak menjayakan penyusuan badan, suami pun perlu ambil berat ya!

Friday, March 14, 2014

KEPERCAYAAN DAN KEPERCAYAAN ITU PENTING



Assalammualaikum..
ha kalini nak libas keyboard pasal hati mak ni ha.. huhu.. btw nak bgtaw.. beberape hari kebelakangan ni i feel not good.. not good sngt.. eh eh kenape.. kurang b complex agknya.. hahaha.. ye la agknye.. pasal tetinggl kat umah lupe nak masukan dalam pillbox. ha salahkan vitamin. huhu..

cerita pasal en bakal somi in advance ni ha.. hahaha.. ok poyo.. huhu.. kami gadoh ada fighting2 skit sejak 2 menjak ni.. ok sedey. xsuka la kan kita org perempuan ni kalau ade perempuan lain nak dok kaco2 hubungan kita kan.. (-_- icon lempang.) huhu.. kita bkn pe.. klw msj bese2 xpe.. ni msj.. %#$^$%&#$ ha kau.. mau mak x naik antu.. so mak marah la kan.. tapi mak plak kene libas balik smpai mak perlukan overdos b complex. stress taw.. huhu.. peh tu nak ckp kite ni plak tuduh melulu.. hallo.. u try tgk klw bf u ckp syg kat pompuan lain. agk2 what do u think klw bf u ckp ..ala. kawan jela.. lalala.. ikot napsu ni mmg nk toreh hati je letak vivix cuci saja.. ehehe.. tapi last2 mak piki la.. ok la mengalah la.. -_- mengalah bkn mak kalah.. tp Allah adalah sebaik2 perancangan. ok mak pon buat deal la ngn dia.. deal tu rahsia la kan.. over taw sume nk kasitaw... nak vitamin c mak bg bia awet muda skit muka stress tu.. hahaaha... n then kami pon berbaik la.. tp pasal perasaan tu still ada sakit.. cme malas nk panjang2 kan. sbb kite taw kite ni mcm mane kan.. so.. da buat perjanjian.. klw mungkir janji.. Allah je balas. malas mak nk pening2 kepala.. mak d dewasa taw.. hikhik.. 

so mak pon da sedar la perasaan klw pompuan dok kacau laki org ni.. ape perasaan bini depa kan.. ok mak lempang pipi skrg.. hahaha.. >.< pada u olls sume.. nk kawn ngn gf or bf org tu xsalah.. tp berpada.. beringat la skit perasaan org ye... ok tobat² >.< jgn smpai mak tabur DTX complex utk kome2 yg ade mslh hati ni.. hihi.. 

Allah maha adil. What u give, u will get more. 

.
LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

 

Friday, July 26, 2013

SAYA TIDAK MEMILIH DALAM BERKASIH... CUMA....


Assalammualaikum... 

banyak perkara dalam hidup yg akan menyalahkan kita dan menyalahkan mereka.. dalam sesebuah perhubungan cthnya :-

saya tidak memilih untuk mencari teman yg sempurna.. kerana saya tidak sempurna juga.. kekhilafan lalu saya jadikan pengajaran.. harta bukan segalanya namun kejujuran penting.. once org tipu aku.. mmg ak da teragak² untuk terima..

isyarat aku mudah dalam berkasih sayang..

pada yg mengenali aku.. mungkin ak nampak garang.. nampak bengis.. nampak mcm kak yong kawasan, pantang silap skit.. terus smack.. tp...

aku sebenarnya belajar untuk tidak sesekali menunjukkan kelemahan yg byk terdapat dalam diri aku.. ok guys.. aku wanita.. ak insan yg perlukan kejujuran dan kasih sayang sepenuhnya.. andai aku berkata kecewa.. bermaksud ak sedang sedih.. andai ak diam tatkala janji tidak dikotakan.. ak sebenarnya menanti keyakinan dari lelaki yg bersungguh ke atas aku.. 

andai ak berkasar.. itu tandanya.. aku perlukan kelembutan seorang lelaki untuk menyakinkan aku akan diri aku harus dilindungi.. andai kita bersengketa.. aku berharap ada teduhan kesabaran dan tidak berputus asa untuk memujuk ku.. andai air mata kecewa mengalir di mataku.. sebenarnya ak perlukan penghapus air mata walaupon dari insan yg membuat air mata aku mengalir.. kerana aku insan yg sangat memerlukan perlindungan.. 

aku bukan insan yg tegar menyakiti.. cuma aku perlukan insan yg tegar menyayangi.. ikhlas melindungi.. gigih menyakinkan.. berpegang pada janji.. berpegang pada amanah aku untuk dilindungi bukan untuk di lukai..

sedarilah.. aku juga wanita biasa... sekian


- ok jgn nk gelak sngt bc puisi aku... ni bukan puisi dayana.. tp puisi liyana..
ok habeh cite madah.. nak tido..

love 
-yana khai-




TIPS BANYAKKAN SUSU IBU – TEKNIK POWER PUMPING

Assalammualaikum.. dearest Mommy.. Susu mulai merudum memang akan memeningkan kepala sebagai ibu yang menyusukan. Teriakan anak menangi...