A Positive Attitude Will Lead to Positive Outcomes
Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Monday, December 22, 2014

Tips bagi mengatasi masalah keputihan wanita.[SID AREA JOHOR BAHRU,JOHOR]





Assalammualaikum..

Penyebab keputihan wanita adalah kerana jangkitan kulat candida dan bakteria yang berlebihan. Perkara yang paling ditakuti sekali ialah jangkitan kuman (venereal disease) seperti siplis dan gonorrhea iaitu penyakit – penyakit yang dijangkiti menerusi hubungan seks.

Perkara lain yang merunsingkan wanita ialah kemungkinan beliau menghidap penyakit kanser pada bahagian peranakan. Bagi gadis-gadis yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samada mereka menghidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak.



Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Disebaliknya ia mungkin tanda yang biasa sahaja. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang - kilang khas pengeluar lendir.

Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran faraj. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan faraj sering dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan ini boleh menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan terkeluarnya darah dari dinding faraj.

Pada kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih, cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal. Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Pada kebiasaannya, lendirnya bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.

Faktor pemakanan antara punca yang menyebabkan kulat berlebihan pada vagina anda. Pengambilan makanan yang manis (tinggi kandungan gula) boleh menyebabkan keputihan. Contohnya macam kuih donut dan gula-gula getah.

Selain itu, ada beberapa jenis buah-buahan yang menyumbang kepada keputihan. Iaitu nenas, sengkuang dan timun. Ini bukan bermakna anda tak boleh makan langsung. Cuma kurangkan kadar pengambilannya.

Penggunaan tuala wanita boleh mengundang kehadiran kulat. Pastikan bahagian dalam celah peha anda dibersihkan dengan sempurna. Jika tidak, warna kulit bahagian dalam akan bertambah gelap. Elakkan juga memakai seluar dalam yang terlalu ketat serta diperbuat daripada kain nilon.



Atasi Keputihan anda Dengan Vitamin Shaklee>> KLIK <<




LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Sunday, November 23, 2014

KENCING TAK LAWAS DAN CARA MENGATASINYA SERTA TIPS PEMAKANAN YANG BETUL.



Hai, harini saya nak share tentang satu topik yang agak jarang dibincangkan namun ramai orang mengalami masalah dengannya iaitu masalah kencing tak lawas.

Kencing tak lawas atau dalam bahasa Inggerisnya Urinary incontinence (kita ringkaskan sebagai UI) adalah masalah dimana kita hilang kawalan terhadap pundi kencing. Simptomnya boleh jadi berlaku kebocoran kecil (terkucil) atau mungkin juga kebasahan yang tidak dapat dikawal lagi. Ia boleh berlaku pada sesiapa saja dan semakin kerap mengikut faktor usia.


Kebanyakan masalah kawalan pundi kencing berlaku apabila otot terlalu lemah atau terlalu aktif. Jika otot yang menutup salur kencing lemah, kita akan terkucil masa bersin, ketawa atau mengangkat benda berat. Ini dinamakan stress incontinence.

Jika otot pundi kencing terlalu aktif, kita akan selalu berasa nak terkencing walaupun pundi mengumpul air yang sedikit. Ini dipanggil urge incontinence atau overactive bladder.

Ada beberapa penyebab UI contohnya seperti:
1. Masalah prostat
2. Kerosakan saraf yang menghubungkan pundi kencing dan otak seperti stroke, Alzheimer, dan multiple sclerosis
3. Regangan otot pelvik semasa hamil dan proses kelahiran
4. Paras estrogen rendah dalam wanita
5. Kesan sampingan sesetengah ubat
6. UTI (urinary tract infection)
7. Kerap sembelit
8. Mempunyai berat badan berlebihan
9. Otot kawalan kencing lemah atau masalah otot lantai pelvik


Rawatannya pula bergantung kepada jenis masalah yang kita alami serta gaya  hidup yang sesuai untuk kita.
Ia juga termasuk senaman ringan atau rawatan perubatan.

Suplemen Shaklee yang membantu:

1. Vitamin C- membantu penghasilan estrogen terutama kepada wanita menopos.

2. Ostematrix- membantu pengawalan otot

3. Vitamin B complex- membantu dalam kesihatan fungsi saraf

4. Vitamin E - menstabilkan fungsi pundi kencing

5. GLA Complex- memperbaiki paras estrogen dan testosteron serta memperbaiki masalah postat lelaki dan masalah kerap kencing.

Tips Pemakanan Untuk Penghidap Kencing Tak Lawas

1. Elakkan ambil cecair berlebihan terutamanya sebelum tidur. Amalkan minum air diwaktu pagi.

2. Elakkan minum air yang bersifat diuretik seperti minuman berkafein

3. Elakkan makanan pedas yag boleh menyebabkan keradangan salur kencing

4. Elakkan makanan tinggi lemak yang boleh menyebabkan obesiti. Lebihan lemak boleh menekan otot lantai pelvik lalu menyebabkan incontinence.

5. Elakkan gula berlebihan. Tinggi aras gula dalam darah menyebabkan rasa nak kencing serta kencing tak lawas.

Bagaimana Cara Solat Bagi Pengidap Kencing Tak Lawas?
Baca link ini --->CREDIT TO :- http://ilhamfamilysihat.blogspot.com/2013/01/kencing-tak-lawas-panduan-ibadah.html

Jika anda salah seorang antara beribu yang mengalami masalah kencing tak lawas, jangan risau, masalah ini boleh dirawat. Jumpa doktor, amalkan cara hidup yang sesuai serta ambil makanan yang betul.






LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Saturday, November 22, 2014

AMALAN SEDEKAH DAN GANJARANNYA DI SISI ALLAH



Assalammualaikum...

Rasulullah s.a.w. telah bersabda katanya: "Sedekah seseorang kamu yang ikhlas itu akan menutup 70 pintu kejahatan. Sedekah seseorang kamu itu akan dibalas oleh Allah s.w.t dengan 4 jenis pembalasan iaitu:

1 - Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda.
2 - Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda.
3 - Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda.
4 - Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda.

~ Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin.
~ Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak saudara.
~ Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman.
~ Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah."
-------------------
Sedekah ni luas ye.. senyum pun satu sedekah.. apa yg uoll sharing di facebook (yg bermanfaat) di blog ,dan apa2 jua medium online or offline.. pun satu sedekah.....cube tgk ... sedekah pada sahabat handai balasan 700x ganda... jd jgn berkira dlm bersedekah..... sahabat handai ni maybe customer kita, downline, sideline,upline,kwn intenert,kwn tak internet... .
nak menjemput rezeki salah satu rahsianya adalah bersedekah.. kerana sang PEMBERI rezeki yakni ALLAH SWT suka dgn hambanya yg bersedekah...

JADI MUHASABAH pagi ni.. apa yg anda dah sedekah..
----

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU – TEKNIK POWER PUMPING

Assalammualaikum.. dearest Mommy.. Susu mulai merudum memang akan memeningkan kepala sebagai ibu yang menyusukan. Teriakan anak menangi...