A Positive Attitude Will Lead to Positive Outcomes
Showing posts with label amalan harian. Show all posts
Showing posts with label amalan harian. Show all posts

Saturday, November 22, 2014

AMALAN SEDEKAH DAN GANJARANNYA DI SISI ALLAH



Assalammualaikum...

Rasulullah s.a.w. telah bersabda katanya: "Sedekah seseorang kamu yang ikhlas itu akan menutup 70 pintu kejahatan. Sedekah seseorang kamu itu akan dibalas oleh Allah s.w.t dengan 4 jenis pembalasan iaitu:

1 - Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda.
2 - Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda.
3 - Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda.
4 - Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda.

~ Satu sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada fakir miskin.
~ Satu sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada kaum keluarga dan sanak saudara.
~ Satu sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada sahabat handai dan teman-teman.
~ Satu sedekah yang dibalas dengan 1000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad pada jalan Allah."
-------------------
Sedekah ni luas ye.. senyum pun satu sedekah.. apa yg uoll sharing di facebook (yg bermanfaat) di blog ,dan apa2 jua medium online or offline.. pun satu sedekah.....cube tgk ... sedekah pada sahabat handai balasan 700x ganda... jd jgn berkira dlm bersedekah..... sahabat handai ni maybe customer kita, downline, sideline,upline,kwn intenert,kwn tak internet... .
nak menjemput rezeki salah satu rahsianya adalah bersedekah.. kerana sang PEMBERI rezeki yakni ALLAH SWT suka dgn hambanya yg bersedekah...

JADI MUHASABAH pagi ni.. apa yg anda dah sedekah..
----

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Wednesday, June 26, 2013

Rezeki berkat penentu kebahagiaan hidup di dunia, akhirat

Assalammualaikum..

harini ustazah nak bertaaruf sikit...hehee.. ok selamat tengahari sume sume cikebung cikebung.. bhaha..
korang penha x terfikir kekadang.. gaji banyak puloh² ribu tp masih lagi korang rase xcukup..nak beli tu xckup..klaw beli ni nnt nk beli make up xcukup.. hurm.. penah fikir x kenapa? sedikit sebanyak ini jawapannya :-


Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah SWT kepadanya. Maka takutlah kepada Allah SWT dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah SWT tidak akan dapat diperoleh melainkan dengan cara ketaatan.” (Riwayat Ibn Majah dan al- Tabrani) 
  • Islam titik berat pencarian rezeki 

Islam amat menitikberatkan masalah pencarian rezeki oleh manusia di mana setiap makhluk Allah itu telah ditentukan rezekinya masing-masing sejak berada dalam perut ibunya lagi. Antara bahaya kemiskinan itu ia boleh membuatkan seseorang itu melakukan apa saja. 


Contohnya seorang perempuan akan sanggup menggadaikan sesuatu yang amat berharga pada dirinya kerana inginkan sedikit perbelanjaan untuk keperluan harian, walaupun secara terpaksa dan sedar perbuatan itu adalah terkutuk tetapi keadaan yang tertekan memaksa ia melakukannya. 

Mencari rezeki yang halal adalah kewajipan setiap Mukmin. Oleh itu Islam amat menuntut supaya umatnya banyak bersabar dan jangan mudah berputus asa, tetapi hendaklah berusaha bersungguh-sungguh, berdoa serta bertawakal kepada Allah. Rahmat Allah SWT sangat luas dan Dia tidak akan mensia-siakan doa dan usaha hamba-Nya. 

Sesungguhnya kemiskinan dan kesempitan hidup adalah ujian daripada Allah SWT namun, perlu direnungkan juga bahawa pendapatan (rezeki) yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia adalah lebih baik daripada pendapatan (rezeki) banyak tetapi melalaikan. 

  • Keberkatan rezeki 
Di sinilah pentingnya keberkatan rezeki yang bakal menentukan kebahagiaan hidup manusia di dunia dan akhirat. 

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya apabila orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia dia diberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia. Sedangkan orang Mukmin, pahala kebajikannya disimpan Allah Taala untuknya di akhirat kelak serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya.” (Riwayat Muslim)


*walau sedikit manapon gaji kita.. wang yg kita ada..jika puncanya dari sudut yg halal dan kita bersyukur walau hanya memperolehi sepuluh ringgit untuk seminggu or sebulan, ianya mampu memberikan kita erti sebenar kehidupan dan kebahagiaan. ingt kawan².. wang bukan segalanya dalam hidup kita. jgn jadikan diri kita sbg hamba DUIT. bersyukur dgn rezeki yg ALLAH berikan..nescaya ada ganjarannya.. sekian.Wassalam.


love-
yana khai

Q test 

Money vs love? Who will Win?




TIPS BANYAKKAN SUSU IBU – TEKNIK POWER PUMPING

Assalammualaikum.. dearest Mommy.. Susu mulai merudum memang akan memeningkan kepala sebagai ibu yang menyusukan. Teriakan anak menangi...