A Positive Attitude Will Lead to Positive Outcomes

Friday, January 23, 2015

IDA Punca Wanita Hamil, Bayi Alami Pelbagai Masalah Kesihatan.

ATASI KEKURANGAN ZAT BESI

Wanita mengalami pelbagai jenis sakit puan sepanjang hayat mereka. Ia bermula dengan kitaran haid pertama, diikuti peringkat reproduktif serta kehamilan dan akhirnya putus haid (menopaus).

Antara semua peringkat itu, peringkat reproduktif dan kehamilan adalah paling penting. Ini kerana kerumitan yg berlaku ketika hamil serta kelahiran anak adalah punca utama kematian dan kehilangan upaya dalam kalangan yg berada di usia reproduktif di negara sedang membangun.

Antara komplikasi yg biasa dikaitkan dengan kehamilan adalah kekurangan darah ( anemia) akibat kekurangan zat besi ( iron deficiency anemia, IDA) dan keguguran terancam serta keguguran ramalan.


Dalam IDA , badan tidak mempunyai zat besi mencukupi untuk menghasilkan hemoglobin iaitu bahagian sel darah merah yg membolehkan oksigen disampaikan ke seluruh badan. Dalam IDA yg teruk dan tidak dirawat ketika kehamilan boleh mengakibatkan masalah lain spt kelahiran bayi pramatang atau kurang berat badan, kemurungan selepas bersalin dan kerencatan perkembangan seseorang kanak2 atau kerencatan ketika dilahirkan.

Pakar perunding Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr Mohd Hashim Omar berkata, antara simptom utama IDA ialah mudah letih, pening kepala, pucat, tidak fokus, susah bernafas, dan cepat marah. Katanya lagi, pendarahan pada bahagian faraj adalah ciri² keguguran terancam. Ia menjadi petunjuk kehamilan mungkin berakhir sebelum trimester pertama.

Antara risiko meningkatkan keguguran adalah wanita berusia 35 tahun ke atas berisiko mendapat keguguran berbanding wanita lebih muda. pada usia berkenaan, seseorang wanita mempunyai kira² 20% peluang mengalami keguguran. Manakala wanita berusia 40 tahun mempunyai kira² 40% mendapat keguguran dan meningkat kepada 80% apabila berusia 45%. Selain itu, alkohol dan rokok meningkatkan lagi risiko keguguran. (Sumber Metro Ahad)

Oleh yg demikian, penjagaan pranatal serta pendidikan awal komprehensif adalah penting bagi menangani isu serta membantu mencegah masalah berkaitan kehamilan seperti ini. Wanita juga disyorkan untuk mengambil makanan tambahan zat besi untuk mencegah IDA di samping memperbaiki penjagaan pranatal.

Sasaran pada 2015 ialah untuk mengurangkan nisbah kematian ibu (MMR) kepada 11 bagi setiap 100,000 kelahiran hidup. Wallahualam.

INGINKAN PENYELESAIAN BAGI MASALAH ANEMIA ANDA?? 
HUBUNGI SAYA UNTUK KONSULTANSI TERBAIK PADA SETIAP MASALAH ANDA. 


MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT.



 

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP
EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

No comments:

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU – TEKNIK POWER PUMPING

Assalammualaikum.. dearest Mommy.. Susu mulai merudum memang akan memeningkan kepala sebagai ibu yang menyusukan. Teriakan anak menangi...