assalammualaikum dan selamat tengahari..
Selain fenomena Jerebu ni..ade lagi penomena gempaq yg buat ak rase nak tarik rambut.. almaklumla da beli kete kot.. tup² SAGA SV muncul plak..harga mmg luar kepercayaan mahluk semesta.. ohsem.. arghhh.. jom baca klw korang jugak xterlopong mcm ak.. aisehlamen...
PROTON pertingkat pengeluaran 2,000 unit sebulan
PROTON Saga SV, kereta mampu milik yang dilancarkan PROTON Holdings Bhd Sabtu lalu, mendapat sambutan sungguh menggalakkan dengan 4,000 tempahan sudah diterima hanya dalam tempoh enam hari selepas pelancarannya.
Ketua Eksekutif PROTON Edar Sdn Bhd, Hisham Othman, berkata susulan sambutan sungguh menggalakkan itu, PROTON Holdings akan meningkatkan pengeluaran kereta itu daripada kira-kira 2,000 unit sebulan ketika ini bagi memastikan pembeli yang menempah kereta berkenaan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkannya.

“Ketika ini, pengeluarannya (Saga SV) masih mencukupi untuk menampung jumlah tempahan yang kami terima dan kami jamin pelanggan yang membuat tempahan sekarang boleh menerima kereta mereka sebelum Aidilfitri ini,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, semalam.
Saga SV 1.3 liter yang dilengkapi enjin Campro IAFM dilancarkan 15 Jun lalu dengan harga bermula dari RM33,438 hingga RM36,888.
Walaupun ditawarkan pada harga kurang berbanding model Saga sedia ada, Saga SV dilengkapi beberapa ciri tambahan seperti penambahan kepada dua beg udara, tali pinggang keselamatan dengan ‘pre-tensioner' serta but belakang yang mampu memuatkan barang sehingga 413 liter.
Varian terbaru Saga itu yang ditawarkan dalam transmisi automatik CVT dan transmisi manual boleh didapati dalam enam pilihan warna iaitu Solid White, Elegant Brown, Tranquility Black, Genetic Silver, Fire Red dan Blue Rock.
Selain itu pembeli juga ditawarkan dengan jaminan pengeluar selama tiga tahun atau 100,000 (yang mana terdahulu).
Hisham berkata, Saga SV dijangka akan menerajui jualan kereta PROTON dan mengukuhkan jualan model Saga yang kini mencatatkan jualan kira-kira 5,000 unit sebulan.
Beliau berkata, tempahan memberangsangkan untuk Saga SV adalah petunjuk positif bagi PROTON Holdings yang pada awalnya hanya menyasarkan jualan sebanyak 2,000 unit sebulan bagi model berkenaan.
“Sudah agak lama kami tidak menerima sambutan baik seperti ini dan kami optimis ia akan menyemarakkan misi kami untuk menguasai 30 peratus pasaran domestik dan seterusnya meningkatkan pendapatan PROTON Holdings,” katanya.
Daripada tempahan awal yang diterima untuk Saga SV itu, 65 peratus adalah untuk model transmisi automatik CVT dan selebihnya versi manual.
-sumber-
BERITA HARIAN
BERITA HARIAN
No comments:
Post a Comment