A Positive Attitude Will Lead to Positive Outcomes

Thursday, October 9, 2014

KISAH YG PASTI MENJATUHKAN AIR MATA SEMUA YANG MEMBACA.| TIADA LAGI AIR MATA SEORANG IBU




Assalamualaikum.
Actually kisah ni aku dh bc byk kali..tiap kali tu air mata xpernah x jatuh.

Saya ada terbaca kisah ini di salah satu blog sahabat saya. Mengalir air mata saya. Saya rasa ia satu perkongsian yang amat baik oleh Pn Jamilah yang melalui pengalaman terindah dalam hidup beliau.

Kepada kita yang masih punyai Ibu bapa juga kita sebagai ibu bapa kepada anak2 kita..berbuat baik lah kepada kedua ibu bapa kita sebagai suruhan Nabi SAW dan Nas Al Quran ;

Maksudnya:Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Luqman:14)

Maksudnya:Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (al-Ankabut:8)

Daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash, baginda bersabda: Keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah tergantung pada kemurkaan kedua ibubapa (Hadits riwayat at-Tirmidzi)
KISAHNYA BERMULA DI SINI

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terakhir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang ‘buncit’.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskan air buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya. “Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir,” begitulah kata mak pada abah. Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga, biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

“Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!” Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka. Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang. Mak bisikkan: “Abang tunggu mak di syurga ya!”

Akhirnya, wajah abang ‘ditutup’. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan. Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana. Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang.

Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak. Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: “Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?” Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu. Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak, sudah ‘reput’. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, “Nak kek lori sampah!”

Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah. Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang. Mak bawa abang ke IJN, rumah ‘kedua’ abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, “Macam mana dengan abang?“ Mak jawab:“InsyaAllah, abang akan sihat!” Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: “Abang nak apa hari ni?” Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: “Mak, abang nak naik kereta bomba!” Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya, “Pergi mana?” Mak jawab: “Balai bomba!”

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: “Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk ‘pergi’! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!”

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: “Abang nak apa?” Abang jawab: “Abang nak naik lori sampah!” Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.“Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?” Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sanggup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak pergi, semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan. Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.“Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!”Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang. “Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!”Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang datang melawat. Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilan tak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil. Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: “Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi. Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!”

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia ini.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas. Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu.

Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai. Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.
“Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!” Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak. “Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?” Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap. “Abang ngantuk!” Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. “Bang, jom naik. Abang nak ‘tidur’! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.” Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba! Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: “Makkk..sakit perut..!” Dan abang terus memanggil: “Makkkkk!”. Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

“Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!” Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

“Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!”

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

“Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!“ Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas…

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah… Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: “Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang… tunggu mak di sana ya! Di syurga!”

Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi ‘kaya’ dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi. Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i… mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. 

Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan ‘mati’ apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Semoga kisah ini memberi pengajaran kepada kita semua. Lakukan yang terbaik.

1) Balaslah segala jasa kedua ibu bapa kita selagi mereka masih ada. Jika mereka sudah tiada, doakan kepada mereka setiap kali selepas solat. Minta diampunkan segala dosa mereka.

2) Jagalah anak anak kita sebaiknya. Lakukan yang terbaik untuk mereka di dunia dan di akhirat.




LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Thursday, September 25, 2014

KENAPA PERLU BACA BLOG PARENTING



Assalammualaikum..

baru berkesempatan nk kongsi idea tentang parenting. Maaf bro MELASTIK BINTANG coz lambat bg feedback.

Actually yana br first time nk jadi mommy.. mmg yana akui masih kurg pasal parenting..tp kalau psl kesihatan diri dan baby ni in shaa allah ad ilmu la.. almaklum la jual shaklee.
 Krik krik.. tp  point die nape perlu baca blog parenting.

pada yana ofcoz la kene tambah ilmu.. dh nk jadi mommy.. kene la taw serba serbi psl pengurusan baby. Xkan da berank sok br nk terhegeh2 gugel ye dak.. yana suke search kt group fb je sebenanye.. ramai ibu2 yg ad pengalaman melahirkan dan mengurus baby ni.. cthnye group KELAB IBU HAMIL BERPANTANG DAN MENYUSU. Dlm tu lengkap mslh dan penyelesaian..tp ad gak la yg rs mcm xperlu share diepa share jgk..yg tu yana ignore je.. xlyn sngt sbb takut jadi negative plak otak ni.. hehee..

Selain tu jgk ad 1 website mat salleh ni yana rajin jgk bc..dia pasal kid health.dlm tu ad cerita psl lynn kt ank2.hal ehwal penjagaan rumah tangga dan byk lagi. Korg leh g kt website KIDs HEALTH ni..mcm2 korg leh dpt.. 

kalo blog melayu xlain xbukan blog bro Melastik Bintang la.. byk info yg xramai org lelaki blh taw mcm bro ni. Ikhlas ni.. Xtipu..

ok tu je perkongsian dr yana..sblm tu nk bgtw ad expo brgn baby kt persada johor bulan september ni.. almaklumla yana da pindh jhr so kt jhr je taw.. rs kt selangor pon ad..kt klang prade. Try la ko rg search. Hehe.. harga mmg murah2 dgr kabo. Hehe..
Tada..hehe

ok La.. selamat membaca..



LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP
EMAIL : norliyanakhai@gmail.com
 

Sunday, September 7, 2014

5 FAKTA TENTANG SOSEJ YANG ANDA PERLU TAHU



5 Kebenaran Tentang Sosej ! 

Ramai yang tak tahu tentang kebenaran ini, ia perlu didedahkan dan disebarkan. Sosej adalah kebanyakkan kanak-kanak suka, hatta ibu dan ayah juga.


5 Kebenaran Tentang Sosej Yang Tak Pernah Ibubapa Ambil Tahu

1) Mengandungi Bahan-Bahan kimia 'deadly' Dangerous seperti :
- Nitrite
- Heterocyclic Amines (HCAs)
- Starch
- Various types of meat!
- High Salts
- High Fructose Syrup
- High MSG
- Artificial colouring ( Supaya warna hot dog jadi pinkish!)
- Perservatives

2) 7000 kajian saintifik telah membuktikan bahawa Sosej yang mengandungi bahan-bahan di atas sangat berkait rapat dengan Kanser!

3) Kanak-kanak yang makan  12 batang Sosej sebulan mempunyai risiko 9 kali lebih tinggi untuk mendapat Leukaemia.


4) Ibu mengandung yang makan Sosej  1 batang Hot dog setiap minggu akan meningkatkan risiko bayi untuk mendapat Barah otak!


5) Sosej meningkatkan risiko Kanser :

Kanser Usus - 50%
Kanser Pundi Kencing - 59%
Kanser Perut - 38%
Pankreas - 67%

Ini bukan Fakta yang di reka - Tapi adalah Fakta sebenar yang menunjukkan betapa pengguna di manipulasi oleh Food Industries!
PERHATIAN UNTUK IBU-IBU. PLEASE SHARE THIS INFO UNTUK KEBAIKAN ANAK-ANAK  KITA


LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP
 EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Saturday, August 23, 2014

KEPENTINGAN 3 BULAN PERTAMA KEHAMILAN


pentingnya 3 bulan pertama hamil

Semua waktu masa hamil adalah waktu waktu yang penting, tetapi sila ambil perhatian bahawa 3 bulan pertama anda adalah amat penting anda jaga sebaiknya.

Ini tempoh janin terbentuk dan lengkap dengan organ organ dan anggotanya. Tempoh lain hanya pembesarannya.
Pertama jantungnya, dimana ultrasound dapat mengesannya dalam masa 6 minggu!
Apa yang anda perlu lakukan jaga janin ini sebaiknya. Kerana pada ketika ini kebanyakan ibu sedang mengalami alahan ( mabuk mabuk, morning sickness).

Pastikan anda buat tindakan untuk mencegah keguguran. Kerana keguguran boleh berlaku waktu ini. Lebihkan rehat, tidur mencukupi jauhkan stress, elakkan perjalanan jauh dan perjalnan yang panjang. Kurangkan pendedahan terhadap penyakit berjankit, suhu panas, pencemaran udara, racun sembur, bahan kimia, x-ray, dan ubatan yang merbahaya buat kandungan anda.

Anda juga perlu ambil tahu apa yang bayi anda perlu bagi mengelakan kecacatan. Displinkan diri untuk makan acid folic, iron dan vitamin yang doktor bekalkan. Banyak makan nasi , roti, asparagus, jus oren.kekacang dan sayuran yang kaya dengan asid folic. Minum susu, yang ada segala zat di situ.

Jangan cuba gugurkan bayi, kerana gagal gugurkan bayi anda akan lahir cacat! Jangan makan ubat seperti tranquilizer atau ubat kanser tanpa nasihat doktor.

Anda perlu ambil susu dan soya, makan buah buahan segar seperti prun atau tembikai. teritama ibu yang hadapi maslaah buang air besar, sangat baik untuk melawaskan pembungan air besar. Makan dengan sedikit dan sekerap mungkin. Ambil multivitamin jika perlu.

Emm... apa yang saya tulis di bawah ini mungkin anda boleh baca dan ikut jika anda rasa perlu. (tak rasmi, orang tua tua kata) tak ikut pun takpe.. ikut suka.

Makanan yang mungkin perlu di elakkan waktu ini:

1. makan nanas pada awal kehamilan boleh sebabkan keguguran - sebab tajam
2. Makan tapai juga boleh sebabkan keguguran- sebab panas.
3. sayuran melarat atas tanah seperti pegaga, pucuk labu - boleh menyebabkan uri melekat
4. jangan makan ulam berbau seperti petai, jering dan sewaktu dengannya.- nanti masa melahirkan faraj dan ketuban berbau makan tersebut- Ni memang betul..
5. Jangan minum ais, atau elakannya nanti nak bersalina melemahkan badan.
6. jangan jalan jauh, jika anda rahim lemah, akan menyebabkan keguguran.

Benda benda lain yang anda boleh buat di akhir kehamilan.
1. banyak berjalan , mudahbersalin
2. minum air kelapa- elakakn kerak di kepala bayi
3. Pergi hadiri kelas persediaan bersalin supaya anda tak panik dan tahu apa bakal berlaku- terutama ibu yang pertama kali melahirkan.
4. Rajin baca dan ambil tahu tentang kehamilan dan kelahiran supaya anda tahu dan faham mengenainya dan apa yang bakal anda lalui nanti

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Thursday, August 21, 2014

MASALAH KEPUTIHAN KETIKA HAMIL [ PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU]


Kebiasaanya wanita mengandung akan selalu dijangkiti keputihan. Ini berlaku kerana perubahan hormon yang dialami oleh wanita mengandung itu sendiri.
Perubahan hormon ini akan merubah persekitaran pada kawasan faraj yang lebih mesra bakteria. Antara perubahan yang berlaku adalah perubahan keasidan (pH) pada kawasan faraj bagi mengalakkan lagi pertumbuhan bakteria ataupun kulat.
Maka kesan daripada jangkitan ini akan membawa kepada pengeluaran atau discaj yang berwarna putih dan berbau.
Bagi wanita hamil, masalah keputihan ini amat merimaskan dan menganggu kehidupan seharian. Bukan itu sahaja, jangkitan keputihan yang teruk boleh membawa kepada kecacatan pada bayi dalam kandungan dan juga risiko berlakunya keguguran serta kelahiran pra matang.
Dalam Panduan Kesihatan Ibu Hamil menegaskan rawatan untuk mengatasi keputihan perlu dilakukan. Ianya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja sehingga boleh membawa bahaya kepada kandungan.

Jika rawatan di klinik kesihatan ataupun di hospital, suppositori antikulat seperti clotrimazole biasanya akan diberikan kepada ibu mengandung.
Adakah suppositori clotrimazole ini selamat untuk ibu mengandung? Menurut mereka yg pernah menggunakan kaedah ini mereka berkata sedikit tidak selesa kerana anda perlu memasukkn pil ke dlm faraj dgn menggunakan alat kecil yg disertakan sekali....
Sehingga kini tiada kajian spesifik yang dijalankan keatas wanita mengandung terhadap penggunaan suppositori clotrimazole ini. Kerana ini adalah melanggar hak etika manusia. Wanita hamil tidak dijadikan bahan ujikaji.
Namun, setakat ini wanita mengandung yang mengunakan suppositori clotrimazole ini tiada menunjukkan kesan sampingan yang teruk terhadap kehamilan mereka. Malah, menurut FDA (food drug administration) telah menetapkan keselamatan ubat ini berada pada aras C.
Maksud aras C ini adalah suatu aras dimana tiada kesan teratogenik yang terhasil daripada penggunaan sesetengah jenis ubat.

Oleh itu, wanita mengandung perlu mengatasi keputihan yang mereka hadapi. Cuba dahulu rawatan yang disyorkan oleh doktor. Apa yang penting adalah kepatuhan terhadap arahan penggunaan ubat. Ubat suppositori clotrimazole perlu diambil pada waktu malam selama 3 malam berturut-turut. Dan suppositori clotrimazole perlu disisipkan kedalam faraj dan bukannya ditelan melalui mulut!

Melalui pengalaman saya bersupplemen... ada satu supplemen dari ekstrak bawang putih...  bawang putih terkenal dgn sifat antibiotiknya. Tetapi... mampukah kita mengunyah dan menelan bawang putih semata2... Shaklee menghasilkn supplemen garlic dgn amat teliti dan memastikn khasiat sebenar bawang putih tetap terpelihara....

KELEBIHAN GARLIC COMPLEX SHAKLEE.

♥ Membantu mengekalkan tekanan* darah normal
♥  Formulasi Shaklee yang unik.
♥ Mengandungi Spearmint - 
♥ Mempertingkatkan sistem penghadaman, fungsi jantung.
♥ Antibiotik Yg Selamat & Semulajadi - ♥ Selamat utk kegunaan jangka panjang utk m'pertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit spt selsema, batuk, kulat, kuman, virus dan yis candida
♥ Menghalang Alergi - Spt hidung yg sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema dan hepatitis
Juga Mampu menentang bakteria
♥ Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolestrol.*
♥ Memelihara tahap kesihatan mikro organisma penting.
♥ Mampu menurunkan kadar darah tinggi dan kolesterol
♥ Mampu menyingkirkn toksin dari tubuh
♥ Mampu menurunkan kadar Nitrosamine, pencetus kejadian sel kanser.
♥ Menstabilkan Glukos di dlm tubuh kita
♥ Mengawal keputihan (terutama bg ibu hamil)

Sekiranya anda dijangkiti keputihan... Saya sarankan supplemen garlic ini dambil bersama-sama dengan Set Mengandung Shaklee utk kesihatan optimum ibu dan bayi sepanjang kehamilan..

Jika anda berminat utk mendapatkn GARLIC COMPLEX harganya tak sampai pon 50.00

HUBUNGI SY UTK TEMPAHAN.

YANA/0192785383
EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Sunday, August 17, 2014

MANDI AIR PANAS KETIKA HAMIL. BOLEH ATAU TIDAK?

Mandian air suam diketahui telah digunakan selama berkurun-kurun atas pelbagai sebab dan kesannya dalam membantu merehatkan otot-otot dan minda. Berendam dalam mandian air suam memang baik dan tiada sebab untuk mengatakan ia tidak selamat dilakukan semasa hamil.

Walau bagaimanapun, semasa hamil, anda harus lebih berhati-hati mengenai mandian “panas” kerana ia boleh menjejaskan suhu dalam badan anda, dan ini boleh membahayakan bayi. Kajian yang dilakukan terhadap haiwan mengesyorkan bahawa kepanasan melampau, terutamanya dalam bulan-bulan pertama kehamilan, mungkin menyebabkan kecacatan anak semasa lahir.

Jenis kecacatan yang mungkin berlaku melibatkan otak dan tulang belakang. Ini dipanggil kecacatan tiub neural (NTD). Spina bifida ialah salah satu contoh NTD. Tetapi risiko kepanasan melampau lebih tinggi dengan tab panas dan sauna berbanding mandian biasa. Mandian biasa akan sejuk dengan cepat, manakala tab panas dan sauna pula suhunya dikawal supaya kekal panas pada suhu tertentu.

Jika air mandian anda terlalu panas, anda juga boleh jadi loya atau hendak pitam kerana kepanasan boleh merendahkan tekanan darah. Ini boleh menjejaskan peredaran darah kepada bayi dan adalah berbahaya tidak kira di tahap mana kehamilan anda.

Jadi bagaimanakah saya boleh tahu samada mandian saya panas atau suam?
Rasalah air itu dengan siku atau lengan anda sebelum anda masuk ke dalamnya. Kaedah ini sama seperti menguji kepanasan air mandian bayi anda nanti. Bahagian kulit di sini lebih sensitif terhadap suhu berbanding kaki atau tapak tangan. Air yang suam membolehkan anda masuk terus ke dalamnya dengan selesa tanpa perlu menjengket-jengket! Air mandian yang terlalu panas pula mungkin akan mengubah warna kulit anda kepada merah, dan anda juga mungkin akan berpeluh.

Selamat berendam!

Love.
Yana khai.

Friday, August 8, 2014

PENGEDAR SHAKLEE DI PERMAS JAYA, JOHOR BAHRU



Assalammualaikum dan selamat hari raya u olls, 

ok yana nk bgtaw lame dah xupdate entry ni, sbb yana prepare untuk pindah ke johor dan bekerja di sini. Miss u selangor darul ehsan. yela kan ikot suami la kan.. hehee.. so secara automatik nye bisnes online masih berjalan cuma yg nak cod tu area klang xdapek la ea..kalo balik kg boleh ler cod.. so sekarang cod AREA JUSCO PERMAS JAYA,GIANT KAMPUNG MELAYU MAJIDEE dan kawasan sekitar..hehehe.. Maaf di atas kesulitan. Kalau ada sebarang pertanyaan blh email dan whatsapp yana jela ye.. Sekian saja entri hari raya cum entry berpindah dari yana. 
harap maklum.. :)
kami sudah berpindah di kampung melayu majidee. :) vrom vrom
with Love
Yana Khai ♥
LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU – TEKNIK POWER PUMPING

Assalammualaikum.. dearest Mommy.. Susu mulai merudum memang akan memeningkan kepala sebagai ibu yang menyusukan. Teriakan anak menangi...