A Positive Attitude Will Lead to Positive Outcomes

Wednesday, January 11, 2017

KEMBALIKAN PAYUDARA KEPADA BENTUK ASAL. 5 SENAMAN MUDAH UNTUK WANITA.

Saya rasa setiap wanita inginkan payudara yang cantik dan menarik. Tapi berbeza dengan budaya barat, setahu sayabreast implants sememangnya haram di sisi Islam. Baiklah, payudara anda diperbuat daripada tisu lemak yang duduk di atas otot pectoral. Dengan lakukan senaman tertentu, kita dapat merangsangkan tumbesaran otot pectoral tersebut untuk membesar atau meninggikan kedudukan payudara anda.
Jadi berikut ada beberapa contoh senaman yang anda boleh lakukan untuk membesar dan menegangkan payudara.
Tapi ingat:
  1. Senaman ini membantu bentuk otot di pada tapak payudara anda, iaitu otot pektoral.
  2. Saiz tidaklah membesar sampai ala-ala Pamela Anderson.
  3. Pembentukan otot pectoral juga bantu menegangkan payudara dan dengan itu memberi ilusi payudara yang lebih besar.

1. Chest Press

Ini adalah latihan paling asas untuk otot dada (pectorals). Ia boleh dilakukan dengan barbells, dumbbell dan juga mesin-mesin di gym anda.
Genggam dua dumbbell dan baring pada bench. Bermula dengan mengangkat kedua-dua dumbbell ke atas bahagian pertengahan dada anda. Dengan siku menghala keluar, turunkan dumbbell ke bawah dengan perlahan sehingga ia hampir menyentuh bahagian pertengahan dada anda. Lakukan 3 set dengan 8-12 ulangan untuk setiap set.
Kalau di rumah sekalipun, anda boleh lakukan push up (variasi lengan keluar atau lengan di sisi badan).

2. Push Up Pectoral atau Plank

Bermula dengan baring dengan perut di atas lantai. Rapatkan kaki dan letakkan tangan di bawah bahu anda. Sekarang, cuba angkat badan anda ke atas sehingga cuma jari kaki dan lengan tangan bersentuhan dengan lantai. Tahan posisi ini selama 30 saat. Ulang untuk 5 set.

3. Dumbbell Pullover

Baring di atas bench dan pegang satu dumbbell dengan dua-dua tangan di atas bahagian dada anda. Dengan perlahan, gerakkan tangan anda ke belakang kepala sejauh yang anda boleh. Ini akan memberikan regangan pada otot dada anda. Kembali ke posisi asal dan ulang 12-15 kali. Lakukan 3 set juga.

4. Pec Deck Flyes

Mesin pec deck memang sesuai untuk merangsang otot pectorol. Duduk pada mesin dan adjust ketinggian kerusi sehingga sokongan (padding) tangan berada pada kedudukan yang selesa untuk lengan tangan anda. Tangan anda sepatutnya perpendicular (90 darjah) dengan lantai. Pastikan kedua-dua kaki firmly di atas lantai. Tolak kedua-dua pad tangan kepada pertengahan dada anda (depan muka). Tahan seketika dan dengan perlahan, kembali ke posisi asal dan ulang. Jangan biarkan pemberat kembali 100% ke posisi asal. Pastikan sentiasa ada rintangan. Lakukan 3 set dengan 10-12 ulangan.
Di rumah? Kalau tiada peluang untuk ke gym. Anda boleh lakukan senaman dumbbell flyes di rumah. Kalau tiada dumbbell sekalipun, anda boleh gunakan pemberat seperti tin makanan, botol dan lain-lain

5. Dips Bench atau Kerusi

Senaman dips ini memang bagus dan ada pelbagai levels of difficulty. Panduan berikut adalah untuk beginner yang ingin lakukan dips dengan bantuan bench ataupun kerusi (di rumah).
..Pastikan siku anda keluar dari sisi badan. Berhenti apabila siku anda capai dalam 90 darjah…
Untuk semaman dip kerusi, duduk di atas kerusi dengan pegang depan kerusi dengan jari kedua-dua tangan anda. Terus pegang hujung kerusi dan gerakkan punggung anda ke hadapan sehingga ia terapung di atas/depan kerusi. Pastikan tangan dan kaki anda sentiasa lurus. Sekarang bengkokkan siku tangan anda untuk menurunkan badan anda. Pastikan siku anda keluar dari sisi badan. Berhenti apabila siku anda capai dalam 90 darjah. Pulang ke posisi asal dan lakukan 3 set dengan sebanyak ulangan yang anda mampu.

Credit to KEVIN ZAHRI



 

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP
EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

BAHANA TAHAN KENCING,PUNCA KERAP KENCING PADA WAKTU MALAM.


Pundi  kencing mampu mengisi seliter air kencing. Namun ini jarang berlaku kerana kita akan membuang air kecil apabila terasa mahu kencing dan jarang menahannya.

Individu yg suka menahan kencing akan mendapati ada kalanya pundi kncing meragam dan perlu kencing dengan kerap biarpun air kencing yg keluar sedikit.
Ini berlaku kerana kesan menahan kencing menjadikan pundi radang serta perasaan mahu kencng lebih terasa. Ia akan menyakitkan jika tidak kencing.
Mengenai kencing malam, sesiapa pun akan kencing malam apabila minum banyak pada waktu malam. Malah kesan makan buah serta minum air sederhana  akan menyebabkan seseorang itu mahu kencing dengan kerap pada waktu malam jika lewat tidur.

                                 >>PUNCA KENCING TIDAK LAWAS <<

Jika mahu elak kencing malam terlalu kerap, pastikan anda kurang minum air pada waktu malam dan kencing sebelum tidur biarpun tidak terasa mahu kencing. Cara ini akan meredakan tekanan otot pundi kencing dan dapat bertahan sehingga pagi.

Bagi lelaki, Onani juga blh menyebabkan salur kencing radang dan pundi prostat tertekan serta mempengaruhi perasaan mahu kencing pada waktu malam. Keradangan salur kencing boleh menular kepundi kencing dan mengakibatkan infleksi pundi kencing.

Kesudahannya akan menyebabkan kekerapan kencing malam. Jika ini berlaku dan anda terasa sakit ketika air kencing keluar, itu mungkin petanda infleksi pundi kencing. Anda boleh rujuk kepada doctor untuk pemeriksaan dan rawatan.


Sudah tentu jika anda kerap kencing malam, ereksi akan jarang berlaku dan zakar akan kelihatan mengecut. Apabila masalah ini pulih, keadaan kesihatan zakar anda akan kembali seperti sediakala.







LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP
EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Monday, December 19, 2016

MOMENT IBU BERANAK SATU


Assalammualaikum,,

Selamat siang semua.. rasanya lama sangat dah  x menaip kat sesawang ni.. rindu sngt  nk menaip.. tapi internet kat lappy xde.. plus memule byk sngt hal yg xdpt dielakkan.. huhu.. boleh pakai x alasan tu. hehe.. 

xbyk cerita nk kongsi cuma cukup la kalau sis bgtaw kenangan cukup indah membesarkan Zahirah depan mata.. even ibu keje sekejap masa zahirah berumur 8bulan smpai 1 tahun 6bulan. ibu benti keje sbb stress ngat ngat keje ngn head yg ish.. entah la.. so ibu ambik keputusan berenti keje n jg zahirah sendiri.. ehehe.. n now ibu sepenuhnya jg anak ibu.. bukan mudah ye taw sis nk jg zahirah ni.. byk cabaran dan semua tu sis jadikan memori..ibu² senior mesti lg berpengalaman kan.. sis kire ibu junior lagi.. 

* KEEP BF ZAHIRAH
Alhamdulillah zahirah dah setahun 8 bulan dan still bfeeding lagi. .semoga ibu kuat. Almaklumla gigi zahirah dah nk penuh.. so sis extra carefull..huhuh..

* SINGA JADIAN MMG WUJUD
hehehe.. mmg taw.. bygkan la time sis rehat adalah time zahirah tido.. itupn rehat kejap je.. dap tu x kemas lagi. tu ha kain berlonggok xlipat lagi.. dalam mesin kain xsidai lagi..huwaaaaa... sis settle je buat sume tu taw² baru duduk nk luruskan kaki zahirah dah merengek bangun carik ibu yg xde kat sebelah.. huhuhu.. belom lagi time sis kat bilik bertenang.. ade pasukan sorak dari luar secara tiba² yg membuatkan sis rase mcm GRRRRR... suara yg lembut tiada lagi taw.. dulu sis lembut kalau berckp..eekeekeke..

* TIADA MASA UNTUK DATING
Btl taw.. bygkan la suami sis jenis bapa penyayang.. kalau zahirah xd bawak skali dia dah nk cepat balik la nnt adik tu la ini la.. huhu.. sis pasghah taw..tapi xpela.. daripada dia sibuk piki hal mompan lain kat lua.. eh sis 7hari ganyang taw..wakakakaa...

*NO TIME FOR DIET
Haahaha... sis walaupon jual shaklee.. tapi sis tolak dulu utk diet sbb sis BFeeding zahirah..so sis akan lapa.. sis mrh lg sis lapa.. so sis xd mase la nk piki diet.. tp sis gemok lalu sis stress.. sis bila stess sis makan..haaha.. so ape tu diet?? sis lupe..huhu..

*24JAM KERJA
Sis sngt setuju bila org ckp suri rumah kerja lebih 24jam.. sbb sis sendiri rehat pon curi².. malam tido bangun susukan zahirah.. bangun pagi siapkan bekal suami sis,,, lepas tu sambung buat kerja rumah, anak sis bangun perlu sis layan... bg makan.. dia sepahkan rumah.. sis kene kemas..lepas kemas sepah lagi..kemas lagi.. smpai suami sis balik dia ckp sis xkemas rumah.. euu.. sis ijau taw kdg²...hahahaha... tapi sis happy.. at least family sis depan mata..huhu..

Ok la korang mesti nk tgk ank sis yg comel mcm sis kan.. korang bleh tgk facebook sis.. kt situ ade byk moment pasal zahirah.. Kantoi sis rajin update fb tapi malas update blog.. jgn kecam sis gais.. 




 

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP
EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Wednesday, July 29, 2015

JEJARI SI KIDAL BERHABUK

Assalammualaikum . ..

Sekian lama xhapdet blog budak kidal ni..☝ almaklumla.. lepas bersalin mcm2 pancaroba kenangan terindah yg perlu di lalui..bkn alasan tp br nk sesuaikan dgn keadaan baru dgn org baru.. btw sy dh selamat melahirkan seorang puteri sulung bernama NorZahirah pd 15.4.2015 seberat 2.7kg pd 10.15mlm (czer)..hehehehe. ramai tnye nape czer sedangkan dh bertarung nyawa selama 10jam contraction .. Allah je taw.. hehehe . Jln xbkk 4cm je dekat 10jam.. so bile doktor decide czer sbb jantung baby dh lemah.. i ols redha je demi nyawa si kecil.. huhu.. maka lahirnya beliau dibumi bertuah ini beribukan daku yg comel . ..ekekeeke..

DALAM PANTANG👶
So nk bgtw skrg dh masuk 3 bulan lebih ak besarkan zahirah.. mcm2 dugaan ms dlm pantang ..actually   bkn ak sorg je alami..sume ibu dseluruh pelusuk dunia alaminya.. ank menangis tgh mlm.. ank meragam alahai smpai ke pg xtido..mak bapak jd zombie..mmg normal.. ekekekek.. so memule ak mmg agk stress sbb ank sulung..i ols xtw cmne nk handle.. wakkakaa. Ank ngis je bg kakak ak pgg..xpon abg ipo ak pgg.. ak mmg teda taw.. bhhahaa..

LEPAS PANTANG👧
skrg dh adapt skit dgn situasi n zahirah  pon dh behave skit.. cme lom suke g tmpt2 terbuka ramai org..msti die ngamok .. huhuhu.. so kene biasakan diri la lame2 nnt she will be fine.. hope so.. huhu...

JAGA ANAK SORG2🙇
Ak lak tinggl kt umah sewa lepas ank ak 2bulan.. nk d jadikan cite jiran ak ad mind problem..hahaha... ms minggu kedua ak kt sane.. ank ak ni jenis tuan puteri..xmo panas.. nk selese tahap 200%.. so ms tu ank ak kepanasan agknye.. nangis la die.. tetibe jiran ak ni kuat kan radio sekuat2nye..gua lek je.. tetibe ptg tu ms laki ak jg ank ak n ak msk utk bukak pose.. ank ak ngis..ak kt dapo dgr org hempas2 pintu bagai nk rak.. ak lak jenis gelabah berok.. terus ak lari g bilik tgk ank ak n ambik terus susukan smbil sk ngis2 skali.. takot pnye   psl.. terus ak merayu sudughu sudughu kt laki ak yg ak xmo duk situ.keselamatan ank ak xterjamin kt situ.. so kami decide utk balik klang.. tp ak ngn ank ak je.. laki ak kje.. pjj.. ehehehe.. demi anak yg tercinta..

Tu la kisahnye.. smpai skrg ni.. so xtw g bile nk balik jb.. ak decide..dpt umah br kt tmpt lain br ak balik jb.. huhu...takut weh..d buatnye time laki ak g kje die buat gile g pecahkan umah ak..nauzubillahiminzalik... troma ak.. tu la sbb ak xhapdet blog ni.. so pd customer yg tnye nape blog xhapdet.. ni la sbb nye.. bsns still berjalan seperti biasa... pd nk order jgn malu jgn segan.. contact la distributor yg cemerlang gemilang ni ditalian whatsapp  0192785383 . .

Sekian d maklumkan.. syukur selalu selamat hari raya..🙌🙌

With love😚
💖yanakhai💖

Wednesday, February 4, 2015

CARA TIDUR,BERDIRI DAN DUDUK YANG BETUL BAGI IBU HAMIL


Xde text byk².. just tgk je gambo..pasti u ols akan faham.. selamat mencuba dan pasti kene cube jugak okeh.. gud luck.. ^_^
CARA TIDUR.. AKU PON KEKADANG SALAH TIDO JGK SEBAB XSELESE BILE BABY BYK TENDANG BILE NGIRING.. HEHE.. TP KEJAP JELA..

SO FAR MASIH BETUL DAN SADO LAGI AK TIME BERDIRI.. HEEHE..

MMG NAK KENE DUDUK LETAK ALAS KAT BELAKANG TU. KALO IDOK OI MAK.. BOLEH RANAP TULANG BELAKANG RASENYE.. HEHE.



 

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP
EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Sunday, February 1, 2015

Vita-lea for Children - Multivitamin Terbaik Untuk Anak Anda.



Agak lama jugak kan saya tak berkongsi dengan anda tentang vitamin untuk kanak² kan.

Jadi hari ni saya nak kongsi dengan anda tentang satu vitamin yang dah lama sangat dinanti-nanti.Vitamin apa tu yer?

Haaaa.. Inilah dia Vita-Lea for Children!




Sejak saya join Shaklee, dah  2 tahun pun. Ini lah baru pertama kali vitamin ni muncul tau. Saya sebelum ni tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya jugaklah pasal Vita-Lea for Children ni. Kenapa???


Sebelum ni, saya dimaklumkan yang Vita-Lea for Children ni sedang dalam proses penambahbaikan dan seperti biasa, kenalah lalu balik proses kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ianya proses yang lama dan panjang. Dan sekarang ni Vita-Lea for Children dah ada balik malah lebih baik lagi! Wow!

Pada 1 Januari 2015, The Best Kids Multivitamin is BACK! 

Seronoknya! Boleh bagi kat anak-anak u ols.



Wow! Sekarang ni dah improved formula. Lebih baik daripada yang sebelum ni. 

So, jom kita tengok, apa yang best sangat Vita-lea for Children ni?

KENAPA PERLU BAGI MULTIVITAMIN KEPADA ANAK-ANAK?

Cuba kita perhatikan, macam mana environment anak-anak kita membesar sekarang ni? Sihat ke persekitaran kita ni? Jangan kita compare anak-anak zaman ni dengan anak-anak zaman dulu (kita lah tu.. hehe..). 

Sekarang ni, semakin dunia maju, semakin sibuk ibu bapa dengan kerja dan urusan harian, semakin banyak pulak restoren makanan segera muncul di sekeliling kita.

Tapi ada juga rakan saya yang mana anaknya dah masuk sekolah. Pastikah kita apa yang mereka makan tu berkhasiat? Makanan di kantin-kantin sekolah zaman sekarang ni memang pelbagai. Fast food memang tak terkecuali. Anak-anak ni memang suka la makan nugget, hotdog, dan seangkatan dengannya.

Saya percaya, ramai di antara rakan-rakan di luar sana, atau anda sendiri yang sedang membaca ni melalui perkara yang sama.

Jadi, pastikah kita yang anak-anak kita ni mendapat khasiat, dan zat yang mencukupi setiap hari

Untuk dapatkan khasiat yang sama sepertimana yang terdapat dalam Vita-lea for Children ni, anak-anak kita kena makan semua yang terdapat dalam gambar ni. 

Nak ke diorang ni makan agak-agaknya? Sempat ke kita nak prepare semua ni? Hmm..

Bila dan kekurangan nutrisi, mulalah imun badan lemah. Selalulah demam, batuk selsema datang berkunjung kan? Setiap kali tu jugaklah nak kena pergi klinik. Kos dah berapa pulak?

Kalaupun company tempat kita bekerja yang sponsor, sanggup
ke kita bagi anak-anak makan ubat (berasakan dadah) banyak-banyak? Selalu pulak tu! Pastu effect jangka masa panjang? Hmm.... Kesian anak-anak.

Sebab tu lah, sangat penting kita sebagai ibu bapa ni memainkan peranan dan ambil berat tentang nutrisi untuk anak-anak ni. Dengan adanya multivitamin ni, kita dah boleh tarik nafas lega sebab multivitamin untuk kanak-kanak ni dapat membantu melengkapkan (bukan menggantikan) keperluan nutrisi seharian anak-anak kita

Dah namapun multi, banyaklah vitamin terkandung dalam nya kan? ^_^



Vita-Lea for Children ni mengandungi 18 vitamin dan nutrien penting yang diperlukan oleh kanak-kanak.

KELEBIHAN VITA-LEA FOR CHILDREN SHAKLEE

Jom kita tengok, vitamin apa yang terkandung dalam Vita-Lea for Children ni...


KENAPA MESTI MULTIVITAMIN SHAKLEE? 

The Shaklee difference.. 

Anda lihat sendiri jadual ini dan buat perbandingan. ^_^

Vita-lea for Children memang berbeza dengan kebanyakan vitamin yang terdapat di pasaran. Mutivitamin kanak-kanak ni tidak mengandungi pewarna, perisa, pengawet, dan pemanis tiruan. Rasa semulajadi anggur yang sedap, semestinya disukai oleh kanak-kanak. Yang paling penting, ianya 100% SEMULAJADI. Ianya selamat, dan GLUTEN FREE!

Vita-lea for Children ni boleh dikunyah (chewable), dan yang bestnya, oleh kerana ia menggunakan pemanis yang semulajadi, iaitu Xylitol, so ia tidak mengundang kaviti dan selamat untuk kesihatan gigi.

Patutlah lambat sangat Vita-lea for Children ni nak ada balik. Shaklee nak pastikan ianya yang terbaik! ^_^

Makin seronok la ank u ols nnt ni ada vitamin baru. Sedap pulak tu! Warna purple, rasa anggur. Mmpphh... Memang seronok la diorang ni. Hehe..

ISK.. MACAM BEST! NAK JUGAKLAH!

Bulan pertama launching Vita-lea for Children ni terus nak buat promo gempak!  Bulan ni pon promo masih berlangsung taw.


Ya! Sekarang ni ada promosi yer PERCUMA 1 BOTOL kalau anda beli 3 botol. 


 

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP
EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Friday, January 23, 2015

IDA Punca Wanita Hamil, Bayi Alami Pelbagai Masalah Kesihatan.

ATASI KEKURANGAN ZAT BESI

Wanita mengalami pelbagai jenis sakit puan sepanjang hayat mereka. Ia bermula dengan kitaran haid pertama, diikuti peringkat reproduktif serta kehamilan dan akhirnya putus haid (menopaus).

Antara semua peringkat itu, peringkat reproduktif dan kehamilan adalah paling penting. Ini kerana kerumitan yg berlaku ketika hamil serta kelahiran anak adalah punca utama kematian dan kehilangan upaya dalam kalangan yg berada di usia reproduktif di negara sedang membangun.

Antara komplikasi yg biasa dikaitkan dengan kehamilan adalah kekurangan darah ( anemia) akibat kekurangan zat besi ( iron deficiency anemia, IDA) dan keguguran terancam serta keguguran ramalan.


Dalam IDA , badan tidak mempunyai zat besi mencukupi untuk menghasilkan hemoglobin iaitu bahagian sel darah merah yg membolehkan oksigen disampaikan ke seluruh badan. Dalam IDA yg teruk dan tidak dirawat ketika kehamilan boleh mengakibatkan masalah lain spt kelahiran bayi pramatang atau kurang berat badan, kemurungan selepas bersalin dan kerencatan perkembangan seseorang kanak2 atau kerencatan ketika dilahirkan.

Pakar perunding Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr Mohd Hashim Omar berkata, antara simptom utama IDA ialah mudah letih, pening kepala, pucat, tidak fokus, susah bernafas, dan cepat marah. Katanya lagi, pendarahan pada bahagian faraj adalah ciri² keguguran terancam. Ia menjadi petunjuk kehamilan mungkin berakhir sebelum trimester pertama.

Antara risiko meningkatkan keguguran adalah wanita berusia 35 tahun ke atas berisiko mendapat keguguran berbanding wanita lebih muda. pada usia berkenaan, seseorang wanita mempunyai kira² 20% peluang mengalami keguguran. Manakala wanita berusia 40 tahun mempunyai kira² 40% mendapat keguguran dan meningkat kepada 80% apabila berusia 45%. Selain itu, alkohol dan rokok meningkatkan lagi risiko keguguran. (Sumber Metro Ahad)

Oleh yg demikian, penjagaan pranatal serta pendidikan awal komprehensif adalah penting bagi menangani isu serta membantu mencegah masalah berkaitan kehamilan seperti ini. Wanita juga disyorkan untuk mengambil makanan tambahan zat besi untuk mencegah IDA di samping memperbaiki penjagaan pranatal.

Sasaran pada 2015 ialah untuk mengurangkan nisbah kematian ibu (MMR) kepada 11 bagi setiap 100,000 kelahiran hidup. Wallahualam.

INGINKAN PENYELESAIAN BAGI MASALAH ANEMIA ANDA?? 
HUBUNGI SAYA UNTUK KONSULTANSI TERBAIK PADA SETIAP MASALAH ANDA. 


MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT.



 

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP
EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU – TEKNIK POWER PUMPING

Assalammualaikum.. dearest Mommy.. Susu mulai merudum memang akan memeningkan kepala sebagai ibu yang menyusukan. Teriakan anak menangi...