A Positive Attitude Will Lead to Positive Outcomes

Saturday, August 23, 2014

KEPENTINGAN 3 BULAN PERTAMA KEHAMILAN


pentingnya 3 bulan pertama hamil

Semua waktu masa hamil adalah waktu waktu yang penting, tetapi sila ambil perhatian bahawa 3 bulan pertama anda adalah amat penting anda jaga sebaiknya.

Ini tempoh janin terbentuk dan lengkap dengan organ organ dan anggotanya. Tempoh lain hanya pembesarannya.
Pertama jantungnya, dimana ultrasound dapat mengesannya dalam masa 6 minggu!
Apa yang anda perlu lakukan jaga janin ini sebaiknya. Kerana pada ketika ini kebanyakan ibu sedang mengalami alahan ( mabuk mabuk, morning sickness).

Pastikan anda buat tindakan untuk mencegah keguguran. Kerana keguguran boleh berlaku waktu ini. Lebihkan rehat, tidur mencukupi jauhkan stress, elakkan perjalanan jauh dan perjalnan yang panjang. Kurangkan pendedahan terhadap penyakit berjankit, suhu panas, pencemaran udara, racun sembur, bahan kimia, x-ray, dan ubatan yang merbahaya buat kandungan anda.

Anda juga perlu ambil tahu apa yang bayi anda perlu bagi mengelakan kecacatan. Displinkan diri untuk makan acid folic, iron dan vitamin yang doktor bekalkan. Banyak makan nasi , roti, asparagus, jus oren.kekacang dan sayuran yang kaya dengan asid folic. Minum susu, yang ada segala zat di situ.

Jangan cuba gugurkan bayi, kerana gagal gugurkan bayi anda akan lahir cacat! Jangan makan ubat seperti tranquilizer atau ubat kanser tanpa nasihat doktor.

Anda perlu ambil susu dan soya, makan buah buahan segar seperti prun atau tembikai. teritama ibu yang hadapi maslaah buang air besar, sangat baik untuk melawaskan pembungan air besar. Makan dengan sedikit dan sekerap mungkin. Ambil multivitamin jika perlu.

Emm... apa yang saya tulis di bawah ini mungkin anda boleh baca dan ikut jika anda rasa perlu. (tak rasmi, orang tua tua kata) tak ikut pun takpe.. ikut suka.

Makanan yang mungkin perlu di elakkan waktu ini:

1. makan nanas pada awal kehamilan boleh sebabkan keguguran - sebab tajam
2. Makan tapai juga boleh sebabkan keguguran- sebab panas.
3. sayuran melarat atas tanah seperti pegaga, pucuk labu - boleh menyebabkan uri melekat
4. jangan makan ulam berbau seperti petai, jering dan sewaktu dengannya.- nanti masa melahirkan faraj dan ketuban berbau makan tersebut- Ni memang betul..
5. Jangan minum ais, atau elakannya nanti nak bersalina melemahkan badan.
6. jangan jalan jauh, jika anda rahim lemah, akan menyebabkan keguguran.

Benda benda lain yang anda boleh buat di akhir kehamilan.
1. banyak berjalan , mudahbersalin
2. minum air kelapa- elakakn kerak di kepala bayi
3. Pergi hadiri kelas persediaan bersalin supaya anda tak panik dan tahu apa bakal berlaku- terutama ibu yang pertama kali melahirkan.
4. Rajin baca dan ambil tahu tentang kehamilan dan kelahiran supaya anda tahu dan faham mengenainya dan apa yang bakal anda lalui nanti

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Thursday, August 21, 2014

MASALAH KEPUTIHAN KETIKA HAMIL [ PENGEDAR SHAKLEE JOHOR BAHRU]


Kebiasaanya wanita mengandung akan selalu dijangkiti keputihan. Ini berlaku kerana perubahan hormon yang dialami oleh wanita mengandung itu sendiri.
Perubahan hormon ini akan merubah persekitaran pada kawasan faraj yang lebih mesra bakteria. Antara perubahan yang berlaku adalah perubahan keasidan (pH) pada kawasan faraj bagi mengalakkan lagi pertumbuhan bakteria ataupun kulat.
Maka kesan daripada jangkitan ini akan membawa kepada pengeluaran atau discaj yang berwarna putih dan berbau.
Bagi wanita hamil, masalah keputihan ini amat merimaskan dan menganggu kehidupan seharian. Bukan itu sahaja, jangkitan keputihan yang teruk boleh membawa kepada kecacatan pada bayi dalam kandungan dan juga risiko berlakunya keguguran serta kelahiran pra matang.
Dalam Panduan Kesihatan Ibu Hamil menegaskan rawatan untuk mengatasi keputihan perlu dilakukan. Ianya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja sehingga boleh membawa bahaya kepada kandungan.

Jika rawatan di klinik kesihatan ataupun di hospital, suppositori antikulat seperti clotrimazole biasanya akan diberikan kepada ibu mengandung.
Adakah suppositori clotrimazole ini selamat untuk ibu mengandung? Menurut mereka yg pernah menggunakan kaedah ini mereka berkata sedikit tidak selesa kerana anda perlu memasukkn pil ke dlm faraj dgn menggunakan alat kecil yg disertakan sekali....
Sehingga kini tiada kajian spesifik yang dijalankan keatas wanita mengandung terhadap penggunaan suppositori clotrimazole ini. Kerana ini adalah melanggar hak etika manusia. Wanita hamil tidak dijadikan bahan ujikaji.
Namun, setakat ini wanita mengandung yang mengunakan suppositori clotrimazole ini tiada menunjukkan kesan sampingan yang teruk terhadap kehamilan mereka. Malah, menurut FDA (food drug administration) telah menetapkan keselamatan ubat ini berada pada aras C.
Maksud aras C ini adalah suatu aras dimana tiada kesan teratogenik yang terhasil daripada penggunaan sesetengah jenis ubat.

Oleh itu, wanita mengandung perlu mengatasi keputihan yang mereka hadapi. Cuba dahulu rawatan yang disyorkan oleh doktor. Apa yang penting adalah kepatuhan terhadap arahan penggunaan ubat. Ubat suppositori clotrimazole perlu diambil pada waktu malam selama 3 malam berturut-turut. Dan suppositori clotrimazole perlu disisipkan kedalam faraj dan bukannya ditelan melalui mulut!

Melalui pengalaman saya bersupplemen... ada satu supplemen dari ekstrak bawang putih...  bawang putih terkenal dgn sifat antibiotiknya. Tetapi... mampukah kita mengunyah dan menelan bawang putih semata2... Shaklee menghasilkn supplemen garlic dgn amat teliti dan memastikn khasiat sebenar bawang putih tetap terpelihara....

KELEBIHAN GARLIC COMPLEX SHAKLEE.

♥ Membantu mengekalkan tekanan* darah normal
♥  Formulasi Shaklee yang unik.
♥ Mengandungi Spearmint - 
♥ Mempertingkatkan sistem penghadaman, fungsi jantung.
♥ Antibiotik Yg Selamat & Semulajadi - ♥ Selamat utk kegunaan jangka panjang utk m'pertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit spt selsema, batuk, kulat, kuman, virus dan yis candida
♥ Menghalang Alergi - Spt hidung yg sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema dan hepatitis
Juga Mampu menentang bakteria
♥ Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolestrol.*
♥ Memelihara tahap kesihatan mikro organisma penting.
♥ Mampu menurunkan kadar darah tinggi dan kolesterol
♥ Mampu menyingkirkn toksin dari tubuh
♥ Mampu menurunkan kadar Nitrosamine, pencetus kejadian sel kanser.
♥ Menstabilkan Glukos di dlm tubuh kita
♥ Mengawal keputihan (terutama bg ibu hamil)

Sekiranya anda dijangkiti keputihan... Saya sarankan supplemen garlic ini dambil bersama-sama dengan Set Mengandung Shaklee utk kesihatan optimum ibu dan bayi sepanjang kehamilan..

Jika anda berminat utk mendapatkn GARLIC COMPLEX harganya tak sampai pon 50.00

HUBUNGI SY UTK TEMPAHAN.

YANA/0192785383
EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Sunday, August 17, 2014

MANDI AIR PANAS KETIKA HAMIL. BOLEH ATAU TIDAK?

Mandian air suam diketahui telah digunakan selama berkurun-kurun atas pelbagai sebab dan kesannya dalam membantu merehatkan otot-otot dan minda. Berendam dalam mandian air suam memang baik dan tiada sebab untuk mengatakan ia tidak selamat dilakukan semasa hamil.

Walau bagaimanapun, semasa hamil, anda harus lebih berhati-hati mengenai mandian “panas” kerana ia boleh menjejaskan suhu dalam badan anda, dan ini boleh membahayakan bayi. Kajian yang dilakukan terhadap haiwan mengesyorkan bahawa kepanasan melampau, terutamanya dalam bulan-bulan pertama kehamilan, mungkin menyebabkan kecacatan anak semasa lahir.

Jenis kecacatan yang mungkin berlaku melibatkan otak dan tulang belakang. Ini dipanggil kecacatan tiub neural (NTD). Spina bifida ialah salah satu contoh NTD. Tetapi risiko kepanasan melampau lebih tinggi dengan tab panas dan sauna berbanding mandian biasa. Mandian biasa akan sejuk dengan cepat, manakala tab panas dan sauna pula suhunya dikawal supaya kekal panas pada suhu tertentu.

Jika air mandian anda terlalu panas, anda juga boleh jadi loya atau hendak pitam kerana kepanasan boleh merendahkan tekanan darah. Ini boleh menjejaskan peredaran darah kepada bayi dan adalah berbahaya tidak kira di tahap mana kehamilan anda.

Jadi bagaimanakah saya boleh tahu samada mandian saya panas atau suam?
Rasalah air itu dengan siku atau lengan anda sebelum anda masuk ke dalamnya. Kaedah ini sama seperti menguji kepanasan air mandian bayi anda nanti. Bahagian kulit di sini lebih sensitif terhadap suhu berbanding kaki atau tapak tangan. Air yang suam membolehkan anda masuk terus ke dalamnya dengan selesa tanpa perlu menjengket-jengket! Air mandian yang terlalu panas pula mungkin akan mengubah warna kulit anda kepada merah, dan anda juga mungkin akan berpeluh.

Selamat berendam!

Love.
Yana khai.

Friday, August 8, 2014

PENGEDAR SHAKLEE DI PERMAS JAYA, JOHOR BAHRU



Assalammualaikum dan selamat hari raya u olls, 

ok yana nk bgtaw lame dah xupdate entry ni, sbb yana prepare untuk pindah ke johor dan bekerja di sini. Miss u selangor darul ehsan. yela kan ikot suami la kan.. hehee.. so secara automatik nye bisnes online masih berjalan cuma yg nak cod tu area klang xdapek la ea..kalo balik kg boleh ler cod.. so sekarang cod AREA JUSCO PERMAS JAYA,GIANT KAMPUNG MELAYU MAJIDEE dan kawasan sekitar..hehehe.. Maaf di atas kesulitan. Kalau ada sebarang pertanyaan blh email dan whatsapp yana jela ye.. Sekian saja entri hari raya cum entry berpindah dari yana. 
harap maklum.. :)
kami sudah berpindah di kampung melayu majidee. :) vrom vrom
with Love
Yana Khai ♥
LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Tuesday, July 15, 2014

YANA KHAI DA KAWIN

Assalammualaikum..
havoc betul tajuk.bajet retis.. hhaha..
Ok btl la tu.. sy da selamat jadi seorang isteri mithali.. hehe.. dah basi jgk sbnanye.. tp blm update kt blog kire xbasi lagik..ehehee..
Jom bc rentetan cerita.
30 May 2014.
Selamat diijab kabulkan dgn pasangan sy.En.Zahiruddin Bin Abdul Hamid.sekali lafaz u olss.. hahaha.. nampak x 40hr 40malam die dok apal ayat. Hahaha.. agknye la kan.. huahuahua. Ceq kt blkg ngn kwn2 ceq dok rilex je bermonopod.. (jgn tiru aksi ini) wakaka.. perasaan syukur sngt sbb lama dok perap bakal somi. Byk dugaan kami nk nikoh ni.. smpai kan ak serahkan hujungnya pada ALLAH. Kalau dia kata mmg tertulis jodoh ak sama suami ak tu.. ak yakin. Akhirnya ak akan nikah jgk. Alhamdulillah mmg Allah maha berkuasa. Walaupon tok kadi x konfiden ak dpt nikah 30may tu..tp ak tetap kata.. In Shaa Allah..kalau Allah dh tetapkan.akan ada jalan. Dan akhirnya ak mmg dpt nikah 30 May tu.. ekkeke. .kalo x lepas ry br ak berlaki uolls.. desprete tu x la kan.. kakaka.
1Jun 2014.
Majlis bersanding. ALHAMDULILLAH hajat ak nk buat majlis yg rngkas termakbul jgk.. last minit mmg rezeki mencurah2.. sponsorship pelamin by family ak sendiri.. karaoke bukan ak yg mntk tp abg sepupu ak yg sponsor..haha.. n kek lagi kt meja makan beradab pon di sponsor. Haish byk la lagi spomsorship majlis ak aritu.. Alhamdulillah walaupon bkn retis tp fefeling retis jgk la kan sbb ramai beno nk ajak take a picture la..selfie la.. ade je dok panggil2 mau snap2..hahaha. kan retis ckp kau.. hahaha..
Majlis bersuarai jam 6ptg dgn penuh berkat. Semoga ak cepat dpt anak.. keke.. over plak.. terima kasih sahabat yg hadir.. semoga Allah saja balas jasa baik anda. Terima kasih sponsorship. Semoga Allah murahkan rezeki anda.
Ok tamat. Harap menjawab la persoalan anda yg dok msj tnye psl entry kawen ceq ni kan.. hehehe.. ade ke? Huahua..
Okbai..
Salam sayang
Yana.
Order shaklee??
0192785383
Whatsapp/msg
Fb :Yana BeautyStore

Tgk gmbo plak.. huahua..

Tok kadi soh ckp "sayang..ni maskawen abg bg utk sayang" ak rs nk tergelak gilakadburi habaq hang.. hahah kaber lebih tkot mekap larik.. hahah
Nikah.yeayy
Sahabat yg temankan ak g nikah. Tq mas,dila n syidot
Feeling outdoor.hehehe
Cantik pemandangan kat kebun blkg rumah arwah nenek rupenye.
Hanimoon bese la pengantin budget. Mana lagi tmpt fefeling obersi n sejok kalo bkn cameron..hehee

Wednesday, July 2, 2014

PERFORMANCE DRINK - KEKAL CERGAS DIBULAN RAMADHAN (DISTRIBUTOR SHAKLEE AREA KLANG,SELANGOR)



ASSALAMMUALAIKUM.. SALAM RAMADHAN UTK SEMUA PEMBACA BLOG YANA.
JOM KEKAL CERGAS DIBULAN RAMADHAN DGN ISOTONIK SIHAT DARI SHAKLEE.


Performance Drink Shaklee adalah minuman yang menjadi pilihan bagi mereka yang mementingkan kesihatan, lupakan minuman isotonik yang tinggi kandungan gula dan berkarbonat (bergas).


Mengapa Performance Drink wajib ada dalam setiap rumah?
Untuk pengetahuan semua Performance Drink boleh diminum seisi keluarga samada bapa, ibu juga untuk anak-anak yang aktif.


Antara kelebihan Performance Drink Shaklee ialah

Meningkatkan Daya Ketahanan Badan 
- Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.

Membekal Tenaga & Daya Ketahanan Fizikal 
- Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium sodium, phosporus, magnesium dan chloride. Produk ini turut dirumus eksklusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap di kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian.

Mencegah Penyahhidratan 
- mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan. melembabkan kulit  dan kelihatan muda.


Mengekalkan Paras Gula 
- Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.


Siapa yang perlu mengambil Performance Drink Shaklee

Para atlet, mereka yang BERPUASA, sebelum dan selepas pembedahan, tidur lewat malam, cirit birit, tiada selera makan dan mereka yang  rendah paras gula juga sesuai untuk anak-anak yang sedang bersekolah dan aktif bersukan.


Satu hidangan yang lazat untuk diminum pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Enak diminum begitu sahaja atau dicampur bersama minuman lain.


Perbezaan Performance Drink Shaklee berbanding yang lain ialah



Campuran Elektrolit OPTI-LYTE proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.


Gabungan Performance Drink Shaklee, ESP dan Mealshakes memang terbaik




LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP 
 EMAIL : norliyanakhai@gmail.com


Monday, June 23, 2014

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU – TEKNIK POWER PUMPING

Assalammualaikum.. dearest Mommy..

Susu mulai merudum memang akan memeningkan kepala sebagai ibu yang menyusukan. Teriakan anak menangis kelaparan menjadi igauan ngeri. Dalam hati memang nak sangat susukan anak sehingga 2 tahun. Tapi anak baru 10 bulan susu dah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dilema ini banyak ditempuhi oleh ibu-ibu yang berkerjaya dimana kesibukan tugasan melanda dan tekanan di tempat kerja. Disini saya kongsikan salah satu teknik untuk membanyakkan susu ibu. Teknik ini di panggil teknik power pumping. 

Teknik powerpumping dilakukan dengan cara:

Jika mengguna Single Pumping
– Perah setiap sebelah payudara selama 10 minit selama 1 jam. Contoh: 10 minit sebelah kanan, apabila selesai tukar mengepam pula kepada payudara sebelah kiri 10 minit sehingga 1 jam.

Jika menggunakan Double Breastpump
– Pam sehingga 10 minit, berehat 10 minit kemudian sambung balik sehingga 1 jam. Teknik ini bertujuan untuk meransang kelenjar susu untuk menghasilkan susu dengan lebih banyak. Walaubagaimanapun tidak digalakkan di lakukan dalam masa yang lama seperti mengepam sehingga 20 minit kerana akan menyebabkan kelenjar susu rosak.

Teknik power pumping ini akan menunjukan kesan seawal mulai 5-6 hari dan ada yang hampir 2 minggu baru nampak kesan.Teknik ini sesuai dilakukan pada sewal pagi iaitu jam 2-3 pagi kerana pada waktu ini hormon prolaktin (hormon penyusuan) sedang meningkat.

Walaubagaimanapun ibu-ibu masih boleh dilakukan ketika siang hari cuma kesannya agak lambat.Ibu-ibu haruslah bersabar ketika susu kurang. Kuatkan semangat dan banyakkan berdoa untuk menambah susu badan.
Antara amalan rohani untuk membanyakkan susu ibu ialah amalan Zikir Ya Matin. Lakukannya ketika waktu terluang ,waktu mengepam atau pada waktu menyusukan anak. Lakukan sebanyak mungkin atau 1000x kali.

Utk keterangan lanjut anda blh hubungi sy. Terdapat juga supplement yg kita blh ikhtiarkan utk menambah susu ibu..segalanya dengan Izin Allah.

SET PENYUSUAN SHAKLEE


With love..
Yanakhai.
0192785383
Fb : Yana Beauty Store
Page : Kedai Cinta Supplement

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU – TEKNIK POWER PUMPING

Assalammualaikum.. dearest Mommy.. Susu mulai merudum memang akan memeningkan kepala sebagai ibu yang menyusukan. Teriakan anak menangi...