A Positive Attitude Will Lead to Positive Outcomes

Saturday, May 13, 2017

7 Perkara Suami ‘Macho’ Akan Buat Untuk Isteri Yang Menyusu Badan

Assalammualaikum.. Kalini sis nk share tentang tugas suami dlm membantu isteri dlm menjayakan proses penyusuan si kecil.  Bukan suami xperlu ambik kisah ye psl ini.  Jgn jdkan alasan "aku xde susu mcm mn nk tlg isteri aku jg anak" itu semua alasan basi yg sis dengar dan sis rs dah lapuk.
Siapa kata suami tak boleh tolong isteri yang menyusu badan? Walaupun payudara itu milik isteri, namun ada pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh suami untuk menyenangkan hati atau meringankan beban isteri. Bahkan, suamilah orang penting untuk isteri mendapat sokongan moral dan fizikal dalam memastikan penghasilan susu yang lancar sehingga melimpah-ruah.
Berikut adalah 7 tugas suami yang dapat membantu melancarkan proses menjayakan penyusuan badan sehingga mampu melengkapkan tempoh 2 tahun penuh.
7 TUGAS SUAMI UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN BADAN
1. CARI MAKLUMAT TENTANG PENYUSUAN
Sejak sebelum bayi dilahirkan lagi, suami boleh membantu isteri dengan menambahkan pengetahuan tentang penyusuan badan. Jangan ingat kalau isteri yang akan menyusu badan, dia saja yang perlu tahu semuanya.
Apabila anda mengambil berat dan mencari maklumat, secara tidak langsung anda lebih berpengetahuan dan tidak kekok membantu isteri tanpa perlu diminta.
2. DAPATKAN ALATAN PENYUSUAN
Selain membuat persediaan dari segi mental, suami juga boleh membantu isteri untuk mendapatkan alatan penyusuan yang bakal diperlukan seperti pam susu serta keperluan dan aksesori yang diperlukan seperti pakaian khusus untuk menyusu.
Memang nampak macam banyak, tetapi percayalah kesemua keperluan ini amat praktikal dan berguna untuk mereka. Mesti isteri akan lebih bersemangat apabila rasa diri mereka dihargai!
3. GEMBIRAKAN HATI ISTERI
Semasa sedang menyusu badan, hadirkan diri untuk duduk di sebelah isteri. Tatap wajah bayi anda dengan penuh kasih sayang. Inilah juga peluang untuk ‘bonding’ bersama bayi anda yang baru lahir.
Sungguhpun tindakan ini kelihatan remeh, tetapi melalui cara inilah suami akan dapat memahami masalah yang dialami oleh isteri, terutamanya yang bau pertama kali memulakan penyusuan. Nak cari posisi yang sesuai, puting melecet, bengkak susu, semua ini adalah masalah yang boleh menjejaskan kelancaran susu badan. Semestinya kehadiran suami di sisi dapat memberi ketenangan kepada isteri.
4. MEMBANTU BERI SUSU PERAHAN
Tugas suami amat penting semasa membantu memperkenalkan susu perahan buat pertama kali kepada bayi. Dalam tempoh ‘latihan’ tersebut, biasanya bayi akan lebih mudah menerimanya apabila ia diberi oleh ayah berbanding ibu.
Selepas selesai mengepam, antara tugas suami yang boleh dibuat adalah membantu menyimpan stok susu tersebut, mencuci alatan pam, atau sekadar menemaninya, terutamanya pada waktu tengah malam.
5. MENGURUS BAYI
Semasa berpantang, emosi isteri biasanya mudah terjejas kerana mereka masih dalamtempoh penyembuhan. Ada yang masih trauma semasa bersalin, dan kebanyakan mereka mengalami kekurangan tidur akibat menyusu badan pada waktu malam.
Oleh itu, seeloknya suami juga memainkan peranan aktif untuk membantu isteri menguruskan keperluan bayi. Contohnya membantu memandikan mereka, menidurkan mereka, dan menukar lampin. Kalau tak berpeluang buat dengan kerap, sehari sekali pun cukuplah.
6. RINGANKAN KERJA RUMAH
Kadangkala, ibu menyusu tidak cukup masa untuk mengurus hal lain apabila sibuk mengurus anak. Jadi, sebagai suami janganlah pula anda menunjukkan reaksi marah atau‘tension’ apabila nampak rumah bersepah atau bakul baju yang bertimbun.
Sebaliknya, bantulah menguruskan sekadar apa yang anda mampu. Jika tak berkebolehan melakukan tugas yang sukar seperti memasak, buatlah yang mudah seperti mencuci baju, menyapu lantai, atau mengemas rumah.
7. MELAYAN ANAK YANG LEBIH TUA
Jika ada anak-anak yang lebih tua, bantulah menguruskan mereka. Pastikan kerja rumah mereka disiapkan, ajak mereka solat, atau makan bersama-sama.
Setidak-tidaknya, apa salahnya mengajak mereka bermain atau membaca bersama-sama. Tabiat ini dapat membina hubungan dan menggalakkan perkembangan anak-anak.
STRES ANTARA PUNCA SUSU MERUDUM
Sedarkah anda, proses menjayakan penyusuan badan secara ekslusif ini mengorbankan banyak masa dan aktiviti harian dalam kehidupan wanita. Itupun belum termasuk masalah-masalah kesihatan yang mungkin dialami akibat penyusuan badan.
Maka, wajarlah seorang suami memberi sokongan yang sepatutnya kepada isteri yang sedang menyusu badan. Apabila terbeban dengan kerja-kerja rumah, masalah anak dan kesibukan tempat kerja, stres yang dihadapi menyumbangkan kepada punca susu mereka semakin merudum.
Jadi, kalau nak menjayakan penyusuan badan, suami pun perlu ambil berat ya!

No comments:

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU – TEKNIK POWER PUMPING

Assalammualaikum.. dearest Mommy.. Susu mulai merudum memang akan memeningkan kepala sebagai ibu yang menyusukan. Teriakan anak menangi...