PENGEDAR SHAKLEE SELANGOR COD ( KG SIJANGKANG, TELOK PANGLIMA GARANG) 0192785383 / YANA PENGHANTARAN POS LAJU KE SELURUH MALAYSIA.
A Positive Attitude Will Lead to Positive Outcomes
Search This Blog
Saturday, May 13, 2017
7 Perkara Suami ‘Macho’ Akan Buat Untuk Isteri Yang Menyusu Badan
Thursday, May 11, 2017
FAKTA DAN AUTA TENTANG BREASTFEEDING
Assalammualaikum
MITOS PENYUSUAN :
Tugas menyusukan bayi bukanlah terlalu sukar tetapi akan menjadi sukar bila ada pelbagai ‘nasihat’ yg mengelirukan para ibu terutama yg baru pertama kali menyandang gelaran ibu… Percaya atau tidak antara tips kejayaan penyusuan adalah bergantung kepada kekuatan mental ibu itu sendiri. Campur tangan org sekeliling kadang kala boleh menyumbang kepada kegagalan menyusukan bayi, bergantung kepada kekuatan mental ibu itu sendiri. Hanya ibu yg memahami kesihatan tubuh badannya dan kemampuan utk memberikan yg terbaik buat si manja. Hanya ibu tahu apa yang diperlukan tubuhnya dan apa yang perlu bagi menyokong keperluan tersebut. Dalam mencari ilmu penyusuan, kita tidak boleh main dengar aje sumber yang tidak sahih. Kadang-kadang, kita boleh pula percaya bulat-bulat apa yang kita dengar walaupun tak tahu kebenarannya, tak pernah alami, mahupun membuat kajian tentangnya. Jadi mari kita tengok rupa-rupanya banyak perkara yang telah di letakkan “negative mind set” oleh orang-orang kita, walhal perkara-perkara tersebut adalah TIDAK BENAR sama sekali.
1. SUSU BADAN TIDAK MENCUKUPI.
Kebanyakan dan ramai wanita tidak mempunyai cukup susu badan. Bukan masalah susu jika bayi lambat naik berat badan atau mengalami pertambahan berat yang sangat perlahan. Bukan sebab susu ibu tidak cukup tetapi kerana bayi TIDAK MENDAPAT SUSU YANG IBU ADA. Sebab utama perkara ini berlaku adalah bayi tidak “latch” atau melekap dengan betul. Pada minggu pertama selepas kelahiran, berat bayi biasanya akan menurun atau kekal sama seperti ketika dilahirkan. Sebab itulah pentingnya ilmu penyusuan, kena banyak mencari info atau belajar dari mereka yang berpengalaman.
2. ADALAH BIASA JIKA SAKIT SEMASA MENYUSU.
Ini Tidak Benar. Meskipun ada sebilangan ibu yang mungkin rasa sedikit bengkak pada peringkat awal, tetapi keadaan ini tidak berlanjutan. Kesakitan pada puting semasa menyusukan bayi adalah disebabkan pelekapan yang tidak sempurna atau lekapan yang salah. Kesakitan mungkin boleh berlaku untuk beberapa hari namun, jika anda masih rasa sakit, adalah tidak normal ianya berlarutan. Ibu boleh rujuk kepada yang pakar untuk selesaikan masalah anda yang mungkin disebabkan oleh mulut bayi yang tidak menghisap puting dan areola dengan betul. Belajarlah untuk membantu bayi menyusu dengan cara yang betul.
3. SUSU TIDAK CUKUP SEMASA 3-4 JAM PERTAMA KELAHIRAN.
Bukan tidak cukup tetapi semasa itu bayi belum pandai melekap dengan betul dan minum susu dengan betul. Maka kemungkinan sedikit sahaja susu yang dapat diminumnya. Pada hari-hari awal selepas kelahiran, keperluan bayi hanya sedikit sesuai dengan saiz perutnya yang masih terlalu kecil (sebesar buah ceri). Apa yang penting ialah, memastikan bayi mendapat susu awal iaitu kolostrum yang kaya dengan zat yang tidak terbanding. Ianya umpamakan cecair emas dan boleh mengenyangkan perut bayi yang masih kecil.
4. BAYI PERLUKAN AIR MASAK TAMBAHAN PADA CUACA PANAS.
Tidak benar sama sekali! Susu ibu mengandungi komposisi zat, nutrient dan kepekatan yang berbeza pada setiap waktu penyusuan. Ia berbeza mengikut cuaca juga di mana kepekatan dan kelikatan susu sentiasa berubah-ubah sesuai dengan keperluan bayi pada setiap ketika, begitu juga ketika cuaca panas mahupun sejuk. Susu ibu mengandungi air yang secukupnya untuk bayi, maka air tambahan adalah TIDAK PERLU. Bahkan bahaya jika berikan air masak pada bayi sebelum berusia 6 bulan.
5. PUTING PERLU DIBASUH SETIAP KALI SELEPAS MENYUSU.
Basuh puting setiap kali selepas menyusu. TIDAK BENAR. Ini tidak boleh disamakan dengan botol susu kerana jika tidak dibasuh dengan betul, ia berupaya mengumpul kuman. Susu ibu melindungi bayi dari jangkitan. Jika dibasuh maka ia boleh menghilangkan minyak pelindung pada puting tersebut.
6. MENYUSU BOTOL LEBIH SENANG DARIPADA MENYUSU BADAN.
Siapa kata? Yang jadi susah tu sebab ramai yang tidak mendapat bantuan atau tidak cukup info tentang penyusuan. Bila tiada ilmu di dada maka kita akan jadi mudah berputus asa dan rasa susah. Sebaiknya semasa mengandung lagi carilah ilmu tentang penyusuan. Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan dan penyediaan susu. Tambahan pula, penyusuan susu ibu boleh dilakukan bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia juga tidak melibatkan sebarang kos.
7. SUSU FORMULA KANDUNGANNYA SAMA DENGAN SUSU IBU.
Tidak sama sekali ye. Susu formula tidak mengandungi antibodi, tidak mengandungi enzim, tidak mengandungi sel-sel hidup. Malah, jika diperhatikan susu ibu cuma boleh bertahan selama 1 jam setelah dipanaskan dan harus segera dibuang sekiranya tidak dihabiskan oleh bayi, sedangkan susu formula masih boleh diminum berulang kali sehingga berejam-jam. Ini sudah tentu melibatkan kandungan yang terdapat dalam serbuk susu formula itu sendiri semasa proses pembuatan dan pengilangan di mana terdapatnya elemen untuk memastikan ianya tahan lama dan sesuai untuk ditinkan. Sekali lagi, ia jelas menunjukkan tentang komposisi kandungan dalam susu ibu VS susu formula yg nyata mempunyai sangat banyak perbezaan!
8. BERHENTI MENYUSUKAN JIKA IBU SAKIT.
Berhenti susukan bayi jika bayi menghadapi cirit birit atau muntah. Ye, boleh hentikan makanan lain tapi TERUSKAN MENYUSU. Sebab susu badan adalah terbaik dan boleh melawan jangkitan. Susu ibu sudah cukup menampung keperluan bayi pada ketika ini.
9. IBU KENA MAKAN BANYAK UNTUK DAPATKAN SUSU YANG BANYAK.
Oh tidak sama sekali! Kalau begitu sudah pasti ramai ibu menyusu jadi gemuk:) Makan ikut keperluan sahaja dan bukannya makan fikirkan untuk 2 orang. Amalkan diet sihat dan makan berpada-pada. Inilah jawapan kpd persoalan : Saya menyusukan bayi secara penuh dengan susu badan (fully breastfeed, tetapi kenapa badan makin gemuk, dan berat juga makin naik?” Mengambil jumlah kalori yg melebihi jumlah tenaga. walaupun banyak kalori dibakar tapi jumlah kalori yg di ambil juga sama banyak, malah ia lebih banyak melebihi keperluan..
10. BREAST KECIL = SUSU SIKIT, BREAST BESAR = SUSU BANYAK.
Ini memang MENGARUT! Wanita yang mempunyai PAYUDARA KECIL mempunyai susu yang sedikit berbanding wanita dengan payudara besar. Saiz payudara ditentukan oleh tisu lemak, yang tidak berkaitan dengan penghasilan susu. Penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah serupa tanpa mengira saiz payudara anda.
11. PENYUSUAN SUSU IBU MENYEBABKAN PAYUDARA KENDUR.
Penyusuan susu ibu tidak menyebabkan payudara menjadi kendur. Ianya disebabkan oleh faktor usia dan graviti. Malah, penyusuan susu ibu membantu anda untuk kembali kepada bentuk badan asal lebih cepat dengan membakar lemak yang tersimpan semasa hamil. Ia juga mengeluarkan hormon yang membantu mengecut dan mengembalikan rahim kepada saiz yang asal. Saya bukan pakar penyusuan, apa lagi lactation atau paediatric, saya juga masih belajar melalui pengalaman sendiri, buku-buku penyusuan, bertanya pada doctor dan pencarian maklumat di internet. Saya sekadar berkongsi untuk menambah pengetahuan diri sendiri juga sebagai perkongsian bersama! Jika bukan kita sebagai ibu yang melahirkan ini, terus-terusan berjuang dan meletakkan keinginan menyusukan bayi sendiri dengan manfaat susu sendiri, siapa lagi??
Semoga ibu2 sentiasa sabar dan teruskan penyusuan tanpa hiraukan cakap2 orang lain.. Kita tahu kita dah buat yg terbaik utk so manja kita. 😊😊
7 Rahsia Kejayaan Penyusuan Susu Ibu Walaupun Bekerja.
Assalammualaikum
Sebagai seorang ibu yang bekerja, memang tidak mudah untuk menjayakan impian kita untuk memberikan susu ibu sepenuhnya kepada bayi kita. Kita perlu bersedia dari segi mental, fizikal dan emosi. Kita juga perlu tahu apa yang kita bakal hadapi setelah kita mula kembali bekerja.
1. Kumpul ilmu tentang penyusuan susu ibu
Kumpul sebyknye ilmu berkaitan penyusuan susu ibu semenjak anak di dalam kandungan lagi, iaitu semasa mengandung terutama info berkaitan penyusuan ibu bekerja.baca perkongsian ibu-ibu di group-group Facebook, di Forum dan juga di website-website yang berkaitan mengenai kisah-kisah kejayaan mereka, masalah dan isu yang sering mereka hadapi dan tips-tips dari mereka untuk ibu yang bekerja. Antaranya adalah teknik-teknik mengepam, jadual mengepam susu, cara mengimpan susu perahan dan prinsip asas penyusuan.
2. Membuat pelaburan pam yang bersesuaian dan mengikut kemampuan
Terdapat pelbagai jenis dan brand pam menyusu yang terdapat di pasaran dengan harga yang berbeza-beza. Pilihlah pam menyusu yang kita rasa selesa (cari kedai yang boleh kita cuba, jika ada). Belilah mengikut kemampuan. Ada memilih electric double pump untuk memudahkan mengepam dan menjimatkan masa mengepam semasa bekerja. kerja dan proses mengepam berjalan serentak tanpa perlu menghentikan kerja-kerja di pejabat. Jika anda tidak mampu, beli yang jenis manual pun sudah memadai.
3. Membuat pelaburan peralatan dan aksesori penyusuan
Sebagai seorang ibu yang bekerja, kita juga perlu mengambil kira dan mengambil berat tentang peralatan dan aksesori penyusuan seperti botol penyimpanan, plastik penyimpanan, ice pack dan cooler bag. Pakaian yang sesuai juga dapat membantu dalam memudahkan lagi proses mengepam susu ibu. Sekarang sangat banyak baju yang mesra penyusuan susu ibu.
4. Sediakan stok susu perahan 2 minggu – 1 bulan sebelum mula bekerja.
Mula mengepam dan membuat susu perahan (EBM) seawal 1 bulan sebelum mula bekerja. Ibu mesti mula megepam selewat-lewatnya 2 minggu sebelum mula bekerja. Ia akan menjadi stok susu ibu pada ketika kita sudah mula bekerja. Sebagai “back-up” semasa kita dalam fasa hendak menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan setelah bercuti lama dan untuk mengelakkan kita berasa stress kerana memikirkan susu perahan samada cukup atau pun tidak ketika bekerja. Ia juga boleh jadi motivasi buat diri kita untuk terus bersemangat meneruskan penyusuan susu ibu walaupun bekerja. Ketika 2 minggu – 1 bulan ini juga, ajarlah anak untuk mula menggunakan botol susu secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat. Ini dapat mengelakkan bayi keliru dan menolak untuk menggunakan botol susu apabila kita sudah mula bekerja.
5. Rancang masa yang sesuai untuk mengepam
Disebabkan masa kerja yang terhad dan menuntut banyak komitmen, kita mesti merancang masa yang sesuai untuk kita mengepam susu. Seelok-eloknya rancang masa yang tetap untuk setiap sesi mengepam susu. Sbg cth datang ke pejabat 30 minit awal dan mula mengepam susu pada pukul 8 pagi, sebelum rakan-rakan pejabat mula masuk kerja.
Pada pukul 10 pagi,rest sebentar,buat kerja-kerja yang memerlukan kita duduk di depan PC(. Masa inilah kita buat kerja sambil mengepam susu. 2 dalam 1. tiada masalah bagi yg menggunakan pam elektrik. Cuma kena alert je supaya susu tak melimpah keluar.
Kemudian, sambung kerja semula dan kembali untuk mengepam pada pukul 1 tengahari, iaitu sewaktu masa rehat. Sebelum balik kerja, pada pkl 4 ptg,pam sekali lagi. cukuplah 4 kali mengepam kerana tuntutan kerja tidak boleh dielakkan. Balik dari kerja, terus menyusukan anak secara direct. Kita cuba konsisten mengepam pada waktu-waktu ini.
Mengapa? konsisten mengepam pada waktu yang sama adalah sangat penting. Ini berkaitan dengan konsep demand vs supply. Apabila kita konsisten mengepam pada masa yang sama setiap hari, tubuh akan menghantar isyarat bahawa masa itu, akan ada permintaan untuk susu. Secara automatik susu akan terhasil dan tersedia untuk dikeluarkan.
6. Rancang tempat yang sesuai untuk mengepam
Tempat juga memainkan peranan penting. Saya dahulu risau juga nak pam dimana. Sy dulu pam di surau sbb officemate ramai bangsa asing dan sy rs xselesa. Alhamdulillah apabila disurau keadaan tenang dan rakan lain pon faham dan menyokong sebab ramai2 ibu2 yg tmpt Kerja saya. Yang penting tutup segalanya, aurat tetap saya jaga.
7. Percaya “Saya Boleh..!!”
Mind set dalam diri adalah perkara paling penting sebenarnya. Sentiasalah berkata dan berfikir yang baik-baik dan yang positif kepada diri sendiri bahawa “saya boleh berikan yang terbaik kepada anak saya dengan memberikan susu ibu sepenuhnya walau apa jua halangan dan cabaran”. Penyusuan susu ibu bukan terhad untuk ibu-ibu surirumah sepenuh masa sahaja, atau ibu-ibu yang berduit atau ibu-ibu yang hanya dekat dengan anak… tetapi penyusuan susu ibu adalah untuk semua ibu. Pilihan itu di tangan kita. kita yang tentukan. Katakan kepada diri sendiri “ Saya Boleh..!!”
Dah tahu kan rahsianya untuk kita, ibu bekerja ni terus menyusukan si manja kita walaupun kita bekerja. Bagi yang sedang mengandung dan sedang dalam pantang tu, boleh lah mula mempraktikkan tips-tips di atas. Yang sudah mula bekerja juga masih belum terlewat untuk anda memulakan misi penyusuan susu ibu secara eksklusif ini.
Saya doakan anda berjaya. Amin..
Sunday, March 26, 2017
Asid Folic untuk lelaki
Assalammualaikum korang..
Lately kan ramai je yg mkn supplement di kalangan perempuan. Ye gais . Perempuan... lelaki bukan xde tapi 1 nisbah 200.. hehehe... sis xpasti sebab utama.. antara alasan depa.. lupa la.. perlu ke.. mcm xperlu je.. huhu.. meh sini sis nk bgtw supplement utk lelaki juga.
Asid Folic.
Hahaha.. mesti tekejut kan kan.. ad yg kate ape sis ni.. asid folic kan utk wanita mengandung.. utk baby dlm perot bia xd mslh saraf or sakit spina bifida kan kan.. ya betul3... tapi... sape yg ckp utk perempuan saje ye asid folic ni.. ish2.. mitos2...
Korang kene faham ni.. asid folic boleh je lelaki amalkan sbb ia merupakan sbhgian dr vit yg diperlukan bdn kita. Ia penting dan sngt penting dlm mmbntu tubuh mnghsilkan sel2 deh merah yg baru. Dan lg..sel drh merah ni la yg duk angkut oksigen dari paru2 ke seluruh bdn korang.. bkn org pompuan je yg nk sel drh merah ni.. laki pon nk oksigen kan.. heh3..
Tanpa sel2 darah merah ni korang mungkin akan rs cepat penat bile buat keje.. mengah bile jalan jauh.. cepat ngntuk dan lesu x bertenaga.. ha check cpt ad x simptom tu.. klw ad blh la pI beli asid folic cpt..huhu..
Lagi 1korang kne amalkan asid folic ni utk membantu bdn mencegah penyakit kanser kolon..strok dan penyakit jantung.
Part ni bg laki sngt utama.. asid folic penting gais utk kesuburan lelaki terutama yg ad mslh kualiti sperma yg rendah. Perlu ye amalkan asid folic bg perbaiki kualiti sperma ittew.. huhu..
Namun begitu, bg org yg sihat sumber asid folic blh d dpti dr mknn harian terutama sayur dan buah2an.. tapi klw nk ambk dlm bentuk supplement pon xd mslh sbb setiap dos dlm pil tu adalah selamat.
Sis jual B Complex dengan Asid Folic. Berbaloi.. dpt 2 dlm 1.. vitamin B lengkap dapat..Asid Folic pon dpt..
SEBOTOL RM53.00 (120BIJI)POSTAGE SM RM8 SS11
CMNE NK CONTACT SIS. WHATSAPP SAJA 0192785383
Selamat bervitamin gais.. sis pilih Shaklee sbb di uji secara klinikal dan ujian dibuat ke atas manusia ye bkn haiwan.. sis percaya dan in shaa Allah berkesan.
Sunday, January 15, 2017
ANAK KENA SAWAN PART II

kalini sis sambung cerita anak sis yg sebelum ni sis cerita pasal mungkin terkena sawan.
korang taw x elok je semalam sis cerita yg anak sis nampak mcm ok kan, ptg tu dan² tu jgk kan tetibe die dh xdela nk tido je. cuma nye perubahan paling mendadak adalah dia punya baran nauzubillahiminzalik.. semua serba xkena. bapaknya kacau sikit je mule la angin dia menjerit sane sini sampai sis sakit kepala. sis tahan jela sbb sis sendiri xtaw ape punca kan. lepas tu sis bawak masuk bilik nyusukan.. lepas tu elok plak die ckp ngn sis "ibu jom jalan" haish.. tadi awak dah ngamok2 marah semua org lepas tu mcm xd pape jadi ajak jalan. ok sis ckp pegi tanye walid. dia pon ajak la bpknye g jalan. sis pesan xpyh g jauh2 la pegi dekat2 sini je.
ANTIMARKET
Sis pegi market dekat dgn tmpt sis ptg tu. memula dia nmpk ok je. masuk je market terus die nk melulu kat satu tempat tu. sis dgn suami ckp nnt la balik nye singgah.. oh tidak dia xboleh terime terus jerit2 situ.. semua org pandang taw. Allah kenape la anak sis ni gais. lepas tu sis dgn suami pon ikotkan je pegi tmpt yg dia nak. rupenye nk main kereta yg gune token tu. sis lynkan jela dgn suami. hbs je lagu tu suami sis ajak turun dia pon ikot je. dan2 nk bawak masuk market die suh tolak trolli g tempat lain lagi.. haish.. kalini suami sis terus dukung dia masuk market. kat dalam market tu sepanjang2 tu die menjerit2 taw.. aduh sis buntu dah kenapa dgn dia.. selalu dia paling xcited kalw masuk market ke mane2 yg nmnye jalan2. suami sis ckp dgn sis nk teruskan beli brg ke.. sis ckp xde mood la kite balik la jom.
PEGI DEDEPAN.
dalam kereta sis terus susukan dan dia kembali normal plak. tp bile belok je masuk kawasan rumah sis dia strt mengamok lg ckp nak pegi depan(rumah mak ngah dia). alamaaakkk.. sis kembali pening kepala.. menjerit2 dalam kereta suruh g depan. sis pon suruh suami sis masuk rumah ambik bj dia nk bawak g umah akak sis. sampai sane akk sis pulak xde kat rumah. dia pegi rumah along sis pula. sebelum tu sis jumpekan la dgn bapak sedara sis. sis ngadu la kat bpk sedare sis yg anak sis ni mcm ni mcm tu pulak. dia janji nk buatkan air penawar utk anak sis. lepas tu dia sarankan sis utk pegi berubat dekat rumah besan dia sebab takot la anak sis ni kena ape2 ke sampai berubah 360 darjah. so sis pon talifon la anak besan bapak sedara sis yg merupakan kawan sis. petang tu lepas asar kitorg pon pegila jumpa org tu.
ADA YANG IKOT.
Sampai je sane sis pon jumpe dgn org tu yg sis panggil wak. sis ckp la anak sis ni jadi rewel. lepas tu dia ckp sis bawak air x. alamak yela lupe xbawak air pon n xtaw pon sebenanye. hehee.. so kelua balik kami laki bini pegi carik air mineral btl besar. huhu.. dah lepas tu sis jumpe balik dgn org tu. dia tnye lg ank sis kenape. eh wak ni dah 2x ni jawab. anak sis rewel dan sis pon cerita lg panjang memule anak sis ni nak tido jela lepas tu marah2 pulak bile dh xtido2.. dia mintak sis tulis nama anak sis berbintikan nama sis iaitu ibu dia. sis tawakal la ikot je tulis. berharap dengan nama ALLAH je utk penyembuhan anak sis.dia pon bawak air dgn nm anak sis tu masuk bilik rahsia dia kat dalam. dalam 5 minit mcm tu dia kelua. sis tanye kenape wak. dia senyum je ckp ala budak.. bukan kene sawan la dia bgtaw..lepas tu dia sengih lagi tnye ade pegi mane2 ke?? erkk.. dalam hati tu jawab mmg la pegi mane2 kedepak kedapo kebelakang kekedai. byk tempat la sis pegi.. tetibe sis teringt dalam minggu ni sis ade pegi pasar malam dengan anak dan suami sis naik moto. time tu dah pukul 6 lebih dan balik nye dh nk magrib.. dangg!!!! terus dia senyum ckp budak2 jgn bwk keluar magrib. klw nk kelua lepaskan magrib. ni ade yg ikot la. dia ade sebut nama benda tu tapi sis xdpt tangkap ape name benda tu. so sis tergamam sangt. no wonder mase tu sis mcm xsedap hati ms g pasar tu dan sisi ckp kat kakak sis yg meniaga kat situ sis nak balik la dah nk magrib ni ak naik moto plak. dalam ms atas moto tu sis kumat kamit mulut sis baca ayat kursi mungkin sis xckup power orgnye.. hehehee.. benda tu ikot anak sis balik. haish.. ptt malam tu anak sis demam balik dan pelik cume tgn dan kaki je sejuk ngat ngat. esok nye tu yg dia tido je. bygkan la anak yg cerewet byk perangai tetibe kaki tido. dan xpasal menjerit mengamok2. sis menangis taw sedih dan rindu anak sis yg dulu. so nk jadikan cerita balik dari jmpe wak tu sis terus bg anak sis minum air tu dengan izin Allah semoga ank sis sembuh. sis usapkan air tu kt muka dia. mlm tu sis xberlengah dan anak sis pulak ngamok xnak mandi dan lepas kne paksa mandi die mengamok2 dan lepas tu nk mntk babam(tido). sis susukan dan dia tido. sis cepat2 mandi dan sis terus baca surah yaasin dekat dengan anak sis. sungguh2 mintak dgn ALLAH utk sembuhkan anak sis.. sis mintak suami pon bc skali.
SELERA MAKAN DAN MAIN
Malam tu nmpk anak sis nk makan even susa nk suap mula2.. dia makan ns yg sis bg.dan lepas tu dia ajak main masak2. sis teruja sngt dan dia kembali normal. sis bukak video dia masa kecik dan video2 dia. nmpk dia kembai ceria dan ajak bercerita. Sis rs bersyukur dengan perubahan positive anak sis dan harap dia ceria mcm selalu. sumpah sis rindu nk bergaduh dan berborak2 panjang dgn dia walaupon kdg sis xpaham.. hehehee..
moral of the story korang hargailah waktu anak korang nk membesar. biarkan dia bermain dan membebel. once dh besar korang sunyi nnt. dan jgn sesekali bawak anak korang keluar rumah bile dah nk magrib. mmg korang rs mcm ala kuno. tp kalau dah kena mcm anak sis.. jgn ckp sis xtego. dan lagi satu.. bile berjalan kat tempat2 baru or mane2 la. jgn tego bile nampak or bau yg aneh. mulut jg skit.. hehehe.. ok la terima kasih kerana membaca dan semoga korang semua berada dalam lindungan Allah selalu.. AAMIIN.. doakan juga utk keluarga sis ye.. :)
#sebarkancinta

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP
EMAIL : norliyanakhai@gmail.com
Saturday, January 14, 2017
ANAK TERKENA SAWAN

Lame kan sis xhapdet blog. ceh pdhl sis mmg malas kan.. sis nk kongsi harini kisah sis jaga zahirah demam.
ANGGAP DEMAM BIASA.
Isnin lepas 9/1/2017 zahirah demam. sis ingt demam sbb die jatuh malam nye tu masa main2 dgn anak² kakak.. yela sis ingt die demam tekejut jela kan. dia nangis cm bese jela . then dh baik smbung main. xpasal esok nye demam.. tp sis ingt xd ape lg sbb die demam pon aktif lg main. 2 hari die demam dan sis rs elok la bawak g klinik. so selasa tu sis pegi klinik bawak anak sis. doktor pn ckp anak sis ok xde pape masalah sbb dia nak mkn n aktif mcm biasa. tp mlm tu bdn dia panas lg dan sis pon bgla ubat bontot tu kat anak sis.. lepas tu anak sis strt la merengek mlm tu. n bdn dia panas sngt. sis pon gelabah la dan sis tuam2 bdn dgn kain basah.
START TIDO
pagi nye bdn anak sis dh xpanas. so sis lega la.. tp ingt lega teruih rupenye x jugak. siang tu sis perasan anak sis asyik merengek ckp nk babam(tido). sis pon bgla susu mcm biasa. kejap je nyusu terus tido. lepas tu bgun2 nyusu lg sambung la tido. smpai la hari kedua. sis takot taw.. sis pon bawak la g berurut kt rumah bpk sedara sis. time bawak tu pon anak sis masih tido. selalu bile bawak jalan die akn syok dan xkan tido. ni asyik merengek then bg susu tido. bile bpk sedara sis urut meraung2 la dia plak. berpeluh sume kelua. bpk sedara sis ckp dah bawak g umah sepupu sis yg ngndung lom mntk mandikan. alah sis pelik la dh knp nk dia mandikan plak. bpk sedara sis ckp mungkin rindu org dalam.
SEPUPU MANDIKAN
so esok nya sis msj la sepupu sis tnye ad kat rumah x sis nk mntk tlg mandikan anak sis. lepas tu dia pon on je. So ptg tu sis bawak g sane suh mandikan. dia ngis plak bile mandikan. slalu org mandikan die syok kemain main air. haish.. sis tawakal je taw. lepas tu sis bawak balik umah. aduh masih tido lg.. mungkin masih awal sis jangka la.. ada jugak la yg ckp ank sis kene sawan pengantin la sawan mayat la.. ala sis redha je taw.
AYAT RUQYAH.
ptg lepas balik tu sis buntu taw anak sis tido je. sis nangis la sbb slalu mesti berperang bergaduh mulut dgn dia. dia jerit2 panggil ibu. tgk keletah dia buat sis x stress bile stress.. hehhe.. So sis tnye kwn sis die suh bkk ayat ruqyah. sis pon bkk la ayat ruqyah. takot jgk sis klw pape jd tp Allah sebaik² tempat mengadu. sis sembayang mntk ALLAH sembuh kan anak sis. Lepas tu sis ambik air dalam cawan sis tawakal baca ayat kursi 3x dan 3qul 3x sis tiup dalam air tu pakse anak sis bangun. die ngis2 la kene pakse. sis suh mnum die xnak. sis sapu kan satu badan dia. harap ALLAH sembuhkan.
NAMPAK AKTIF
Malam tu sis tengok ada skit perubahan dengan Kuasa ALLAH, even xmacam selalu tp nampak dia nak senyum makan sengih marah2 bpknye.. heheehe.. lepas tu suami sis bawak la pegi beli Domino.. hhahahaa..tp sis sentiasa On kan Ayat Alquran je kat rumah .Harini pon sis tgk ade la kurang skit die tido even bangun tido dekat pkul 11. still sis berharap ALLAH maha penyembuh akan sembuhkan anak sis.
Mohon pembaca doakan anak sis Norzahirah kembali sembuh dan ceria mcm selalu. Sekarang ni dia tgh tido dan mmg masa ia sihat pon sekarang rutin dia tido. terima kasih la sudi baca luahan hati sis dan pada yg mendoakan anak sis.. sis ucapkan Hanya Allah mampu membalas jasa kalian. terima kasih in advance.
moral of the story sentiasa berharap Allah yg menyembuhkan segala penyakit. Bukan manusia. kita hanya merancang tapi bukan kita yg menentukan. ♥

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP
EMAIL : norliyanakhai@gmail.com
Wednesday, January 11, 2017
KEMBALIKAN PAYUDARA KEPADA BENTUK ASAL. 5 SENAMAN MUDAH UNTUK WANITA.

- Senaman ini membantu bentuk otot di pada tapak payudara anda, iaitu otot pektoral.
- Saiz tidaklah membesar sampai ala-ala Pamela Anderson.
- Pembentukan otot pectoral juga bantu menegangkan payudara dan dengan itu memberi ilusi payudara yang lebih besar.
1. Chest Press
Kalau di rumah sekalipun, anda boleh lakukan push up (variasi lengan keluar atau lengan di sisi badan).
2. Push Up Pectoral atau Plank
3. Dumbbell Pullover
4. Pec Deck Flyes
5. Dips Bench atau Kerusi
..Pastikan siku anda keluar dari sisi badan. Berhenti apabila siku anda capai dalam 90 darjah…

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP
EMAIL : norliyanakhai@gmail.com
BAHANA TAHAN KENCING,PUNCA KERAP KENCING PADA WAKTU MALAM.

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP
EMAIL : norliyanakhai@gmail.com
TIPS BANYAKKAN SUSU IBU – TEKNIK POWER PUMPING
Assalammualaikum.. dearest Mommy.. Susu mulai merudum memang akan memeningkan kepala sebagai ibu yang menyusukan. Teriakan anak menangi...

-
assalammualaikum... harini ak nk mengajo pulak.. ak bengang ngn wak nih (bf ak kot)... yela asyik tgk die menaip ade kuasa² kat perkataan ...
-
Assalammualaikum... tinggal lagi beberape jam dari aku update blog ni, aku genap 25 tahun.. so nak buat sikit GA. Caranya...
-
Assalammualaikum Hi semua, Harini sis nk cerita pasal Collagen Plus Powder Shaklee dan kaitannya dengan kesihatan kulit kita semua, 1st of...