A Positive Attitude Will Lead to Positive Outcomes

Saturday, December 6, 2014

BUKTI VITAMIN C UNTUK KECANTIKAN




ASSALAMMUALAIKUM..

HARINI X NAK CKP BYK² CUMA NAK SHAREKAN TESTIMONI PNGGUNA TEGAR VITAMIN C.
SO XRUGI MENCUBA KAN :) 







LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP 
 EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

 

Wednesday, December 3, 2014

Gabungan vitamin untuk kulit - UTUSAN ONLINE




Soalan:
 Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit. Bagaimana pula dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink yang seringkali digabungkan bersama?
Jawapan
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.
Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.
Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.
Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:
"Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.
"Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif.
"Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.
Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.
Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.
Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.
Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.


CREDIT : UTUSAN ONLINE

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Tuesday, December 2, 2014

VITAMIN C VS VITAMIN E

PENGENALAN VITAMIN C DAN E KEPADA KULIT DAN KESIHATAN TUBUH BADAN



 



VITAMIN C SUSTAINED RELEASE


Manfaat Vitamin C untuk Kulit
  • Mencerahkan kulit, membuat kulit sihat dan bercahaya
  • Memperbaiki tekstur kulit yang kusam dan pucat
  • Melindungi kulit dari radikal bebas
  • Mengurangkan proses pigmentasi akibat pengaruh UVB
  • Meningkatkan sintetis kolagen
  • Sebagai antioksidan
  • Mengurangkan garis halus dan kedutan pada kulit

Manfaat Vitamin C Bagi KesihatanTubuh

1. Mencegah stroke
Ada banyak bukti bahawa diet tinggi antioksidan yang kaya buah dan sayuran membantu mengurangkan penyakit kardiovaskular. Namun beberapa study penting menunjukkan bahwa mereka dengan pengambilan vitamin C dalam tubuh mereka, risiko untuk menderita stroke (terutama pada wanita) semakin menurun

2. Melawan kanser

Beberapa penelitian menunjukkan bahwa beberapa wanita yang megambil banyak vitamin C dari makanan seperti buah-buahan atau sayur (bukan suplemen), memiliki risiko lebih rendah terkena kanser payudara.

3. Meningkatkan mood

Sejak dulu sudah diketahui bahawa kekurangan vitamin C dapat menyebabkan perubahan psikologis. Belum lama ini, peneliti dari McGill University menunjukkan bahawa pemberian suplemen vitamin C (500 mg dua kali sehari) bagi pesakit mental yang kekurangan vitamin C, secara signifikan membantu meningkatkan mood mereka

4. Mengubati infeksi vagina (BV)

Infeksi vagina merupakan penyebab paling umum dari keputihan dan biasanya menimbulkan bau tidak sedap, yang mempengaruhi hingga 30 persen wanita hamil dan sepersepuluh wanita yang tidak hamil. Dua studi terbaru menunjukkan bahwa pemberian vitamin C tablet untuk vagina (250 mg selama enam hari) dapat mengubati bacterial vaginosis (BV) dengan cara menurunkan pH vagina .

5. Memperbaiki kulit

Vitamin C adalah antioksidan yang paling banyak diperlukan kulit, di mana ia membantu meneutralkan radikal bebas yang menumpuk akibat  sinar matahari dan usia. "Pemberian vitamin C yang dikombinasi dengan bahan lain, memperbaiki beberapa tanda-tanda penuaan termasuk garis-garis halus, pigmentasi tidak merata, warna kulit dan tekstur," kata Dr Mariusz Sapijaszko, direktur medis dari Youthful Image Cosmetic Surgery Clinic dan seorang profesor dermatologi di University of Alberta.

180biji(6bulan) RM 92.50






Vitamin E Complex

Mengapa perlu memilih sumber asli? Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudian hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

VITAMIN E juga bertindak sebagai
  • Awet muda
  • Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, rawatan PMS
  • Mengurangkan parut dan masalah kesan jerawat berlubang
  • Meningkatkan kesuburan untuk lelaki & juga wanita
  • Kulit dan rambut sihat, cantik & lebat
  • Merawat masalah keintiman
  • Merawat masalah seksual lelaki
  • Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker semulajadi
And yg best vitamin e ni dah ditambah dgn GRAPE SEED EXTRACT yg menambahkan lagi khasiatnya dan tahap powernya berbanding yg dulu






  Kebaikan kesihatan grape seed extract
  • Menyingkirkan radikal bebas
  • Mengurangkan radang (inflammatory)
  • Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
  • Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
  • Mencegah masalah kelenjar prostat
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
  • Membantu fungsi sistem saraf otak
  • Meningkatkan daya pertahanan
MASKER VITAMIN E 

Sebelum tidur

Sapu sebiji vitamin E sebelum tidur..Caranya, vitamin E tu cucuk dgn jarum dan picit perlahan-lahan sampai keluar minyak vitamin E dan sapu keseluruh muka nipis2.
 

atau
 

Pagi
 
Sapu muka dgn plain yogurt dan biarkan selama 5-10min... Memang best..! Atau boleh campur yogurt tu dgn sesudu kecil ESP. Tepek kat muka sampai rasa kulit muka menegang (sampai yogurt tu kering). Besttt sangat masa ni, kalah masker yg kita dok tepek mcm topeng tu... Lepas dah kering tu terus basuh dgn pencuci muka. Memang lembut jer rasa kulit

HARGA RM 149.00

UNTUK PERTANYAAN LANJUT DAN TEMPAHANSMS/WECHAT/WHATSAPP  : 0192785383
LIYANA ID 1030172


Thursday, November 27, 2014

Kontest Teka Gambar VMY2014



ASSALAMMUALAIKUM..


Kontest Teka Gambar VMY2014
Sertai Kontest Teka Gambar VMY2014 Anjuran HASRULHASSAN.COM.
Klik SINI: Kontest Teka Gambar VMY2014




LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP
EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

 

Wednesday, November 26, 2014

TESTIMONI KULIT LICIN DENGAN VITAMIN C



Assalammualaikum..

Yuhu... Harini yana nk share kan KETERUJAAN seorang customer merangkap kawan yana sendiri. Dia br seminggu ms mula² amalkan Vitamin C ni. Terus die msj yana ckp ade perubahan dgn muka dia. sblm ni die ckp da mcm² dia ambik utk baik kan balik kulit muka dia.. Dia ada masalah kulit kusam dan jerawat. Dengan Izin Allah dia serasi dgn Vitamin C shaklee ni dan terus jatuh cinta. Yana pon Happy dapat gembirakan dia :)




Byk kelebihan jika konsisten amalkan vitamin C sustained Release ni.





UTK TEMPAHAN :-

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP 
 EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Monday, November 24, 2014

Kenapa Tiada Basmallah/Bismillah Diawal Surah At Taubah??


 Assalammualaikum..

Jika kita mengamati dan membaca ayat2 dari alquran alkarim sehingga sampai kepada surah At-taubah, kita akan dapati di awal surah At-taubah itu tiada perkataan basmalah/bismillah...ini amat berbeza sekali dengan surah2 yang lain kerana kesemua surah2 didalam mushaf alquran mengandungi basmalah diawalnya kecuali surah At-taubah ini...kenapa dan mengapa keadaan ini berlaku...setiap sesuatu yang datang daripada Allah mesti ada sebab musababnya...sama2 kita teliti apa jawapan yang sebenarnya yang diulas dari ulamak berkenaan masalah ini...

Pendapat di kalangan ulama ahli tafsir tentang sebab-sebab kenapa tidak ada basmalah di awal surah At-taubah, iaitu:

Pendapat Pertama mengatakan bahwa telah menjadi kebiasaan orang orang Arab pada zaman dahulu apabila ada di antara mereka perjanjian tertulis maka mereka menuliskan bismillah...akan tetapi jika ingin membatalkan perjanjian tersebut, mereka menuliskannya tanpa membubuhi atau meletakkan basmallah...Ketika turunnya Surah At-taubah yang menandai tidak berlakunya perjanjian antara Rasulullah dan orang musyrikin, Rasulullah s.a.w. mengutus Ali bin Abi Thalib membacakan surah tersebut dengan tanpa menyertakan basmallah di awalnya...

Kedua, pendapat yang mengatakan bahawa terdapat kesamaan diantara surah At-taubah dengan surah sebelumnya Al-anfal...maka dikatakan bahwa surat At-taubah merupakan kelanjutan dari surah sebelumnya, sehingga tidak ada basmalah di awal surah tersebut. Pendapat ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi...
Ketiga, surah At taubah berdekatan dengan surah Al-baqoroh dan mempunyai kesamaan antara keduanya, maka tidak dituliskan basmalah di awal surah...

Keempat, pendapat yang mengatakan bahwa ketika dilakukan pembaikan mushaf pada zaman khalifah Ustman r.a, terdapat perbezaan pendapat antara para penulis mushaf, apakah surah At-taubah dan Al-anfal merupakan satu surah atau dua surah yang berbeza? Untuk mengambil jalan tengah dari dua pendapat tersebut, maka ditetapkan bahawa surah At-taubah dan Al-anfal adalah dua surah dengan tanpa menuliskan basmallah di awal surat At-taubah...

Kelima, diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas, ketika ditanya oleh Ali bin Abi Thalib kenapa tidak dituliskan basmalah diawal surat Taubah? Beliau menjawab, "bismillahirrahmanirrahim" mempunyai makna keamanan dan perdamaian, dan surah At-taubah turun dalam bayang-bayang pedang ketika berlangsungnya perang Tabuk...dimana tidak ada situasi aman pada saat itu...Basmallah itu sendiri menyiratkan makna rahmat kasih sayang, sedangkan surah At-taubah banyak berisi kecaman dan sanggahan terhadap sikap orang-orang munafiq dan orang kafir, maka tidak ada rahmat bagi mereka...
Ada juga riwayat yang menyatakan bahwa malaikat Jibril tidak menyertakan basmalah ketika menurunkan surah at-Taubah...

Apa yang pasti, pendapat yang banyak diterima adalah pendapat dari yang kelima tersebut...
Wallahu a'lam...

credit to :- TERATAK ILMIAH

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

KESAN KEKURANGAN OMEGA-3 PADA TUBUH



ASSALAMMUALAIKUM.. 

Omega-3 sebenarnya adalah asid lemak perlu (essential fatty acid) yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ia perlu didapatkan dari pemakanan atau suplemen!

Tahukah anda bahawa  lebih 90% populasi manusia tidak mengambil asid lemak baik ini secara mencukupi!

Kekurangan pengambilan Omega-3 akan membawa masalah terutama masalah kesihatan memandangkan Omega-3 memainkan peranan penting dalam fungsi otak dan organ dalaman tubuh termasuk jantung.

Kesan kekurangan Omega-3 pada manusia:

Perkembangan otak
Satu daripada komponen penting otak adalah omega 3. Asid lemak ini membentuk struktur yang besar di dalam otak. Jika kekurangan, terutamanya semasa ia sedang pesat berkembang, otak tidak akan berfungsi secara optimum!

Lebih buruk ia boleh menyebabkan gangguan bipolar, ADHD, autisme, malah barangkali juga skizofrenia dan Alzheimer!!!

Janin dalam kandungan yang tidak mendapat omega-3 yang mencukupi daripada ibunya berkemungkinan mengalami masalah penglihatan dan saraf.

Kesihatan jantung
Omega-3 berfungsi menguatkan struktur sel pada organ jantung. Ia juga melancarkan peredaran darah terutamanya aliran keluar masuk dari jantung dengan mengurangkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL.

Jika tidak mendapat Omega-3 yang cukup, arteri akan mengeras, aliran darah menjadi perlahan, dan ini akan menyebabkan tekanan darah tinggi juga serangan jantung!!

Masalah kulit
Kekurangan Omega-3 boleh menyebabkan masalah kulit seperti kulit kasar, liang roma tersumbat, dan jerawat. Ia juga boleh menyebabkan penuaan pramasa seperti kulit berkedut akibat kurang sirkulasi darah dalam tubuh. Wajah yang berseri menunjukkan peredaran darah dalam tubuh lancar!

Alahan
Alahan adalah sensitiviti tubuh terhadap bahan2 tertentu contohnya seperti habuk, makanan, ubat dan sebagainya. Dengan menambah pengambilan Omega-3 dalam diet, masalah alahan dapat dikurangkan.

Alzheimer
Juga dikenali sebagai nyanyuk. DHA iaitu komponen utama dalam minyak ikan adalah asid lemak penting dalam otak dan retina iaitu lebih daripada 30% struktur lipid dalam neuron. Kekurangan DHA boleh menyebabkan depresi, ADHD (hiperaktif), dementia juga autisme.

Asthma
Asthma menyebabkan susah bernafas, semput dan batuk. Ini berlaku akibat penyumbatan saluran pernafasan  dan penghasilan bahan yang dipanggil leukotrienes. Pengambilan Omega-3 dapat mengurangkan pengeluaran bahan tersebut, juga mampu melegakan pernafasan dengan membuang segala bendalir disekitar salur pernafasan.

Masalah berat badan
Kekurangan Omega-3 boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Bagaimana? Ini kerana, apabila kita tidak mendapat Omega-3 yang secukupnya, lemak dan minyak yang kita makan tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Lemak tersebut tidak digunakan untuk ditukar kepada tenaga sebaliknya ia melekat pada salur darah malah lebih teruk disekitar organ penting seperti jantung dan hati. Ini punca masalah utama penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Sakit sendi
Apabila usia meningkat atau juga apabila berat badan meningkat, fungsi sendi semakin lemah kerana bendalir penyambung antara sendi semakin berkurang. Mereka yang mempunyai berat berlebihan sering mengadu sakit sendi kerana berat berat badan menyebabkan tekanan ke atas sendi. Omega-3 berfungsi mencegah radang sendi dan melincirkan pergerakan antara sendi. Omega-3 juga membantu menambah kepadatan jisim tulang.

Autisme
Kajian mendapati ibu mengandung yang mengambil suplemen Omega-3 semasa hamil kurang berisiko mendapat anak autisme kerana kandungan DHA yang tinggi. Ia juga mampu meningkatkan tumpuan dan memori anak2 autisme juga pengidap sindrom hiperaktif (ADHD).

Simptom kekurangan Omega-3 yang lain
· kelesuan
· lemah ingatan
· kulit kering
· tekanan dan perubahan mood (mood swing)
· peredaran darah perlahan
·  masalah jantung
·  diabetes
Sumber utama omega-3 ialah ikan seperti salmon, mackerel, halibut, anchovies, sardin, tuna dan hering. Dalam tumbuhan, Omega-3 terdapat pada flaxseed oil, minyak canola, soya, biji labu, walnut dan beberapa jenis kekacang.

Haaa tengoklah banyaknye kesan jika kita tak cukup Omega-3 dalam makanan kita.. Cek2 tengok sekarang ni pun dh ada tanda2nya kan? Lagi buruk, ia boleh sebabkan kanser! Nauzubillah..

Cukupkan keperluan nutrisi harian kita..Mudah saja jika kita tahu caranya.. ;)




LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU – TEKNIK POWER PUMPING

Assalammualaikum.. dearest Mommy.. Susu mulai merudum memang akan memeningkan kepala sebagai ibu yang menyusukan. Teriakan anak menangi...