A Positive Attitude Will Lead to Positive Outcomes

Wednesday, December 2, 2020

Collagen Plus Powder Shaklee untuk Kesihatan



Assalammualaikum Hi semua,

Harini sis nk cerita pasal Collagen Plus Powder Shaklee dan kaitannya dengan kesihatan kulit kita semua,
1st of all, sis baru je amalkan bulan november aritu. Tujuan sis makan collagen plus ni sebab sis ckp kat husband yg lutut sis sakit bila nk duduk antara dua sujud.. Rasa mcm perit sangat.. ni real case ye.. bukak sis buat2 cerita taw dan bukan utk tujuan menjual semata.. Hanya nk share dgn korang penangan collagen ni je. 

Ok teruskan ye. sis start makan collagen ni 14hb november. Harini dah 2 december kan.. lebih kurang 19 hari penggunaan (2minggu). Sis xamalkan hari2 ye.. sis selang seli sehari ..so akan jimat utk sebulan lah sbb 1 kotak ade 15 sachet.. hehehe.. ok lepas seminggu tu sis perasan sakit kat bhgian lutut tu ade kurang sikit. xdela mcm mula2 dlu.. gais.. nk bersila pon sakit okey.. skrg slumber blh bersila.. 

Collagen Plus Powder
Collagen Plus Powder Shaklee

Berbalik pada kelebihan collagen plus powder shaklee ni, ia mengandungi :-
  • 4,000mg Kolagen proprietari RSS (Sisik Ikan Merah)  iaitu kolagen unggul yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak dari sisik ikan merah laut dalam.
  • Collagen Plus Powder Shaklee sangat rendah molekulnya iaitu 1000 Dalton bagi memastikan penyerapan sempurna oleh tubuh.

Selain daripada itu, kita kene faham yg Kolagen adalah struktur protien yang paling banyak terdapat dalam tubuh badan kita. Kolagen adalah tisu penyambung yang membantu mengekalkan kekuatkan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah. 

Ringkasnya kolagen sangat penting untuk kesihatan tubuh badan kita dan ia bukan hanya untuk kecantikan semata.

Ok jom saksikan video ringkas sis unboxing set super immune booster(collagen plus powder + Vitamin C Plus) DI SINI

👈click for order 




Saturday, August 25, 2018

6 SEBAB KENAPA MINYAK IKAN JENAMA INI YANG TERBAIK UNTUK ANDA.







Asid lemak Omega-3 adalah lemak yang sihat atau ‘baik’ yang diperlukan untuk menyokong fungsi normal tubuh. Omega-3 telah dikaji secara meluas berkenaan manfaatnya terhadap tubuh badan seperti KESIHATAN JANTUNG,FUNGSI OTAK,KESIHATAN SENDI, dan KEHAMILAN.


Selain dari itu, Omega-3 juga didapati dapat menyokong kesihatan kulit, membantu penurunan berat badan, meningkatkan sistem imun dan mengawal atur pengeluaran dan fungsi hormon. Walaupun Omega-3 mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan, ia adalah nutrien yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Oleh itu,pengambilan supplemen Omega-3 adalah penting. Orang yang sihat memerlukan kira-kira 1,000-2,000 mg minyak ikan sehari.

Tidak semua minyak ikan adalah sama. Cari syarikat yang boleh anda percayai, dan mempunyai sejarah pengeluaran produk yang berkualiti.

Shaklee adalah pilihan tepat untuk mendapatkan produk minyak ikan terbaik anda.

6 Sebab mengapa perlu pilih Shaklee 6 OMEGA GUARD.


  1. Penyulingan Molekul Tiga peringkat untuk ketulenan dan kepekatan. Proses proprietari ini, memekatkan omega3, dan menyingkirkan komponen berbahaya seperti raksa, plumbum, arsenik, kadmium, dioxins dan lain-lain bahan cemar.
  2. Kualiti terjamin. Omega Guard Shaklee adalah dari Minyak ikan bergred Farmaseutikal.
  3. Mempunyai DHA dan EPA yang tinggi. Menurut kajian, satu sajian memberikan 999mg asid lemak omega 3 (546mg EPA, 360mg DHA.
  4. Mengandungi 7 spektrum lengkap asid lemak omega tulen yang terhasil secara semulajadi seperti EPA, DHA & banyak lagi.
  5. Bau dan rasa kesan hanyir yang minimum.
  6. Diiktiraf oleh Friend of the Sea®. Ianya untuk memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tanpa menjejaskan alam sekitar. 


Berikutan saranan untuk mengambil 2-3 hidangan ikan seminggu - terutamanya ikan laut dalam, ianya adalah saranan yang baik untuk memastikan pengambilan EPA / DHA yang mencukupi. Walaubagaimanapun, tidak semua orang makan ikan secara kerap. 

Terdapat juga banyak kebimbangan mengenai risiko pencemaran yang terdapat dalam ikan biasa. Persoalan yang sering berlegar di fikiran adalah adakah manfaat kesihatan daripada pengambilan ikan adalah lebih penting daripada risiko mengambil ikan yang mengandungi merkuri, plumbum atau toksin lain. 

Dengan kebimbangan ini, banyak orang beralih kepada suplemen minyak ikan sebagai jalan penyelesaian. Apabila minyak ikan diproses dengan betul, bahan pencemar boleh disingkirkan atau dikurangkan ke tahap di mana ianya tidak seharusnya menimbulkan risiko.

 

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP
EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Tuesday, August 21, 2018

JOM SAHUT CABARAN SIHAT. KENAPA VITAMIN INI MENJADI REBUTAN?

Assalammualaikum semua. 

Salam Aidiladha utk semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga Kita semua sentiasa berada dalam lindungan da keberkatan Illahi.

Ok malam ni sis nak bincangkan cabaran hidup sihat yang perlu awak saya kamu dan kita semua sepatutnya amalkan.

Siapa pon antara kita tak nak sakit dan tak nak berhabis berpuluh2 ribu wang ringgit utk sesuatu yg di nama kan kesihatan. oleh yg demikian, sebagai seorang manusia normal kaedahnya, banyak amalan kesihatan yg kita harus amalkan dari awal lagi. Bukan nk tunggu badan dah start rasa sakit baru nk amalkan ye. 

JOM kita check amalan gaya hidup sihat versi SHAKLEE.

Shaklee adalah penyokong tegar gaya hidup sihat, termasuk pilihan makanan yang sihat, suplemen yang bijak, dan senaman yang kerap - selama lebih 60 tahun!

1. MAKANAN SECARA SIHAT




Pelan pemakanan sihat anda termasuklah pilihan menyihatkan yang menekankan kepada pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijian penuh, dan produk susu bebas-lemak atau rendah-lemak.

2. BERSENAM DAN CAPAI BERAT YANG SIHAT





Jadikan aktiviti fizikal yang kerap dan teratur sebagai komponen utama program pengurusan kesihatan anda untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh dan mengurangkan risiko penyakit kronik.Contoh mcm sis suke berzumba, main badminton, jogging, karaoke.Heehe..sekali sekala release tension dengan karaoke xpe..jgn selalu.. nanti hujan, banjir..susah karang..hehe (gurau gurau)

3. SUPLEMEN SECARA BIJAK



Ini yg terakhir dan biasanya yg paling kontroversi. hehe. Sebelum kita nk makan vitamin, kene kaji dulu keperluan dalam badan. Ambik vitamin jangan semberono ye. Lagi 1, jgn amalkan hendak membeli vitamin yg sangat murah dari online shopping (s&%^%ee,l4z^&a), tetapi mintak consultansi dari SID lain. X elok tu akak2 dan adik2.. Sebab tu perlu kenal siapa SID anda. 
OK, keutaman pada yg ingin memakan vitamin. Anda harus tahu :-


  1. Suplemen multivitamin/mineral yang komprehensif dan seimbang dengan sekurang-kurangnya 450mg kalsium dan vitamin D adalah memadai dan munasabah.
  2. Pastikan anda mengambil protein yang mencukupi setiap hari; ia adalah bahan pembina tubuh paling asas, untuk mengekalkan tenaga dan kulit yang sihat.
  3. Cuba tingkatkan pengambilan asid lemak omega 3, EPA dan DHA, yang dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit kardiovaskular serta memperbaiki tindak balas metabolik dan keradangan.
  4. Nutrien anti oksidan membantu melindungi sel-sel tubuh daripada penuaan, jadi pastikan anda mempertimbangkan anti oksidan seperti vitamin C dan E, serta beta karotena.
  5. Pastikan pengambilan vitamin B kritikal termasuk asid folik, vitamin B6 dan B12, untuk membantu melindungi DNA dan menyokong penuaan yang sihat.
  6. Akhir sekali, dapatkan nutrisi probiotik untuk menyokong penghadaman yang sihat dan fungsi imun.

Jelas semua.?? ok jgn lupa dapatkan vitamin anda hari ini. Untuk segala pertanyaan, sila Whatsapp sis. Talian di buka mmg 24jam tetapi klw msj sis 3.00am, jgn mrh klw sis reply pkul 7.00am ye.. hehehe..

 

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 

SMS/WHATSAPP
EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Thursday, January 11, 2018

8 JANUARY 2018 SIS BERMULA SBG PEKERJA LAGI


11 January 2018

Assalammualaikum wbt
harini bermula hari yg ke 4 sis bekerja lagi.. hehhee
lama ambik mood nk set up diri utk bekerja balik ni.
xmudah dan juga xsukar. segala nya bergantung pada kita sendiri kan. kalau susah pd kita, susahla hasilnya
kalau mudah kata kita, in shaa allah mudah la jalan nya.

x banyak nk kongsi. sekadar memenuhkan entry saja. harap lepas la rindu kengkorang dgn sis kan. heeh
chau.. nk sambung explore kerje lagi.. masih blur dan masih kabur lagi harini.
assalammualaikum.

 

LIYANA | SID 1030172 | 0192785383 SMS/WECHAT/WHATSAPP
EMAIL : norliyanakhai@gmail.com

Saturday, May 13, 2017

7 Perkara Suami ‘Macho’ Akan Buat Untuk Isteri Yang Menyusu Badan

Assalammualaikum.. Kalini sis nk share tentang tugas suami dlm membantu isteri dlm menjayakan proses penyusuan si kecil.  Bukan suami xperlu ambik kisah ye psl ini.  Jgn jdkan alasan "aku xde susu mcm mn nk tlg isteri aku jg anak" itu semua alasan basi yg sis dengar dan sis rs dah lapuk.
Siapa kata suami tak boleh tolong isteri yang menyusu badan? Walaupun payudara itu milik isteri, namun ada pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh suami untuk menyenangkan hati atau meringankan beban isteri. Bahkan, suamilah orang penting untuk isteri mendapat sokongan moral dan fizikal dalam memastikan penghasilan susu yang lancar sehingga melimpah-ruah.
Berikut adalah 7 tugas suami yang dapat membantu melancarkan proses menjayakan penyusuan badan sehingga mampu melengkapkan tempoh 2 tahun penuh.
7 TUGAS SUAMI UNTUK MENJAYAKAN PENYUSUAN BADAN
1. CARI MAKLUMAT TENTANG PENYUSUAN
Sejak sebelum bayi dilahirkan lagi, suami boleh membantu isteri dengan menambahkan pengetahuan tentang penyusuan badan. Jangan ingat kalau isteri yang akan menyusu badan, dia saja yang perlu tahu semuanya.
Apabila anda mengambil berat dan mencari maklumat, secara tidak langsung anda lebih berpengetahuan dan tidak kekok membantu isteri tanpa perlu diminta.
2. DAPATKAN ALATAN PENYUSUAN
Selain membuat persediaan dari segi mental, suami juga boleh membantu isteri untuk mendapatkan alatan penyusuan yang bakal diperlukan seperti pam susu serta keperluan dan aksesori yang diperlukan seperti pakaian khusus untuk menyusu.
Memang nampak macam banyak, tetapi percayalah kesemua keperluan ini amat praktikal dan berguna untuk mereka. Mesti isteri akan lebih bersemangat apabila rasa diri mereka dihargai!
3. GEMBIRAKAN HATI ISTERI
Semasa sedang menyusu badan, hadirkan diri untuk duduk di sebelah isteri. Tatap wajah bayi anda dengan penuh kasih sayang. Inilah juga peluang untuk ‘bonding’ bersama bayi anda yang baru lahir.
Sungguhpun tindakan ini kelihatan remeh, tetapi melalui cara inilah suami akan dapat memahami masalah yang dialami oleh isteri, terutamanya yang bau pertama kali memulakan penyusuan. Nak cari posisi yang sesuai, puting melecet, bengkak susu, semua ini adalah masalah yang boleh menjejaskan kelancaran susu badan. Semestinya kehadiran suami di sisi dapat memberi ketenangan kepada isteri.
4. MEMBANTU BERI SUSU PERAHAN
Tugas suami amat penting semasa membantu memperkenalkan susu perahan buat pertama kali kepada bayi. Dalam tempoh ‘latihan’ tersebut, biasanya bayi akan lebih mudah menerimanya apabila ia diberi oleh ayah berbanding ibu.
Selepas selesai mengepam, antara tugas suami yang boleh dibuat adalah membantu menyimpan stok susu tersebut, mencuci alatan pam, atau sekadar menemaninya, terutamanya pada waktu tengah malam.
5. MENGURUS BAYI
Semasa berpantang, emosi isteri biasanya mudah terjejas kerana mereka masih dalamtempoh penyembuhan. Ada yang masih trauma semasa bersalin, dan kebanyakan mereka mengalami kekurangan tidur akibat menyusu badan pada waktu malam.
Oleh itu, seeloknya suami juga memainkan peranan aktif untuk membantu isteri menguruskan keperluan bayi. Contohnya membantu memandikan mereka, menidurkan mereka, dan menukar lampin. Kalau tak berpeluang buat dengan kerap, sehari sekali pun cukuplah.
6. RINGANKAN KERJA RUMAH
Kadangkala, ibu menyusu tidak cukup masa untuk mengurus hal lain apabila sibuk mengurus anak. Jadi, sebagai suami janganlah pula anda menunjukkan reaksi marah atau‘tension’ apabila nampak rumah bersepah atau bakul baju yang bertimbun.
Sebaliknya, bantulah menguruskan sekadar apa yang anda mampu. Jika tak berkebolehan melakukan tugas yang sukar seperti memasak, buatlah yang mudah seperti mencuci baju, menyapu lantai, atau mengemas rumah.
7. MELAYAN ANAK YANG LEBIH TUA
Jika ada anak-anak yang lebih tua, bantulah menguruskan mereka. Pastikan kerja rumah mereka disiapkan, ajak mereka solat, atau makan bersama-sama.
Setidak-tidaknya, apa salahnya mengajak mereka bermain atau membaca bersama-sama. Tabiat ini dapat membina hubungan dan menggalakkan perkembangan anak-anak.
STRES ANTARA PUNCA SUSU MERUDUM
Sedarkah anda, proses menjayakan penyusuan badan secara ekslusif ini mengorbankan banyak masa dan aktiviti harian dalam kehidupan wanita. Itupun belum termasuk masalah-masalah kesihatan yang mungkin dialami akibat penyusuan badan.
Maka, wajarlah seorang suami memberi sokongan yang sepatutnya kepada isteri yang sedang menyusu badan. Apabila terbeban dengan kerja-kerja rumah, masalah anak dan kesibukan tempat kerja, stres yang dihadapi menyumbangkan kepada punca susu mereka semakin merudum.
Jadi, kalau nak menjayakan penyusuan badan, suami pun perlu ambil berat ya!

Thursday, May 11, 2017

FAKTA DAN AUTA TENTANG BREASTFEEDING

Assalammualaikum

MITOS PENYUSUAN :
Tugas menyusukan bayi bukanlah terlalu sukar tetapi akan menjadi sukar bila ada pelbagai ‘nasihat’ yg mengelirukan para ibu terutama yg baru pertama kali menyandang gelaran ibu… Percaya atau tidak antara tips kejayaan penyusuan adalah bergantung kepada kekuatan mental ibu itu sendiri. Campur tangan org sekeliling kadang kala boleh menyumbang kepada kegagalan menyusukan bayi, bergantung kepada kekuatan mental ibu itu sendiri. Hanya ibu yg memahami kesihatan tubuh badannya dan kemampuan utk memberikan yg terbaik buat si manja. Hanya ibu tahu apa yang diperlukan tubuhnya dan apa yang perlu bagi menyokong keperluan tersebut. Dalam mencari ilmu penyusuan, kita tidak boleh main dengar aje sumber yang tidak sahih. Kadang-kadang, kita boleh pula percaya bulat-bulat apa yang kita dengar walaupun tak tahu kebenarannya, tak pernah alami, mahupun membuat kajian tentangnya. Jadi mari kita tengok rupa-rupanya banyak perkara yang telah di letakkan “negative mind set” oleh orang-orang kita, walhal perkara-perkara tersebut adalah TIDAK BENAR sama sekali.

1. SUSU BADAN TIDAK MENCUKUPI.
Kebanyakan dan ramai wanita tidak mempunyai cukup susu badan. Bukan masalah susu jika bayi lambat naik berat badan atau mengalami pertambahan berat yang sangat perlahan. Bukan sebab susu ibu tidak cukup tetapi kerana bayi TIDAK MENDAPAT SUSU YANG IBU ADA. Sebab utama perkara ini berlaku adalah bayi tidak “latch” atau melekap dengan betul. Pada minggu pertama selepas kelahiran, berat bayi biasanya akan menurun atau kekal sama seperti ketika dilahirkan. Sebab itulah pentingnya ilmu penyusuan, kena banyak mencari info atau belajar dari mereka yang berpengalaman.

2. ADALAH BIASA JIKA SAKIT SEMASA MENYUSU.
Ini Tidak Benar. Meskipun ada sebilangan ibu yang mungkin rasa sedikit bengkak pada peringkat awal, tetapi keadaan ini tidak berlanjutan. Kesakitan pada puting semasa menyusukan bayi adalah disebabkan pelekapan yang tidak sempurna atau lekapan yang salah. Kesakitan mungkin boleh berlaku untuk beberapa hari namun, jika anda masih rasa sakit, adalah tidak normal ianya berlarutan. Ibu boleh rujuk kepada yang pakar untuk selesaikan masalah anda yang mungkin disebabkan oleh mulut bayi yang tidak menghisap puting dan areola dengan betul. Belajarlah untuk membantu bayi menyusu dengan cara yang betul.

3. SUSU TIDAK CUKUP SEMASA 3-4 JAM PERTAMA KELAHIRAN.
Bukan tidak cukup tetapi semasa itu bayi belum pandai melekap dengan betul dan minum susu dengan betul. Maka kemungkinan sedikit sahaja susu yang dapat diminumnya. Pada hari-hari awal selepas kelahiran, keperluan bayi hanya sedikit sesuai dengan saiz perutnya yang masih terlalu kecil (sebesar buah ceri). Apa yang penting ialah, memastikan bayi mendapat susu awal iaitu kolostrum yang kaya dengan zat yang tidak terbanding. Ianya umpamakan cecair emas dan boleh mengenyangkan perut bayi yang masih kecil.

4. BAYI PERLUKAN AIR MASAK TAMBAHAN PADA CUACA PANAS.
Tidak benar sama sekali! Susu ibu mengandungi komposisi zat, nutrient dan kepekatan yang berbeza pada setiap waktu penyusuan. Ia berbeza mengikut cuaca juga di mana kepekatan dan kelikatan susu sentiasa berubah-ubah sesuai dengan keperluan bayi pada setiap ketika, begitu juga ketika cuaca panas mahupun sejuk. Susu ibu mengandungi air yang secukupnya untuk bayi, maka air tambahan adalah TIDAK PERLU. Bahkan bahaya jika berikan air masak pada bayi sebelum berusia 6 bulan.

5. PUTING PERLU DIBASUH SETIAP KALI SELEPAS MENYUSU.
Basuh puting setiap kali selepas menyusu. TIDAK BENAR. Ini tidak boleh disamakan dengan botol susu kerana jika tidak dibasuh dengan betul, ia berupaya mengumpul kuman. Susu ibu melindungi bayi dari jangkitan. Jika dibasuh maka ia boleh menghilangkan minyak pelindung pada puting tersebut.

6. MENYUSU BOTOL LEBIH SENANG DARIPADA MENYUSU BADAN
Siapa kata? Yang jadi susah tu sebab ramai yang tidak mendapat bantuan atau tidak cukup info tentang penyusuan. Bila tiada ilmu di dada maka kita akan jadi mudah berputus asa dan rasa susah. Sebaiknya semasa mengandung lagi carilah ilmu tentang penyusuan. Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan dan penyediaan susu. Tambahan pula, penyusuan susu ibu boleh dilakukan bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia juga tidak melibatkan sebarang kos.

7. SUSU FORMULA KANDUNGANNYA SAMA DENGAN SUSU IBU.
Tidak sama sekali ye. Susu formula tidak mengandungi antibodi, tidak mengandungi enzim, tidak mengandungi sel-sel hidup. Malah, jika diperhatikan susu ibu cuma boleh bertahan selama 1 jam setelah dipanaskan dan harus segera dibuang sekiranya tidak dihabiskan oleh bayi, sedangkan susu formula masih boleh diminum berulang kali sehingga berejam-jam. Ini sudah tentu melibatkan kandungan yang terdapat dalam serbuk susu formula itu sendiri semasa proses pembuatan dan pengilangan di mana terdapatnya elemen untuk memastikan ianya tahan lama dan sesuai untuk ditinkan. Sekali lagi, ia jelas menunjukkan tentang komposisi kandungan dalam susu ibu VS susu formula yg nyata mempunyai sangat banyak perbezaan!

8. BERHENTI MENYUSUKAN JIKA IBU SAKIT.
Berhenti susukan bayi jika bayi menghadapi cirit birit atau muntah. Ye, boleh hentikan makanan lain tapi TERUSKAN MENYUSU. Sebab susu badan adalah terbaik dan boleh melawan jangkitan. Susu ibu sudah cukup menampung keperluan bayi pada ketika ini.

9. IBU KENA MAKAN BANYAK UNTUK DAPATKAN SUSU YANG BANYAK.
Oh tidak sama sekali! Kalau begitu sudah pasti ramai ibu menyusu jadi gemuk:) Makan ikut keperluan sahaja dan bukannya makan fikirkan untuk 2 orang. Amalkan diet sihat dan makan berpada-pada. Inilah jawapan kpd persoalan : Saya menyusukan bayi secara penuh dengan susu badan (fully breastfeed, tetapi kenapa badan makin gemuk, dan berat juga makin naik?” Mengambil jumlah kalori yg melebihi jumlah tenaga. walaupun banyak kalori dibakar tapi jumlah kalori yg di ambil juga sama banyak, malah ia lebih banyak melebihi keperluan..

10. BREAST KECIL = SUSU SIKIT, BREAST BESAR = SUSU BANYAK.
Ini memang MENGARUT! Wanita yang mempunyai PAYUDARA KECIL mempunyai susu yang sedikit berbanding wanita dengan payudara besar. Saiz payudara ditentukan oleh tisu lemak, yang tidak berkaitan dengan penghasilan susu. Penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah serupa tanpa mengira saiz payudara anda.

11. PENYUSUAN SUSU IBU MENYEBABKAN PAYUDARA KENDUR.
Penyusuan susu ibu tidak menyebabkan payudara menjadi kendur. Ianya disebabkan oleh faktor usia dan graviti. Malah, penyusuan susu ibu membantu anda untuk kembali kepada bentuk badan asal lebih cepat dengan membakar lemak yang tersimpan semasa hamil. Ia juga mengeluarkan hormon yang membantu mengecut dan mengembalikan rahim kepada saiz yang asal. Saya bukan pakar penyusuan, apa lagi lactation atau paediatric, saya juga masih belajar melalui pengalaman sendiri, buku-buku penyusuan, bertanya pada doctor dan pencarian maklumat di internet. Saya sekadar berkongsi untuk menambah pengetahuan diri sendiri juga sebagai perkongsian bersama! Jika bukan kita sebagai ibu yang melahirkan ini, terus-terusan berjuang dan  meletakkan keinginan menyusukan bayi sendiri dengan manfaat susu sendiri, siapa lagi??

Semoga ibu2 sentiasa sabar dan teruskan penyusuan tanpa hiraukan cakap2 orang lain.. Kita tahu kita dah buat yg terbaik utk so manja kita.  😊😊

7 Rahsia Kejayaan Penyusuan Susu Ibu Walaupun Bekerja.

Assalammualaikum

Sebagai seorang ibu yang bekerja, memang tidak mudah untuk menjayakan impian kita untuk memberikan susu ibu sepenuhnya kepada bayi kita. Kita perlu bersedia dari segi mental, fizikal dan emosi. Kita juga perlu tahu apa yang kita bakal hadapi setelah kita mula kembali bekerja.

1. Kumpul ilmu tentang penyusuan susu ibu

Kumpul sebyknye ilmu berkaitan penyusuan susu ibu semenjak anak  di dalam kandungan lagi, iaitu semasa  mengandung terutama info berkaitan penyusuan ibu bekerja.baca perkongsian ibu-ibu di group-group Facebook, di Forum dan juga di website-website yang berkaitan mengenai kisah-kisah kejayaan mereka, masalah dan isu yang sering mereka hadapi dan tips-tips dari mereka untuk ibu yang bekerja. Antaranya adalah teknik-teknik mengepam, jadual mengepam susu, cara mengimpan susu perahan dan prinsip asas penyusuan.

2. Membuat pelaburan pam yang bersesuaian dan mengikut kemampuan

Terdapat pelbagai jenis dan brand pam menyusu yang terdapat di pasaran dengan harga yang berbeza-beza. Pilihlah pam menyusu yang kita rasa selesa (cari kedai yang boleh kita cuba, jika ada). Belilah mengikut kemampuan. Ada memilih electric double pump untuk memudahkan  mengepam dan menjimatkan masa mengepam semasa bekerja. kerja dan proses mengepam berjalan serentak tanpa  perlu menghentikan kerja-kerja di pejabat. Jika anda tidak mampu, beli yang jenis manual pun sudah memadai.

3. Membuat pelaburan peralatan dan aksesori penyusuan

Sebagai seorang ibu yang bekerja, kita juga perlu mengambil kira dan mengambil berat tentang peralatan dan aksesori penyusuan seperti  botol penyimpanan, plastik penyimpanan, ice pack dan cooler bag. Pakaian yang sesuai juga dapat membantu dalam memudahkan lagi proses mengepam susu ibu. Sekarang sangat banyak baju yang mesra penyusuan susu ibu.

4. Sediakan stok susu perahan 2 minggu – 1 bulan sebelum mula bekerja.

Mula mengepam dan membuat susu perahan (EBM) seawal 1 bulan sebelum mula bekerja. Ibu mesti mula megepam selewat-lewatnya 2 minggu sebelum mula bekerja. Ia akan menjadi stok susu ibu pada ketika kita sudah mula bekerja. Sebagai “back-up” semasa kita dalam fasa hendak menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan setelah bercuti lama dan untuk mengelakkan kita berasa stress kerana memikirkan susu perahan samada cukup atau pun tidak ketika bekerja. Ia juga boleh jadi motivasi buat diri kita untuk terus bersemangat meneruskan penyusuan susu ibu walaupun bekerja. Ketika 2 minggu – 1 bulan ini juga, ajarlah anak untuk mula menggunakan botol susu secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat. Ini dapat mengelakkan bayi keliru dan menolak untuk menggunakan botol susu apabila kita sudah mula bekerja.

5. Rancang masa yang sesuai untuk mengepam

Disebabkan masa kerja yang terhad dan menuntut banyak komitmen, kita mesti merancang masa yang sesuai untuk kita mengepam susu. Seelok-eloknya rancang masa yang tetap untuk setiap sesi mengepam susu. Sbg cth datang ke pejabat 30 minit awal dan mula mengepam susu pada pukul 8 pagi, sebelum rakan-rakan pejabat mula masuk kerja.
Pada pukul 10 pagi,rest sebentar,buat kerja-kerja yang memerlukan kita duduk di depan PC(. Masa inilah kita buat kerja sambil mengepam susu. 2 dalam 1. tiada masalah bagi yg menggunakan pam elektrik. Cuma kena alert je supaya susu tak melimpah keluar.

Kemudian, sambung kerja semula dan kembali untuk mengepam pada pukul 1 tengahari, iaitu sewaktu masa rehat. Sebelum balik kerja, pada pkl 4 ptg,pam sekali lagi. cukuplah 4 kali mengepam kerana tuntutan kerja tidak boleh dielakkan. Balik dari kerja, terus menyusukan anak secara direct. Kita cuba konsisten mengepam pada waktu-waktu ini.

Mengapa? konsisten mengepam pada waktu yang sama adalah sangat penting. Ini berkaitan dengan konsep demand vs supply. Apabila kita konsisten mengepam pada masa yang sama setiap hari, tubuh akan menghantar isyarat bahawa masa itu, akan ada permintaan untuk susu. Secara automatik susu akan terhasil dan tersedia untuk dikeluarkan.

6. Rancang tempat yang sesuai untuk mengepam

Tempat juga memainkan peranan penting. Saya dahulu risau juga nak pam dimana. Sy dulu pam di surau sbb officemate ramai bangsa asing dan sy rs xselesa. Alhamdulillah apabila disurau keadaan tenang dan rakan lain pon faham dan menyokong sebab ramai2 ibu2 yg tmpt Kerja saya. Yang penting tutup segalanya, aurat tetap saya jaga.

7. Percaya “Saya Boleh..!!”

Mind set dalam diri adalah perkara paling penting sebenarnya. Sentiasalah berkata dan berfikir yang baik-baik dan yang positif kepada diri sendiri bahawa “saya boleh berikan yang terbaik kepada anak saya dengan memberikan susu ibu sepenuhnya walau apa jua halangan dan cabaran”. Penyusuan susu ibu bukan terhad untuk ibu-ibu surirumah sepenuh masa sahaja, atau ibu-ibu yang berduit atau ibu-ibu yang hanya dekat dengan anak… tetapi penyusuan susu ibu adalah untuk semua ibu. Pilihan itu di tangan kita. kita yang tentukan. Katakan kepada diri sendiri “ Saya Boleh..!!”

Dah tahu kan rahsianya untuk kita, ibu bekerja ni terus menyusukan si manja kita walaupun kita bekerja. Bagi yang sedang mengandung dan sedang dalam pantang tu, boleh lah mula mempraktikkan tips-tips di atas. Yang sudah mula bekerja juga masih belum terlewat untuk anda memulakan misi penyusuan susu ibu secara eksklusif ini.

Saya doakan anda berjaya. Amin..

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU – TEKNIK POWER PUMPING

Assalammualaikum.. dearest Mommy.. Susu mulai merudum memang akan memeningkan kepala sebagai ibu yang menyusukan. Teriakan anak menangi...